Ep 4

75 5 0
                                    


[Office's Baekhyun]

Aku duduk di kerusi berhadapan dengannya. Dia duduk silang kaki sambil jarinya bergerak-gerak di tempat letak tangan sofanya

"Macam mana kau boleh tahu nak cari aku dekat sini?" Baekhyun memandang aku dalam keadaan serius

"Aunty saya bagitahu, dia suruh saya jumpa awak"

Aku cuba untuk melarikan diri dari pandangan nya yang terlalu mengerikan itu

"Untuk apa?" Pendek jawapannya tetapi masih menakutkan

"Bincang pasal perkahwinan"

Riak mukanya yang serius terus berubah kepada menyampah

"Kahwin, kahwin and kahwin. Tak ada benda lain ke kau nak cakap? Aku balik rumah Mama aku bincang kahwin, ni dekat office aku pun pasal kahwin. Kenapa? Kau nak sangat ke kahwin dengan aku?" Baekhyun terus serius dan memandang aku

"Saya nak cakap yang saya tak nak terima lamaran Mama awak. Itu je"

"Ha, tolak? Kalau nak tolak lamaran pergi jumpa Mama aku. Yang lamar kau tu dia bukan aku. Faham!" Baekhyun meninggikan sedikit suaranya membuat aku sedikit tersentak

"Yaa, saya tahu. Tapi saya nak bagitahu awak supaya saya tahu apa jawapan awak"

"Aku tak nak kahwin dengan kau" Baekhyun menepuk mejanya dan terus berdiri. Membetulkan coat nya dan berjalan keluar dari office nya

Aku hanya mampu mengeluh dan menahan sabar. Aku berjalan keluar dan mengeluh sekali lagi apabila melihat hujan lebat turun

"Aduh, tadi kaji cuaca kata hari ni tak hujan. Macam mana aku nak balik ni"

19:30 pm

Baekhyun keluar dari bangunan miliknya dan menanti keretanya untuk dibawa ke lobby. Tiba2 dia melihat sosok diri seorang wanita yang berpeluk tubuh kedinginan. Dia mendekati wanita tersebut

"Cik, cik tak apa2 ke?" Baekhyun cuba mengejutkan wanita tersebut dan dia terkejut apabila melihat wajah wanita tersebut

"Kau!"

Ianya adalah Soojin. Baekhyun cuba untuk membangunkan Soojin tetapi wajah pucatnya menyebabkan Baekhyun bersangka Soojin telah pengsan.

"Kau ni menyusahkan aku betul lah"

Apabila sampai kereta dia di lobby, Baekhyun terus mengangkat Soojin dan membawa masuk ke dalam kereta. Dia terus membawa kereta laju menuju ke hospital.

20:40 pm

Kereta Baekhyun memasuki laman rumah Soojin. Dia membunyikan hon keretanya. Dia terus keluar dari kereta dan mengambil payung. Dia menanti ketibaan aunty Soojin

"Baekhyun, kenapa ni?"

"Dia pengsan tadi depan syarikat Baekhyun. Doktor kata dia demam"

Baekhyun terus mengangkat Soojin sambil aunty Minyoung memayungi Baekhyun

Baekhyun memasuki rumah dan menaiki tingkat 2 untuk membawa Soojin ke dalam biliknya. Baekhyun terus membaringkan Soojin dan menyelimutinya

"Maaflah kalau Soojin dan aunty menyusahkan Baekhyun"

"Tak apa, Baekhyun balik dulu."

Baekhyun terus turun ke tingkat bawah dan pulang ke rumahnya tanpa sempat berehat atau minum terlebih dahulu

******

[Baekhyun's House]

Lonceng rumah Baekhyun berdering berkali kali tapi tiada sahutan. Tiba2 pintu rumahnya dibuka dan ternyata ianya adalah Suho. Suho terus menghampiri Baekhyun yang sedang terbaring di sofa sambil menahan sejuk di dalam selimut tebal

Subo terus merasa dahi Baekhyun

"Kau demam ni bro"

Setelah Baekhyun diperiksa oleh doktor, Suho terus memesan delivery makanan untuk Baekhyun

"Thanks" Suara Baekhyun lemah

"Eh, kau ni macam mana boleh demam ni?"

"Member kau ni sibuk nak jadi hero sangat. Padan muka lah kena diri sendiri." Kata Baekhyun sambil batuk2

"Lah, kau buat apa?" Suho duduk di hujung katil Baekhyun

"Semalam perempuan tu datang. Konon nak bincang dengan aku pasal dia tolak lamaran Mama aku. Lepastu entah macam mana tiba2 dia pengsan dekat luar basah kuyup" Kata Baekhyun dalam keadaan lemah

"Lah, kau biarkan dia dekat luar."

"Mana lah aku tahu dia nak tunggu situ. Dah tak pasal2 aku nk kena redah hujan tu nak selamatkan dia. Nanti kang dia kata aku tak ada hati perut pulak" kata Baekhyun

******

[1 week later]

Aku sedang menyiram bunga2 yang berada di taman kecil. Aku melihat cuaca sangat indah dan membuatkan aku sedikit rasa teruja tiba2 seseorang menepuk bahu aku

"Argh!"

Aku terkejut dan aku tidak sengaja mengarahkan kepala paip air itu ke arah orang tersebut

"Oii! Habis basah"

"Baekhyun, apa awak buat kat sini?" Aku terkejut melihat kehadiran Baekhyun

"Ikut aku pergi rumah Mama aku" kata Baekhyun dalam keadaan serius

"Kenapa? Mama awak tak sihat ke?"

"Ya, jom" Baekhyun terus menarik tangan aku dan membawa aku ke keretanya

"Kejap, saya belum tukar baju"

"Kau nak pergi jumpa Mama aku, bukan nya nak pergi dating" Kata Baekhyun dan terus menolak aku masuk ke dalam keretanya

Setibanya kami di rumah Mama Baekhyun, dia terus berjalan laju menuju ke dalam rumah dan aku hanya mengikutinya

Dia membawa aku ke tingkat atas dan aku melihat Mama Baekhyun sedang terbaring di atas katil tidak bermaya

"Aunty, aunty ok?" Aku terus merasa sebak melihat keadaan Mama Baekhyun

"Aunty ok, cuma tak berapa sedap badan"

"Dah berapa lama aunty macam ni?" Aku terus menggenggam tangan Mama Baekhyun

"3 hari" Baekhyun mencelah

Aku menahan sebak aku, dan amat terkejut melihat keadaan mama Baekhyun

[To be continued]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now