[Wongyun Hospital]
Baekhyun tertidur si sisi Mamanya. Aku terus mengambil selimut dan menyelimutnya. Aku berjalan keluar dari bilik itu dan terlihat ChaeRin sedang berdiri di luar
"Hidup lagi ke?" ChaeRin membulatkan matanya
"Kau punya kerja kan?" Aku menunding jari ke arahnya
"Excuse me! Aku ni banyak kerja nak buat, bukan macam kau. Dah tak ada kerja jadi perampas" ChaeRin tertawa kearahku
"Baik kau pergi dari sini! Orang tak suka dengan kau, pehal kau menyemak kat sini?" Aku memandangnya geram
"Yang menyemak sebenarnya adalah KAU! Kau dengar sini eh, aku kalau nak musnahkan hidup kau petik jari je. Boom, lesap kau dalam dunia ni. Hahahahahah" ChaeRin melibaskan rambutnya dengan gedik
"Kau nak apa?"
"Baekhyun! Aku nak dia!" ChaeRin menengking
"Ambik! Pergi amik sana!"
Tanpa aku sedar Baekhyun berada di belakang aku. Aku terus menoleh ke belakang dan melihat Baekhyun dengan wajah bengisnya. Baekhyun terus menarik tangan aku ke sisinya
"Jangan ganggu keluarga aku. Aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi" Baekhyun terus menarik aku masuk ke dalam dan meninggalkan ChaeRin di luar
Baekhyun membawa aku ke sudut sedikit jauh dari katil mamanya. Dia memandang aku dengan wajah yang serius
"Awak ok?" Kata Baekhyun
"Saya, ok. Awak dengar sampai mana tadi?" Aku memandangnya dengan mata yang sayu. Tanpa berkata panjang Baekhyun terus memegang kepalaku dan mencium bibirku
Dia memelukku erat dan bibirnya menciumku dengan penuh romantik. Kemudian dia melihat aku dengan matanya yang berlinang itu
"Saya sayang awak. I love you. Saranghae" Baekhyun berkata dengan nada yang lembut. Hatiku mula cair dan jantungku berdegup
******
[Baekhyun's Mom House]
Aku memapah mama Baekhyun sementara Baekhyun mengangkat beg² bawa masuk ke dalam rumah. Aku mendudukkan mama Baekhyun di atas sofa dan dia melihat wajah aku dengan sayu
"Soojin, kamu janji jangan tinggalkan Mama dan Baekhyun ya" Mama Baekhyun mula merasa sebak
"Mama, kenapa cakap macam tu. Mama dah macam mak Soojin sendiri, takkan lah Soojin nak tinggalkan Mama" Aku memegang tangannya erat. Air matanya jatuh dan Baekhyun terus duduk di sisi mamanya dan memeluk Mamanya
"Mama, Baekhyun akan pastikan keluarga kita akan bersama selamanya" Baekhyun mengusap badan mamanya lembut dan aku hanya tersenyum
3 hours later
Aku turun ke tingkat bawah setelah selesai memastikan mama Baekhyun tertidur selepas makan ubat. Aku melihat Baekhyun yang kelihatan tidak tenang di gazebo halaman rumah. Aku terus menyapanya
"Awak, kenapa ni?" Aku duduk berhadapan dengannya
"Saya rasa nak marah, tapi tak tahu nak lepaskan dekat siapa. Kalau ikutkan hati ni, dah lama saya kerjakan orang yang buat Mama jadi macam tu" Kata Baekhyun dengan nukanya yang merah
"Sabar lah awak, kita kena siasat dan kenal pasti dulu siapa orangnya. Lepastu serahkan dekat polis, awak nak kerjakan dia nanti awak yang kena" Aku mengusap lembut tangannya
"Awak lapar tak? Jom kita gi beli makanan. Belikan untuk Mama sekali" Senyuman di wajahnya terpancar
"Boleh jugak"
[Yoen Supermarket]
Aku berjalan sambil memeluk lengan Baekhyun dan berjalan ke dalam supermarket tersebut. Sedang aku dan Baekhyun membelek barang² yang hendak dibeli, terserempak pula dengan Jaewook
"Yoon Jaewook" Sapa aku ke arah Jaewook
Jaewook hanya melihat aku dan Baekhyun lalu dia terus berjalan pergi. Dia kelihatan seperti mahu mengelak dariku
"Jom, kita ke sana" Baekhyun menunjuk ke arah bahagian buah² han. Aku hanya mengeluh dan mengikutinya
"Awak, kenapa dia macam tak suka saya?" Aku melihat Baekhyun dengan rasa sebak
"Dia buat something yang awak tak suka, mestilah dia rasa segan dan bersalah nak jumpa awak. Awak bagi dia masa, nanti dia ok lah" Baekhyun menepuk lenganku perlahan dan kembali berjalan
******
[Konjae Company]
Aku berjalan masuk ke arah lobi untuk ke lif menuju tempat kerja aku di tingkat atas. Sedang aku menanti lif tiba² berlaku pergaduhan di lobi. Aku terus melihat kejadian tersebut
"Kau perampas! Kau tak malu ke amik hak orang? Dia tu laki aku, sanggup kau main dengan laki orang" Perempuan itu menangis sambil menengking perempuan yang sedang terduduk di bawah
Aku hanya mengeluh dan terus menuju ke tingkat atas. Setibanya aku di meja kerja aku, aku melihat Jaewook yang sedang menanti aku di mejaku. Aku terus mendekatinya
"Yoon Jaewook. Kau buat apat kat sini?" Aku hanya memandangnya terpinga-pinga
"Maaf, aku ganggu kau. Tapi aku nak jawaban aku tentang yang aku tanya kau hari tu" Jaewook memandang aku dengan matanya yang sayu itu
"Jaewook, aku sayang Baekhyun. Aku tak akan cerai dengan dia dan hidup dengan kau" Aku meletakkan beg tangan dalam laci meja dan terus duduk di kerusi kerjaku
"Kau tak faham ke? Aku buat ni untuk kebahagiaan dan keselamatan kau" Jaewook menepuk meja aku. Beberapa rakan kerja aku yang ada melihat kami dengan wajah yang pelik
"Jaewook, ini tempat kerja aku and tolong hormat keputusan aku. Kalau aku mati pun aku sanggup, demi orang yang aku sayang" aku terus membuka komputer aku dan Jaewook hanya mengeluh dan berlalu pergi
"Amboi, sampai ke tempat kerja kau punya peminat usha kau eh" kata rakan kerjaku
Aku terus membuat muka 😒 dan hanya mengendahkan dia. Aku mengeluh dan terus fokus untuk lakukan kerjaku
[To be continued]
Thanks for read ✌🏻
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021
![[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ](https://img.wattpad.com/cover/268076764-64-k721247.jpg)