[ Baekhyun's House]Baekhyun keluar dari kereta nya dan tiba² Jaewook menyerangnya dan cuba untuk menumbuk Baekhyun. Tetapi Baekhyun menepis dan Jaewook terjatuh
"Kau buat apa ni?" Baekhyun menengking Jaewook
"Ceraikan Soojin. Susah sangat ke! Aku buat macam ni untuk keselamatan kau dengan dia" Jaewook bangun dan memandang Baekhyun geram
"Keselamatan kitaorng? Ni untuk kebaikan kau. Bukan kitaorng. Aku ceraikan dia senang lah kau nak ambik dia kan. Tu jee point kau" Baekhyun menahan geram
"Ex kau yang konon nya bagus tu akan pastikan kau or Soojin mati. Kalau dia tak dapat apa dia nak" Jaewook terlihat seperti takut
"Bro! Aku tak kisah siapa yang akan mati, tapi aku tak akan tinggalkan Soojin. Korang nak buat apa buat lah, aku akan pastikan rumah tangga aku kekal sampai bila²" Baekhyun terus berjalan meninggalkan Jaewook
"Jangan menyesal kemudian hari bro. Masa tu dah terlambat" Bisik hati Jaewook
[Baekhyun's Mom's House]
Mama Baekhyun berjalan santai di laman rumah untuk menikmati udara segar sambil melihat pokok² dan tanaman.
Tiba² seorang wanita bersama dua orang lelaki masuk ke dalam kerana Mama Baekhyun tidak menutup gate
"See. I dah kata, kalau orang tua ni mati tak best cerita ni. Tapi nyawa dia panjang lagi" ChaeRin tersenyum sinis
"Kau lagi. Kau memang tak pernah serik kan. Kau nak aku mati ke kau baru nak berubah" Mama Baekhyun cuba untuk bertenang
"Mama. Kenapa biadab macam tu. Siapa ajar?" ChaeRin terus menampar Mama Baekhyun
"Kau tampar aku? Siapa yang biadab" Mama Baekhyun mula merasakan kesakitan di dadanya
Aku terus berlari keluar apabila melihat ChaeRin dan Mama bergaduh. Aku terus berdiri di hadapan Mama
"Eh perempuan. Kau nak apa? Kenapa kau biadab sangat?" Aku mendepakan tanganku
"Patutlah Mama jadi biadab. Dia ni yang ajar. Eh kau dengar sini, aku mintak kau dengan cara senang. Cerai dengan Baekhyun kau tak nak. Jadi aku guna cara lain, kalau kau tak cerai pun at least hati aku senang" ChaeRin tertawa puas
"Eh Perempuan! Bunuh orang kau kata senangkan hati kau!"
"Kau tengok orang tua ni mati ke? Hidup kan. Kau jangan risau, dia tak akan mati. Kalau dia mati, tak best" ChaeRin menepuk tangannya
"Berambus! Kalau tak aku call polis" Aku cuba untuk melawan mereka tiba² dua orang lelaki itu menarik aku
ChaeRin terus mendekati Mama dan menampar Mama sekali lagi. Dia menarik rambut Mama dan melalukan kekerasan, akhirnya Mama terus pengsan. Aku cuba untuk melawan tetapi tidak mampu
"Mama jangan risau ya. Neraka belum panggil Mama" ChaeRin terus tersenyum sinis ke arahku
"Now tiba masa kau, perempuan sundal" ChaeRin mengacukan pistol ke arahku. Aku hanya memejamkan mataku dan menerima segalanya
[Woongyun Hospital]
Hospital tersebut didatangi oleh dua ambulans. Jururawat terus berlari dan membantu paramedic untuk membawa pesakit ke dalam.
Mama Baekhyun yang terbaring di usung ke bilik rawatan. Aku berdiri dengan tangan yang berlumuran darah
"Semua selamat" aku terus pengsan
1 hours later
Aku membuka mataku dan terlihat sinar cahaya yang terang. Aku mengelip mata ku berkali kali dan terlihat bahawa aku berada di hospital
"Soojin!" Suara aunty Minyoung yang cukup aku kenali
"Aunty, kenapa Soojin ada dekat sini?" Aku cuba untuk bersuara lantang tetapi perutku masih sakit
"Kamu ok?, aunty dapat call dari hospital kata kamu dengan Mama Baekhyun masuk hospital" aunty Minyoung bersuara risau
"Mama Baekhyun mana aunty? Mama Baekhyun?" Aku cuba untuk mencari Mama Baekhyun tetapi aunty menghalang aku
"Dia ada, di bilik sebelah. Lepas kamu ok, kamu lawat dia yaa."
"Lawat? Kenapa dengan dia aunty? Kenapa?" Aku terlalu risau sehingga aku mengalirkan air mata
"Doktor kata dia masih tak sedarkan diri, tapi tak ada cedera parah. Cuma jantung dia lemah je. Kamu jangan lah risau, dia pasti ok" aunty mengusap rambutku kemudian tersenyum
Next morning
Aku berjalan perlahan menuju ke bilik Mama Baekhyun. Pintu biliknya aku buka secara perlahan kerana tidak mahu mengejutkan mama yang sedang tertidur. Aku berjalan ke arahnya dan aku melihat dia masih tidur lena
"Mama bangun lah. Soojin minta maaf" aku bersuara perlahan. Aku duduk di sisi katilnya. Tiba2 seseorang memegang tangan aku
"Bukan salah awak"
Aku mula mengalirkan air mata kerana ianya adalah Baekhyun . Aku terus memeluknya.
"Kenapa lambat sangat awak datang? Saya tunggu lama tau" Aku tersenyum
"Awak ok? Ada sakit dekat mana2?" Baekhyun melihatku dan aku hanya menggeleng kepala
"Awak jangan risau ya. Kita dah selamat, lepasni dah tak ada siapa akan ganggu kita" Baekhyun tersenyum
Flasback
Aku memejamkan mataku dan air mataku mengalir
"Bang!"
Suara tembakan bergema di rumah tersebut. Aku membuka mata perlahan dan melihat Jaewook yang memegang dadanya di tembak oleh ChaeRin. Jaewook terus jatuh terbaring dan menahan kesakitan.
Tiba² Polis terus bergerak masuk dan menahan ChaeRin serta menyelamatkan kami. Aku terus merangkak ke arah Jaewook dan memangku kepala Jaewook di ribaku
"Jaewook! Yoon Jaewook! Bangun! Jangan tinggalkan aku. Jaewook!" Aku menangis sekuatnya dan air mataku mengalir
"Kau selamat. Kau selamat" Jaewook terus pengsan
[ To be continued ]
Thanks for read 🙏🏻
YOU ARE READING
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfic"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021