Ep 8

72 4 0
                                    


[KonJae Company]

Seseorang datang ke arah meja aku dan menunduk. Aku terus bangun dan tunduk kembali

"Ya cik, boleh saya bantu?" Aku terpinga pinga kerana aku tidak tahu tujuan dia melakukan seperti itu

"Ada seseorang nak jumpa Cik. Di ada di bilik menunggu. Saya boleh bawa Cik ke sana"

"Eh tak apa, saya tahu biliknya di mana. Thanks" kata ku sambil menunduk ke arahnya

Aku terus berjalan menuju ke bilik menunggu dan terlihat sosok seorang lelaki. Aku terus membuka pintu bilik itu dan terlihat Suho

"Suho? Apa kau buat kat sini?" Aku terkejut

"Boleh duduk kejap? Kejap je" kata Suho sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya dan aku terus duduk di sofa berhadapan

"Ada apa sampai ke sini kau cari aku? Baekhyun ada masalah ke?" Aku mula berasa risau

"Aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku rasa Baekhyun berada dalam keadaan tak aman sekarang." Muka Suho ternampak risau dan ini kali pertama aku melihatnya

"Tak aman? Kenapa?"

"5 tahun yang lalu, Baekhyun pernah bercinta dengan seseorang. Sekarang, perempuan tu kembali dalam hidup dia" kata Suho

"Nama dia ChaeRin ke?"

Suho terus terkejut apabila aku menyebut nama itu

"Aku terdengar nama tu sebab Baekhyun mengingau hari tu. Tapi kalau dia kembali pun kenapa? Ex-girlfriend je pun" kata aku sambil mengangkat bahuku

"Je? Kau kata je? Kalau tak disebabkan perempuan tu, kau takkan dapat kahwin dengan Baekhyun. Dia tu psychopat. Kalau dia dah nak something dia akan buat apa je" Kata Suho dalam keadaan cemas

"Ya aku tahu, ramai je orang akan lakukan apa sahaja untuk seseorang atau sesuatu yang di suka. Even aku sendiri, aku akui. Tapi apa masalahnya? Baekhyun tak suka aku pun."

"Perempuan tu hampir bunuh Mama Baekhyun"

Aku terus terkedu dan terdiam.

[Baekhyun's House]

Aku turun dari kereta aku dan terlihat kereta Mama Baekhyun berada di laman rumah. Aku terus menarik nafas panjang dan berjalan untuk ke dalam rumah. Apabila pintu dibuka terlihat mama Baekhyun sedang menanti kami sambil menonton tv

"Soojin, maaflah Mama main masuk je" Mama Baekhyun terus memuluk ku erat

"Eh tak apa. Ini bukan rumah sesiapa, rumah Baekhyun kan. Mama dah makan? Kalau belum Soojin masakkan" Aku terus memimpin nya ke arah dapur

"Boleh juga, Baekhyun pun belum balik. Mesti dia lapar."

Aku terus mengangguk. Kami terus mula mengeluarkan bahan2 dari peti ais dan mulakan proses masak

1 hours later

Pintu dibuka dan aku terus berjalan ke arah ruang tamu. Ternampak sosok diri Baekhyun yang lemah. Aku menanti untuk dia melihat diri ku

Baekhyun terus memandang aku dengan muka masamnya dan merenung aku tanpa berkata apa2

"Awak, jom makan. Saya dah masak" aku membalasnya dengan senyuman

"Aku tak ada selera nak makan, kau makan lah sorang" Baekhyun berjalan ke arah tangga dan langkah nya terhenti apabila dia melihat mama nya di sebelah ku

"Anak mama dah balik. Jom makan sekali. Mama rindu nak makan dengan Baek.

Baekhyun terus berjalan perlahan ke arah dapur. Aku hanya mengeluh dan mengikuti mereka.

Kami duduk di meja makan menikmati makanan yang di masak oleh aku dan mama Baekhyun

"Baek kenapa ni? Pucat lesu je? Baek tak makan ke lunch tadi?" Mama Baekhyun menunjukkan wajah risaunya

"Baek busy sikit tadi, jadi tak sempat makan. Mama datang sini, tidur sini tak?" Kata Baekhyun sambil menyuap gimbap ke mulutnya

"Tak, mama nak singgah sekejap je. Lepasni mama kena pergi jumpa kawan kejap. Ada benda nak planning katanya"

Baekhyun meletakkan chopstick nya dan mengeluh. Dia melihat wajah mamanya dengan muka sayu nya

"Mama, mama nak tak pergi Jepun? Baek belanja."

Aku dan mama Baekhyun terkejut dengan pertanyaan itu. Aku melihat wajahnya seperti risau akan sesuatu tetapi aku tidak dapat meneka

"Kenapa ni? Baek ada masalah ke? Kalau macam tu, ajak lah Soojin sekali. Kita pergi sama2. Sekali honeymoon, kamu berdua tak pergi honeymoon lagi kan" kata mama Baekhyun

"Honeymoon tu tak boleh. Baek ada project kena uruskan so takleh tinggal. Mama kalau tak nak pergi, ajak aunty Soojin sekali" kata Baekhyun dalam nada tenang

Aku merasa terkejut dan sedikit tersentuh. Pertama kali nama Soojin keluar dari mulut Baekhyun. Orang yang dia benci , akhirnya dia sebut walaupun aku tahu kerana mama nya, tapi aku tetap sedikit tersentuh

"Yelah, nanti mama ajak aunty Soojin ya. Kamu lupa ke nama dia? Aunty Minyoung" Kata mama Baekhyun sambil tersenyum malu

"Ingat, saja je panggil macam tu" Baekhyun mengambil chopstick dan mula makan kembali.

Terasa sebuah mimpi, tetapi akhirnya dia sebut nama aku ☺️

[To be continued ]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now