Ep 14

76 8 0
                                    

[Baekhyun's House]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[Baekhyun's House]

Aku terbangun dari tidur ku dan aku terus mengeluh panjang. Ternyata mimpi itu terlalu indah sehingga aku berharap ianya adalah nyata. Aku terus mencapai tuala mandi aku dan berjalan menuju ke tingkat bawah

Aku melihat sekeliling dan tidak ternampak kelibat suami aku. Aku terus menuju ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri

1 hours later

Aku menggosok tuala aku di rambut ku yang lembap. Aku berjalan menuju ke ruang tamu tetapi Baekhyun telah berada tepat di hadapan aku. Aku mendongak dan melihat wajah Baekhyun yang memandang aku dengan senyuman

"Lama betul kau mandi, buat bilik air baru ke?" Baekhyun mengangkat kening nya

Aku terus menaikkan bola mataku ke atas dan berjalan menuju ke tingkat atas

"Suka hati arr, tak menyusahkan dia pun" kata aku dalam hati

3 hours later

Aku turun setelah selesai mengemas katil dan bilik ku. Aku melihat Baekhyun terpacak di depan muka pintu sambil tapak kakinya di gerakkan seperti mendengar musik.

"Awak buat apa kat situ?" Tanya aku sambil menggigit kuku

"Tunggu kau siap, macam tunggu rumah baru siap" Baekhyun mengeluh

"Takde suruh tunggu pun, yang sibuk tunggu kenapa?" Aku mencebik bibir ke arahnya

Baekhyun terus berjalan ke arah ku dan menarik tangan ku. Dia mengunci pintu rumah dan menuju ke kereta. Aku menarik tangan ku dan terlepas dari genggaman nya

"Kejap, nak ke mana? Main suka2 je tarik tangan orang" kata ku menjeling ke arah nya

"Nak pergi zoo, bising dah macam burung kakak tua" Baekhyun terus menolak aku masuk ke dalam kereta dan pintu di tutup

2 hours later

Setelah jauh perjalanan akhirnya sampai di zoo. Aku ingatkan dia bergurau rupanya betul dia nak bawa aku pergi zoo. Nak jumpa kawan dia agaknya

"Jom"

"Eh, saya tak ada kata pun saya setuju nak ikut awak. Sesuka hati je" aku menjeling nya

Baekhyun melepaskan seatbelt aku serta kepunyaan nya dan keluar dari kereta. Dia membuka pintu aku dan menarik aku keluar.

"Aku tak ada masa nak tanya kau, sebab jangan kata tanya nak tunggu kau siap pun berjam" Baekhyun terus menggenggam tangan ku dan menarik ku

"Yelah, masalahnya saya tak nak ikut awak"

Baekhyun hanya diam dan terus berjalan. Sampai di counter dia terus menunjukkan telefon nya dan kami di benarkan masuk. Tiba di counter masuk terdapat pelbagai jenis headband terjual. Aku terus menarik tangan dia dan menuju ke meja tersebut

Aku mengambil headband yang berbentuk telinga rusa dan memakaikan nya di kepala dia

"Comel" aku tersenyum melihat wajahnya yang comel

Aku terus mengambil headband telinga arnab dan menyarung kan di kepala ku. Baekhyun hanya terdiam dan kembali berjalan setelah membayar untuk headband tersebut

"Awak nak lawat kawan awak ke kat sini? Dalam banyak² tempat, sini jugak awak pilih" kata ku sambil memandang haiwan di sekeliling aku

"Salah ke? Survey kata tempat ni bagus kalau nak gi date" kata Baekhyun di dalam hati

"Awak! Saya tanya ni" aku menghentikan langkah ku

"Orang datang zoo nak tengok haiwan, bukan nya nak tengok kau" Baekhyun kembali berjalan

"Awak tengok tuu! Koala. Argg! So cute" aku menarik tangannya dan menuju ke tempat koala tersebut

Baekhyun memandang aku dan kemudian dia memandang koala tersebut

"Hmm sama"

"Apa?"

"Rupa kau dengan dia bila tidur" kata Baekhyun sambil tersenyum

"Nak kutuk lah tu" aku mencebik bibir

Tiba² aku terdengar kata² pasangan di sebelah aku

"Tengok tu comel sama macam awak, waktu awak tidur" kata pasangan laki tersebut

Aku hanya terdiam dan mengikuti Baekhyun ke tempat lain.

Setelah beberapa lama kami berjalan akhirnya Baekhyun dan aku berehat seketika duduk di bangku bawah pokok rendang sambil menikmati aiskrim. Tiba² Baekhyun memakan sedikit aiskrim vanilla kepunyaan aku

"Ee, apa ni. Makan orang punya" aku mengerutkan dahi

"Nak rasa pun tak boleh ke?" Baekhyun sambung memakan aiskrim nya

"Tak reti ke minta dulu sebelum makan orang punya? Main amik je" aku makan aiskrim aku dalam keadaan geram

"Nak sikit aiskrim kau" kata Baekhyun kemudian dia mencium bibir aku. Aku terkejut dan terdiam. Kemudian Baekhyun menjilat bibir nya

"Hmm, lebih manis dari yang tadi" dia melihat wajah aku. Hati ku berdegup kencang

[To be continued ]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now