[Soojin's House]Baekhyun mengusap kepalanya yang agak sedikit pening dan sakit akibat minum terlalu banyak. Baekhyun terus mencapai baju kemejanya dan menyarung di badannya, dia berjalan menuju ke dapur untuk minum
Langkahnya terhenti apabila dia melihat periuk yang berisi stew kimchi yang sedang mendidih. Dia terus menutup api dapur itu dan cuba untuk mencari Soojin. Matanya terpaku di muka pintu belakang
"Soojin" Baekhyun memandang aku. Aku terus menuju ke singki dan membasuh tangan aku. Aku mengangkat periuk itu menggunakan kain dan meletakkan di atas meja
"Saya dah masak. Kalau nak makan, makan. Lepastu balik rumah awak" aku terus berjalan meninggalkan Baekhyun sendiri di dapur
15:44 pm
Baekhyun melihat sekeliling cuba untuk mencari seseorang. Dia terus berjalan ke kebun kecil di halaman rumah dan berdiri di sisi aku
"Aku minta maaf" Baekhyun menunduk memandang aku di bawah
"Surat tu ada di rumah awak. Tinggal sign je, and then settle" aku tidak memandangnya langsung
"Aku tak akan ceraikan kau. Apa nak jadi, jadi. Aku tak akan bagi kau bahagia dengan dia lepas cerai dengan aku" Baekhyun memandang aku marah. Aku terus bangun dan berdiri di hadapannya
"Saya nak cerai dengan awak bukan sebab Jaewook. Saya tak suka dia, saya anggap dia sebagai kawan. So, please. Jangan buruk sangka dengan saya" aku memandang nya dan mataku mula berlinang
"So? Kenapa bila aku tanya kau suka aku ke tak kau tak jawab? Ke kau benci aku?" Baekhyun menggenggam lenganku
"Saya benci awak lepas apa awak buat dekat saya semalam. Awak ambil kesempatan dekat saya" aku melepaskan genggamannya
"So maksudnya kau suka aku kan? Kan?!" Baekhyun menengking
"Perasaan saya tak ada makna untuk awak. Awak lupakan saya, dan mulakan hidup baru" aku terus berjalan menuju ke rumah tetapi Baekhyun terus memeluk aku dari belakang
"Aku tak akan tinggalkan kau. Kau dah buat aku rasa sayang dekat kau. So kau takleh tinggalkan aku macam tu je" Baekhyun mengeratkan pelukannya
"Awak tak suka saya. Awak buat semua ni demi mama awak. So, better lupakan je" aku terus melepaskan pelukannya dan meninggalkan nya
[Jaewook's House]
Jaewook melihat ke arah luar rumahnya dan dia ternampak kelibat Baekhyun yang sedang berdiri di luar. Dia membuka pintu rumahnya
"Keluar sekarang! Kalau kau berani lawan aku depan²" Baekhyun memandang Jaewook dengan wajah yang geram
"Kau ni apahal? Datang rumah orang, main terjah je. Dah gila ke?" Jaewook memandang Baekhyun pelik
"Kalau kau suka Soojin tak payah nak ugut dia minta cerai dengan aku. Dia tak suka kau. Faham!" Baekhyun mencekak kolar baju Jaewook
"Bro! Kau merepek apa? Aku jumpa dia pun tak, kau gila eh?"
Baekhyun terus menumbuk muka Jaewook dan Jaewook jatuh terbaring. Baekhyun mencekak kolar baju Jaewook sekali lagi
"Kau ingat eh. Dia milik aku, so jangan ganggu hidup aku dengan dia" Baekhyun terus melepaskan kolar baju Jaewook dan berjalan pergi
"Dia ni gila ke apa? Merepek apa eh" Jaewook masih terpinga pinga
*******
[Baekhyun's House]
Baekhyun menarik tangan aku dan membawa beg baju aku ke dalam rumahnya. Dia meletakkan beg aku di atas sofa dan kemudian melepaskan tangan aku
"Kau masih isteri aku, dan ini rumah kau. Surat ni?" Baekhyun mengambil surat cerai itu dan dia koyakkan kertas tersebut
"Baekhyun!"
"Tak akan ada penceraian. Kau duduk sini, dan jangan berangan nak duduk dekat rumah lain" Baekhyun terus menutup pintu rumah dan membawa beg aku ke dalam bilik
"Baekhyun! Awak tak boleh paksa saya macam ni" kata² aku diendahkan oleh Baekhyun
20:30 pm
Aku turun dari tingkat atas dan terlihat Baekhyun sedang tidur lena di atas sofa di ruang tamu. Aku terus mencapai selimut yang berada di kerusi dan menutup badan dia
"Maafkan saya, saya buat semua ni demi keselamatan awak dan saya. Saya sayang awak, Baekhyun" aku mengusap kepalanya tiba² dia membuka matanya
"Kalau sayang, kenapa buat macam tu?" Baekhyun memandang aku. Aku segera menjauhkan tanganku tetapi Baekhyun terus memegang tangan aku dan dia letakkan di atas dadanya
"Baekhyun"
"Aku minta maaf kalau aku tak sempurna dalam menjaga kau. Aku cuba jadi bagi aku peluang" Baekhyun memandang aku dengan mata sayunya
"Awak tak suka saya. Kenapa saya nak kena paksa awak" aku cuba untuk melarikan diri darinya
"Perasaan benci boleh bertukar suka, dan perasaan suka boleh bertukar sayang. Bagi saya peluang, please?" Baekhyun merayu dengan wajah manis nya itu
"Sentiasa ada peluang untuk awak, dari sejak awak berada dalam hidup saya sampai sekarang"
Baekhyun terus mendekatkan wajah aku dengannya dan mencium bibirku. Mata aku melopong besar kerana tidak menyangka akan perbuatannya
[To be continued]
YOU ARE READING
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfic"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021