Ep 28

113 7 6
                                    

[ Last Episode ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Last Episode ]

[ Burial Places]

Terlihat beberapa orang yang memakai pakaian hitam dan ada yang bersedih. Aku dan Baekhyun juga mengenakan pakaian hitam

Aku menahan sebak sambil melihat kubur yang tertera Yoon Jaewook. Aku cuba untuk menguatkan diri aku dan akhirnya air mataku mengalir

"Kenapa kau tinggalkan aku Jaewook? Kau kata kau kawan aku, kau sayang aku. Tapi kenapa kau tinggalkan aku" Bisik hatiku yang tidak dapat menerima kenyataan

Baekhyun mengusap perlahan bahuku tetapi sebak di dalam hatiku tidak dapat ditahan. Min Ah yang berada di situ juga berdiri di sisi aku

"Betullah dia kata. Cinta tak semestinya memiliki. Dia buktikan perasaan cinta dia dengan selamatkan kau" Min Ah menahan sebak

"Dia akan selamanya jadi best friend aku. Sampai bila²" Aku terus berpelukan bersama Min Ah sambil menahan sebak kami

[ Baekhyun's House]

Baekhyun memapah aku masuk ke dalam rumah. Aku terus duduk di sofa, terasa sungguh lemah. Kenyataan yang Jaewook telah pergi meninggalkan aku terlalu sakit untuk diterima

Dia sangat baik dan terlalu baik. Tetapi, dia pilih untuk pergi. Baekhyun terus duduk di sisi aku

"Awak ok? Jangan lah nangis. Nanti dia sedih kalau tahu awak macam ni" Baekhyun mengelap air mataku

"Saya sayang dia. Dia dah macam abang saya, adik saya, keluarga saya. Kenapa dia tinggalkan saya? Kenapa orang yang saya sayang semua tinggalkan saya? Kenapa?" Aku terus menangis tanpa henti

"Jangan sedih. Masih ada orang yang awak sayang di sisi awak. Walaupun diaorng dah pergi dalam hidup awak, diaorang tetap ada di hati awak" Baekhyun meletakkan tapak tangannya di dadaku

"Janji. Jangan tinggalkan saya. Janji" Aku memandang Baekhyun dengan wajah hodoh aku yang menangis itu

"Selagi saya ada, saya akan sayangkan awak dan tak akan sesekali tinggalkan awak. Saya akan jadi segalanya dalam hidup awak" Baekhyun tersenyum dan aku terus memeluknya erat

"Saya sayang dia. Saya sayang omma saya. Saya harap suatu hari appa saya akan kembali kepada saya. Sebab saya dah tak sanggup di tinggalkan oleh orang yang saya sayang" Aku menangis di dalam pelukan Baekhyun

******

[ Sky Park]

Aku dan Baekhyun berjalan sambil memakan aiskrim. Baekhyun melihat aku dengan pandangan nakalnya. Aku terus menariknya dan duduk di bangku

"Kenapa ni?" Baekhyun memandang aku

"Boleh saya tanya something?"

"Apa?" Baekhyun terpinga-pinga

"Kenapa awak tak bagitahu dekat semua orang saya isteri awak? Kenapa awak rahsiakan hubungan kita?" Aku memandangnya geram

"Because you're my precious secret" Baekhyun tersenyum

"Jadi awak tak akan bagitahu sesiapa?" Aku mencebik bibir

"Ya. Saya tak nak ada orang sakitkan hati awak. Saya tak nak orang apa² kan awak. Saya tak nak apa yang ChaeRin buat dekat kita jadi kembali disebabkan orang yang cemburu dan tak puas hati dengan kita. Biarlah awak jadi rahsia yang berharga" Baekhyun tersenyum kemudian dia mengusap lembut kepalaku

Baekhyun terus mencium bibirku dengan penuh romantik. Aku membalas ciuman itu dan Baekhyun tersenyum

[ Baekhyun's House ]

Aku dan Baekhyun pulang setelah seharian keluar bersama. Aku berjalan sambil berpegang tangan dengan gembiranya, langkahku terhenti apabila seorang lelaki yang cukup aku kenali berdiri di hadapan aku

"Appa?"

Appa aku. Orang yang aku sayang, yang aku nantikan kepulangan dia bertahun-tahun lama akhirnya dia kembali. Aku terus memeluk appa aku dan air mataku mengalir

"Maafkan appa, Soojin. Appa tinggalkan kamu" Appa mengusap lembut diriku

"Kenapa appa buat macam ni. Soojin sayang appa, Soojin dah tak ada sesiapa selain appa" Aku menangis dengan sepuasnya

"Appa janji, appa tak akan tinggalkan kamu lagi. Maafkan appa"

Aku tidak mahu melepaskan pelukan itu, aku peluk diri lelaki itu dengan erat kerana aku tidak mahu kehilangan nya lagi. Cukup lah, omma aku dan Jaewook telah diambil. Aku tak akan sanggup jika lelaki ini juga diambil

[2 years later]

Baekhyun's POV

Aku mendukung anak kecil di dalam pelukan dan kemudian keluar ke taman kecil di halaman rumah.

"Hi mama" aku menggerakkan tangan anak kecil itu ke arah Soojin

"Hi HyunJin. Anak kesayangan mama" Soojin mengambil HyunJin dari aku dan mengendong nya

"Awak nak makan tak? Mama dah masak tu" aku menepuk bahu Soojin perlahan

"Boleh jugak. Anak mama lapar tak? Lapar tak?" Kata Soojin ke arah HyunJin sambil menggerakkan tangannya. Aku berjalan memimpin Soojin dan kami masuk ke dalam rumah.

Itulah kisah aku dengan Soojin. Si gadis pilihan hati mama aku. Yang aku sangka aku akan benci dia selamanya dan akan buang dia dalam hidup aku. Tapi, tanpa aku sedar kerana kesabaran dia terhadap aku. Akhirnya hati yang keras ini berjaya dia lembutkan.

Kesabaran itu sakit, dan terkadang membuat kita berubah hati. Tetapi, keindahan kerana sabar itu sangat indah. Terima kasih Hwang Soojin, kerana muncul di dalam hidup Byun Baekhyun

[The End]

Thanks to all readers. Setelah bertahun author menyepi tanpa update story akhirnya author kembali 🥳 Tepuk tangan sikit, hahah. Well thanks again and harap readers enjoy. Thank you so much, see you at the other story 👋🏻👋🏻

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now