Ep 11

75 5 0
                                    


[Soojin's House]

Aku meletakkan kereta aku di dalam garaj dan terus berjalan masuk ke dalam rumah. Aku pulang ke rumah sebentar kerana aunty berada di luar negara bersama Mama Baekhyun

Aku memeriksa semua bilik dan tempat agar tidak ada benda2 yang mencurigakan ataupun yang boleh mendatangkan bahaya.Tiba2 lonceng rumah aku berbunyi dan aku terus melihat ke arah pagar dan ternampak sosok seorang lelaki.

"Soojin !" Jerit lelaki tersebut ke arah ku. Aku terus berjalan ke arah pagar menghampiri lelaki tersebut

"Jaewook?"

JaeWook adalah rakan aku dari kecil, kami sangat rapat dah macam adik beradik, kerana dia lebih tua aku sudah anggap dia seperti abang

"Soojin, mana kau pergi? Aku datang masa tu aunty Minyoung kata kau tak ada" Jaewook hanya melihat aku dengan wajah penuh tanda tanya

"Aku ada urusan kerja, jadi aku duduk dengan Min Ah dekat dengan tempat kerja. Jom lah masuk" aku terus membuka pagar rumah dan menjemput Jaewook masuk

"Kau apa khabar, dah lama tak dengar khabar kau" Kata Jaewook sambil duduk di sofa di ruang tamu

"Aku sihat je. Yelah, orang tu kan duduk luar negara. Mana nak ingat kita" Aku hanya membuat muka merajuk dengannya

"Sorry lah, tapi ni aku dah balik. So boleh lah kita spend time sama2 kan"

Aku terus terdetik perasaan risau dan gemuruh. Well, Jaewook tak tahu yang aku sudah kahwin. Maklum lah, Encik suami aku tu kalau boleh tak nak ada sesiapa tahu aku ni isteri dia.

"Kenapa kau diam ni? Kau marah ke?"

"Mana ada, aku cuma termenung sekejap. Maaf" aku hanya tersengih seperti kerang busuk

[Baekhyun's House]

Baekhyun menolak pintu rumahnya, matanya terus melilau ke semua tempat. Dia berjalan menuju ke dapur, kemudian ke bilik Soojin dan dia hanya mengeluh panjang. Dia terus mendail nombor di telefon nya sambil berjalan menuruni tangga

"Hello"

"Kau kat mana?" Baekhyun duduk di kerusi meja makan

"Saya dekat rumah saya"

"Kau buat apat kat sana?" Mata Baekhyun membulat besar

"Lah balik rumah sendiri pun salah ke? Kan saya dah text awak, rumah ni kena lah tengok, tak ada orang kan"

"Jadi kau tidur sana lah?" Wajah Baekhyun menunjukkan kekecewaan

"Haah,"

Tiba2 Baekhyun terdengar suara lelaki dari telefon Soojin

"Ni nak letak mana?"

Wajah Baekhyun terus berkerut apabila dia mendengar suara tersebut tetapi dia tidak bertanya apa2

"Saya nak settle something dulu, nanti saya call balik"

Soojin terus meletak panggilan dan muka Baekhyun menunjukkan tanda tanya. Baekhyun terus mencapai kunci kereta nya dan meninggalkan rumahnya.

40 minutes later

[Soojin's House]

"Ha, kau kata rumah ni aunty Minyoung duduk. Tapi berhabuk bagai ni dah kenapa?" Kata Jaewook sambil mengelap peluhnya

"Aunty Minyoung dah 3 minggu dekat luar negara, aku pulak baru dapat balik. Kalau ikutkan memang lagi berhabuk lah dibiar"

Sedang aku menyusun barang dan mengelap perabot yang berhabuk aku ternampak kereta Baekhyun berhenti di hadapan rumah aku. Aku terus gelabah dan gemuruh.

"Ada orang datang, tapi kereta tu aku tak pernah nampak" kata Jaewook tertanya

"Kau tunggu sini eh, aku keluar kejap"

Aku terus berjalan keluar meninggalkan Jaewook dan menghampiri Baekhyun

"Kereta siapa tu?" Tanya Baekhyun dalam nada keras

"Kawan, masuklah" Aku terus membuka pagar kecil untuk memberinya masuk

Aku berjalan di belakang mengikutinya dan langkahnya terhenti apabila dia melihat Jaewook di dalam rumah itu sedang berkemas. Jantung aku terus berdegup laju dan berasa cemas

"Kawan lelaki?" Kata Baekhyun tetapi tidak menoleh ke arah ku

"Ha, ah" kata aku sedikit gagap

"Eh Soojin, siapa ni? Kawan kau ke? Tak pernah nampak pun" kata Jaewook dengan wajah tersenyum nya manakala Baekhyun dengan wajah masam nya

"Haah"

"Aku Baekhyun, suami dia" Baekhyun mencelah kata2 aku dan Jaewook terus terdiam dan terkejut

Aku terpinga-pinga dan terkejut. Well nit expect, yang Encik suami ni akan bagitahu macam tu. Dalam kontrak bukan main dia nak berahsia ni tiba2 dia bagitahu

[To be continued ]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now