Ep 20

67 6 0
                                    


[Cafeteria Konjae Company]

Aku menyedut kopi ais di tanganku tetapi fikiran ku melayang jauh memikirkan Baekhyun. Aku masih tidak boleh fokus terhadap kerja dan kehidupan harian ku kerana Encik suami tu

"Oi!"

Aku terkejut dan terus memandang ke arah orang tersebut. Aku menjeling ke arahnya kerana dia adalah Jaewook

"Mengelamun apa?" Jaewook terus duduk berhadapan denganku

"Fikir masalah yang menimbun. Btw, kau buat apa kat sini?" Aku melopong melihat Jaewook

"Aku nk tanya kau something, pasal Baekhyun"

Aku terus duduk tegak dan memandang Jaewook serius

"Semalam dia datang rumah aku, dia kata aku suruh kau minta cerai dengan dia. Kau nak cerai ke?" Jaewook terpinga-pinga

"Kenapa? Tak boleh?"

"Bukan tak boleh tapi kau tak bahagia dengan dia ke? Kalau tak, bagitahu. Biar aku ajar dia" Jaewook mengerutkan wajahnya

"Haa tak payah nak tunjuk hero sangat. Kau pun kena tumbuk dengan dia" aku tertawa kecil melihat lebam di bibir Jaewook

"Aku tak tumbuk dia sebab kau" Jaewook tersenyum ke arahku

"Yoon Jaewook!"

"Gurau. Kau ni nak serius je" Jaewook menggeleng kepalanya sambil tersengih

30 minutes later

Aku fokus menaip di skrin telefon ku data² dan jadual kerjaku. Tiba² seseorang menampar mejaku

"Hwang Soojin!"

Aku melihatnya dan wajahku mula menjadi menyampah apabila melihat ChaeRin dengan senyuman sinisnya

"Kau nak apa?" Aku menjelingnya

"Dah berani kau eh? Dulu bukan main elok kau panggil aku Cik Park bagai, mana pergi adab kau?" ChaeRin tertawa sinis

"Untuk pengetahuan kau, aku diajar untuk beradab dengan orang yang beradab dengan aku je. Manusia macam kau ni, tak layak untuk dihormati" aku mencemuhnya

ChaeRin terus menarik rambutku membawa ku ke tangga kecemasan. Well bad luck untuk aku kerana masa tu lunch hour so dia betul² amik kesempatan

"Kau ni makin melampau!" ChaeRin terus menolak aku ke sudut

"Hei perempuan! Kau tu perampas, sedar diri. Kalau tak kerana kau, Baekhyun dah jadi milik aku" ChaeRin mengipas dirinya menggunakan tangannya

"Kalau sebab aku kau tak bersama dia, kenapa kau tinggalkan dia? Tak malu ke dah ludah jilat balik?" Aku mengerutkan wajahku

"Aku bagi kau tempoh 1 minggu. Kalau kau dan dia still tak bercerai, kau dengar sini baik². Jangan kata aku, kau pun tak akan dapat dia" ChaeRin menendang kakiku dan terus berlalu pergi

[Byun's Foodie]

Aku menolak pintu office Baekhyun dan berjalan dalam keadaan marah yang membuak. Aku terus menghempas sampul surat di atas mejanya

"Kau ni kenapa? Ada anjing kejar ke?" Baekhyun memandang ku dengan wajah risau

"Haah. Anjing awak" aku memandangnya geram

"Anjing aku? Kejap. Aku tak ada bela anjing"

"Cakap tegak pun tak faham ni lagikan berkias" kataku dalam hati

"Sign surat tu. Sekarang!" Aku menunjuk ke arah sampul coklat itu

"Tak nak! Kalau aku tak nak sign kau nak buat apa? Nak gi kahwin dengan dia?" Baekhyun memandang aku dengan wajah marah

"Berapa kali saya nak cakap, saya nak cerai dengan awak bukan sebab Jaewook!"

"Habis sebab apa?!"

"ChaeRin" sampuk Suho yang entah datang dari mana

"Bro, kau tak nampak ke aku tengah discusses?" Baekhyun mengeluh

"Betul tak, Soojin?" Suho mengangkat keningnya

"Jangan nak tuduh sembarangan"

"Cuba kau fikir Baek. Kalau bukan sebab Jaewook siapa je lagi yang tak bahagia tengok kau orang berdua bersama?"

"Kau!" aku dan Baekhyun serentak jawab dan melihat ke arah Suho

"Ni lah kawan, bila tolong dia kata busybody. Tak tolong dia kata lupa kawan" bebel Suho sambil berjalan keluar

******

[Star Cafe]

Aku dan Jaewook berjalan sambil memasuki ke dalam cafe. Setibanya kami di dalam kami memesan minuman dan duduk berhadapan. Jaewook masih tersenyum melihat aku

"Senyum² macam kerang busuk ni dah kenapa?"

"Kerang boleh senyum eh?" Jaewook meletakkan jarinya di dagu 🤔

"Perumpamaan sayang oi" aku menjelingnya

"Kau panggil aku sayang? Haha" Jaewook tertawa besar

"Tak payah nak gembira. Tu sayang sebagai kawan je"

"So, kau dengan Baekhyun macam mana?" Jaewook memandang aku. Aku hanya terdiam dan mengeluh.

Tiba² aku ternampak Baekhyun yang masuk ke dalam cafe dan datang kearah aku dan Jaewook. Aku terus mengeluh panjang

"Kat sini kau. Patutlah aku call tak angkat. Gi dating rupanya" Baekhyun melihat Jaewook geram

"Byun Baekhyun! Stop it. Kalau datang semata nak gaduh baik balik" aku menunjuk ke arah pintu keluar. Baekhyun terus menarik tangan aku dan berjalan keluar.

Aku meronta cuba untuk melepaskan tangannya tiba² Jaewook datang dan menarik tanganku

"Bro. Mana pergi adab. Tak nampak ke orang tengah berborak?" Jaewook mengerutkan wajahnya

"Kau tu yang tak beradab. Dah tak ada perempuan lain ke sampai nak isteri orang" Baekhyun cuba menahan penumbuknya

"Diam! Dua² diam. Sebelum saya pergi dari sini. Jaewook kita jumpa lain kali, awak jom balik" aku terus menarik tangan Baekhyun dan berlalu pergi. Wajah Jaewook terpancar kekecewaan

[To be continued ]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now