[Police Station]
Jaewook berjalan keluar dari balai polis dengan wajahnya yang kusam dan kusut. Dia memandang Baekhyun yang berdiri di hadapannya
"Kenapa Jaewook? Kenapa kau tipu and berlakon macam tu?" Baekhyun memandang Jaewook
"Tipu? Berlakon? Kau patutnya berterima kasih sebab aku tak buat. Kalau ikutkan sakit hati aku dah lama aku buat. Kau sakitkan hati dia, kau buat dia tak bahagia. Jadi aku nak kau rasa apa dia rasa!" Mata Jaewook memerah
"Tapi perlu ke kau buat macam ni?" Baekhyun memandangnya serius
"Kau ingat eh Baekhyun. Sekali lagi, sekali je lagi. Kau sakitkan hati dia, aku pastikan kali ni aku buat betul²" Jaewook terus berjalan pergi dan Baekhyun hanya mengeluh
[Soojin's House]
Aku menanam pokok bunga ros di taman kecil di halaman rumah. Tiba² aku terlihat kelibat seseorang di gate. Aku cuba untuk memandangnya tetapi dia segera berlalu pergi. Aku terus berlari
"Sekejap!"
Lelaki itu, aku cukup kenal walau hanya memandangnya dari belakang. Sosok tubuh yang terlalu aku rindukan
"Awak, nak pergi mana" aku memandang nya dan dia berpaling ke arah ku. Wajahnya yang kacak dan segak itu mengubat rinduku terhadapnya, aku terus berlari dan memeluknya
"Saya rindu awak, Baekhyun. Saya rindu awak" aku memeluknya erat
"Boleh saya panggil dengan panggilan awak?" Suara Baekhyun lemah
"Mestilah. Saya memang dah lama tunggu awak guna perkataan tu" aku melepaskan pelukan dan meletakkan tanganku di wajahnya
"Awak demam ke? Panas ni" aku mula berasa risau
"Demam, demam rindu" Baekhyun tersenyum. Aku terus menarik tangannya dan membawanya masuk ke dalam
Aku terus pergi ke arah dapur mengisi air di mangkuk besar dan mengambil kain bersih. Aku duduk di sebelahnya di sofa dan mengelap lehernya
"Awak, sihat?" Baekhyun bersuara lemah
"Hmm. Sihat" aku terus mengelap wajahnya. Baekhyun terus mendekatkan wajahnya dan mencium bibirku kemudian dia pengsan
"Baekhyun! Byun Baekhyun!" Aku cuba untuk mengejutnya tetapi dia tidak memberi apa² tindak balas
4 hours later
Baekhyun tersedar dari tidurnya dan dia lihat badannya di selimuti dan dia tertidur di atas sofa. Dia terus bangun dan menuju ke arah dapur. Dia melihat aku sedang melakukan sesuatu di sinki. Dia terus memeluk aku dari belakang dan aku terkejut
"Baekhyun"
"Saya rindu awak, Hwang Soojin" Baekhyun meletakkan kepalanya di bahuku
Namaku terdengar indah dan lembut apabila disebut oleh dia. Mungkin kerana dia adalah orang yang paling selalu aku bersama tetapi tidak pernah memanggil aku menggunakan nama
"Saya dah masak. Jom makan" aku mengusap pipinya lembut
Seletah selesai makan Baekhyun berdiri di muka pintu rumahku dan memandang ku manja. Dia tidak berkelip
"Awak, macam tak pernah tengok saya pulak" aku tersenyum
"Dah lama tak tengok, jadi saya nak tengok puas²" Baekhyun tersenyum manis
"Awak, nanti saya cakap dengan Uncle untuk tarik balik kata² dia"
"Tak perlu, saya tahu kenapa dia buat macam tu. Saya tak kisah, yang penting awak masih isteri saya dan saya tak akan tinggalkan awak" Baekhyun mencium dahiku dan dia berjalan pergi
*****
[Aunty Minyoung's House]
"Boleh lah Uncle? Dia suami Soojin, dia ada hak untuk tinggal dengan Soojin" aku merayu kepada Uncle aku untuk tarik balik kata² dia terhadap Baekhyun
"Soojin, Uncle buat ni untuk kebaikan kamu. Kalau jadi apa² lagi? Uncle tak sanggup" Uncle menolak
"Uncle. Saya ok, benda tak jadi apa². Benda tu bukan salah dia, Soojin yang tak bagitahu dia mana Soojin pergi. Soojin yang salah. Soojin abaikan tanggungjwb sebagai isteri yang sepatutnya minta izin kemana nak pergi" aku menahan air mataku untuk mengalir
"Soojin, kenapa kamu buat macam ni? Kamu dah susahkan dan risaukan ramai orang" Uncle memandang aku serius
"Soojin, minta maaf" aku meletakkan kepalaku di kaki Uncle
[Baekhyun's House]
Baekhyun membuka pintu gate rumahnya dan kereta Uncle Taeho memasuki rumahnya. Dia segera keluar dan berdiri di sisi kereta. Dia melihat Soojin dan Uncle Taeho keluar dari kereta
"Uncle" Baekhyun terkejut. Uncle Taeho berjalan dan berdiri di hadapan Baekhyun
"Baekhyun, Uncle minta maaf atas perbuatan Uncle terhadap kamu selama ni. Uncle buat semua tu kerana Uncle sayang dengan Soojin. Dia ibarat anak Uncle sebab Uncle tidak dikurniakan anak. Jadi, kamu jaga dia. Itu sahaja Uncle minta dari kamu" Uncle Taeho meletakkan tangannya di bahu Baekhyun
"Mianhae Uncle. Saya janji saya akan buat yang terbaik sebagai suami kepada Soojin" Uncle Taeho terus memeluk Baekhyun dan aku tersenyum melihat mereka berdua
[Big warehouse]
"Aku suruh kau buat kerja paling senang. Ke kau tak cintakan dia Jaewook?"
Jaewook yang terbaring dengan mukanya yang lebam dan berdarah. Dia teruk dibelasah dan mukanya lunyai
"Cinta tak semestinya memiliki, aku takkan sesekali dapatkan perempuan yang aku sayang dengan cara kotor, macam kau!!!" Jaewook meludah darah dalam mulutnya kearah kaki perempuan di hadapannya
Perempuan itu terus memijak tangan Jaewook yang luka dengan kasut tumit tingginya
"Argh!!!" Jaewook menjerit kesakitan
"Kau sememangnya tak berguna. Nampaknya, aku kena guna cara aku sendiri"Perempuan itu terus berjalan pergi meninggalkan Jaewook
[To be continued ]
Thanks for read ✌🏻
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fanfiction"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021
![[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ](https://img.wattpad.com/cover/268076764-64-k721247.jpg)