[Byun Foodie]Baekhyun's POV
Aku menolak pintu office aku dan terus duduk di sofa panjang. Aku meraut wajah dan mengusap mataku. Aku cuba untuk menenangkan hati aku yang entah kenapa. Rasa bersalah? Rasa risau? Rasa sakit? Terlalu banyak perasaan yang bercampur baur
Aku cuba untuk mengingatkan kembali perbuatan aku terhadap Soojin semalam dan aku rasa sangat2 menyesal.
"Baek"
Suho menutup pintu office ku dan duduk berhadapan dengan aku
"Kau ni kenapa? Rasa bersalah? Terlajak kata tak boleh undur dah bro" kata Suho sambil memandang aku
"Ya aku tahu, tapi masa tu aku terlalu marah. Nak hadap betina tu lepastu dia boleh pulak bagi masuk macam tu" Aku mengusap rambutku dengan penuh kesalan
"Haa tahu menyesal, lain kali tanya elok2. Orang tu punya baik layan kau. Tapi kau? Balas macam tu. Macam ni lah eh Baek, kata mak aku kalau dh buat salah minta maaf. So kau kena minta maaf dekat dia" kata Suho sambil mengangkat keningnya
"Dia nak ke maaf kan aku?"
"Belum cuba belum tahu bro"
End of Baekhyun's POV
[Baekhyun's House]
Aku berbaring di dalam bilik aku sahaja hari ni. Kerja? Nasib baik lah bos tu baik hati, dapat lah aku cuti sebab masalah peribadi. Aku tak nak keluar dari bilik hari ni sebab tak nak terserempak dengan dia, buat sakit hati je
Aku terdengar bunyi tutupan pintu di ruang tamu dan aku hanya membiarkannya
Pintu bilik aku tiba2 diketuk. Aku tahu itu dia, tapi sakit hati ini terlalu sakit sehingga mahu membiarkannya
"Nak cakap sikit boleh?" Kata Baekhyun perlahan
Aku terus membangunkan diriku dan duduk bersila di atas katil. Aku hanya melihat ke arah pintu dan mendengar suaranya
"Aku nak minta maaf, aku tak berniat nak hina kau. Aku terlalu marah semalam. Aku tak dapat nak kawal emosi, aku minta maaf" kata Baekhyun dalam nada perlahan
Aku mula berasa sedikit tenang mendengar permohonan maaf itu, tapi itu tidak bermakna aku akan lupa kan apa dia cakap kepada aku semalam. No way! Aku terus kembali baring dan membiarkannya
Next morning
Aku menyusun pinggan dan lauk pauk untuk sarapan pagi. Hari ni aku off, jadi aku rajin lah untuk masak sarapan pagi. Aku terus menuju ke laman belakang untuk memasukkan baju kotor ke mesin pencuci
Tiba2 ternampak kelibat seseorang di tengah ruang pintu
"Argh mak kau hijau" aku terkejut lalu mengusap dadaku perlahan
Baekhyun tersenyum
"Awak! Kalau saya ada sakit jantung tadi, mati awal awak tahu tak" Kata ku lalu terus menekan button di mesin
"Kau tak kerja ke hari ni? Ke ponteng?" Kata Baekhyun dalam nada sindir
"Haah, ponteng." Aku terus menolaknya perlahan ke tepi dan duduk di kerusi meja makan. Baekhyun menarik kerusi dan duduk berhadapan
"Eh kejap, sekarang dh pukul 8. Kenapa tak pergi lagi?" Kataku sambil mengambil gimbap dan memasukkan ke dalam mulut
"Aku boss, jadi boleh masuk lambat. Lain lah orang yang ponteng"
Aku menjeling Baekhyun dan terus menikmati sarapan aku. Tidak lama kemudian, Baekhyun terus bangun dan berjalan menuju ke ruang tamu. Aku terus mengikutinya
"Awak balik pukul berapa hari ni?" Kataku dengan mulut yang penuh makanan
"Apa?" Baekhyun menoleh ke arah ku. Aku menelan makanan di dalam mulutku
"Awak balik pukul berapa hari ni?"
"Entah" Baekhyun terus mengambil kunci keretanya dan menyarung kasutnya. Dia terus hilang dari pandangan
Aku terus ke meja makan untuk menyambung makan dan aku lihat pinggan yang berisi 3 gulungan gimbap yang sudah dipotong tadi hilang 1 gulungan
"Bukan ada 3 ke? Aku baru makan seketul. Macam mana aku boleh tak perasan satu gulungan gimbap hilang?" Aku terus menyuap telur goreng dan nasi ke dalam mulut ku
[Byun Foodie]
Pintu bilik Baekhyun dibuka dan Suho terkejut melihat Baekhyun
"Bro! Aku mimpi ke ni?" Kata Suho sambil matanya di gosok berkali kali
Baekhyun sedang makan gimbap yang di letakkan di atas tisu sambil melihat monitor komputer nya
"Kau sarapan? Kau?" Nada terkejut dari Suho
"Salah ke aku sarapan? Lapar, makan lah" Kata Baekhyun sambil mengambil satu gimbap menggunkan tangannya dan di masukkan ke dalam mulut
"Unik betul makcik yang meniaga ni, letak gimbap atas tisu" Suho cuba mengambil satu tapi tidak sempat kerana Baekhyun menampar tangannya
"No no, this is mine"
Suho hanya menggelengkan kepalanya.
[To be continued]
YOU ARE READING
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fiksi Penggemar"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021