Ep 5

75 6 0
                                    


[Baekhyun Mom's House]

Aku menemani Baekhyun duduk di gazebo laman rumah itu. Baekhyun hanya senyap dan mukanya kelihatan risau dan sedih

"Baekhyun, awak tak bawak Mama awak pergi hospital?"

Baekhyun diam seketika, dia masih mengelamun dan aku terus menepuk meja

"Baekhyun!"

"Ha?" Baekhyun tersedar dari lumanan nya

"Saya tanya awak, awak tak bawak Mama awak pergi hospital ke? Mana tahu dia boleh sihat semula" Aku memandang Baekhyun

"Bukan tak nak, tapi dia tak nak pergi selagi aku tak..." Kata2 Baekhyun terhenti di situ

"Awak tak apa?"

Baekhyun tidak menjawab. Aku cuba untuk memaksa dia menjawab tapi dia tetap diam.

"Soojin" aunty aku memanggil aku

Aku terus berjalan menuju ke aunty dan berdiri di hadapannya

"Kenapa aunty?"

"Baekhyun ok tak tu?" Aunty menunjukkan muka risau nya

"Dia senyap, tak cakap. Aunty jom lah kita bawa aunty Haeyoon pergi hospital. Mesti dia boleh baik kan" Aku menggenggam tangan aunty aku

"Benda tu memang boleh, tapi Baekhyun tak nak"

"Sebab?"

"Sebab Mama dia akan pergi hospital kalau Baekhyun setuju untuk kahwin dengan kamu" kata aunty aku itu mengejutkan diriku

Itu lah sebabnya Baekhyun menjadi senyap dan mengelamun sendiri. Aku tahu dia tidak akan mahu kahwin dengan aku tapi nyawa mama dia adalah keutamaan

Aku terus pergi ke arah Baekhyun dan memegang tangannya

"Kau nak apa?" Baekhyun menyentak

"Jom, bawa Mama awak pergi hospital" Aku terus menarik tangan Baekhyun ke dalam rumah

Setibanya di dalam bilik Mama nya, aku menyuruh Baekhyun mengangkat mama dia ke dalam kereta. Baekhyun hanya menurut dan kami bergerak ke hospital

Wongyun Hospital

Setibanya kami di hospital, Mama Baekhyun terus dibawa ke dalam dan dirawat. Baekhyun terus menoleh ke arah aku

"Kau tahu kan aku kena kahwin dengan kau? Ke kau memang saja nak?" Baekhyun mencengkam lengan aku

"Saya tak nak apa2 jadi dekat mama awak. Nyawa dia lebih penting dari tu"

"Aku tak kisah, kalau kau nak kahwin dengan aku cakap je lah. Tak payah nk tunjuk baik!" Baekhyun terus melepaskan lengan aku dalam keadaan marah

"Ya saya tahu awak tak suka saya. Saya nak tolong awak, itu je"

"Aku tak hadap pertolongan kau, perempuan" Baekhyun terus berjalan pergi meninggalkan aku sendiri

Aku berasa sedikit kecil hati apabila Baekhyun memanggil aku seperti itu. Niat aku hanya mahu membantu mama dia tapi dia salah faham. Aku terus duduk dan menahan sebak

******

[ 1 week later]

Aku dan aunty sedang bersembang sambil minum teh panas. Tiba2 kereta Baekhyun memasuki laman rumah kami. Aku dan aunty terus terpinga-pinga.

Baekhyun dan mamanya keluar dari kereta dan menyapa kami. Aku terus berjalan ke arah Mama Baekhyun dan dia terus memeluk aku

"Soojin, aunty rindu dengan Soojin" Mama Baekhyun melepaskan pelukan

"Aunty dah ok ke ni?"

Mama Baekhyun hanya mengangguk dan berjalan ke arah gazebo. Kami berempat duduk bersama. Agak sedikit canggung tapi aku cuba untuk melupakan hal tersebut

"Soojin tahu kan kenapa aunty datang dengan Baekhyun ni?" Kata Mama Baekhyun

"Kenapa aunty?"

"Aunty dah bincang dengan Baekhyun dan dia setuju untuk kahwin dengan Soojin" Kata2 Mama Baekhyun membuatkan aku terkejut

"Haa? Kenapa tiba2 je ni aunty?"

Tiba2 handphone aku berdering dan terdapat notif mesej dari Baekhyun

"Kau ikut je, nanti kita bincang"

Kalau ikut kan lagak aku dah lama aku sumbat dia dengan mop. Acah2 tak nak kahwin lepastu tiba2 dia setuju

"Soojin ikut saja kalau Baekhyun setuju" Aku senyum ke arah Mama Baekhyun tetapi Baekhyun menjeling aku

"Baguslah. Baguslah" Mama Baekhyun tersenyum gembira

[2 hours later]

Baekhyun menarik tangan aku membawa aku ke luar dari rumah dan kami berdiri berhadapan di laman rumah

"Aku akan kahwin dengan kau tapi ada syarat" Kata Baekhyun selepas melepaskan genggaman nya

"Syarat? Kalau tak nak kahwin kenapa setuju?"

"Eh, kau jangan ingat aku setuju nak kahwin dengan kau sebab aku suka kau. Tapi sebab Mama aku tu dah terdesak dan nak sangat aku kahwin dengan kau. Aku tak tahu lah, jampi jenis apa kau pakai sampai boleh buat Mama aku tergila dekat kau" Kata Baekhyun sambil cekak pinggang

"Kalau saya ni ada jampi, kenapa saya tak jampi awak je. Lagi senang" Aku menaikkan mata ku ke atas 🙄

"Sebab aku ni bukan senang2 nak termakan jampi murah kau tu"

"Apa syarat awak yang nak dibincangkan tu?" Aku terus menanyakan soalan

"Nanti aku kirim yaa"

22:30 pm

Aku keluar dari rumah dan menuju ke peti surat. Terdapat satu sampul surat yang berisi tebal dan tertera nama Baekhyun

Aku terus mengambil sampul itu dan membawanya ke bilik. Aku terus membuka isinya dan melemparkannya di atas katil dan terdapat kertas tebal yang tertera Secret Bride

Aku terus membuka dan membacanya

1. Tidak boleh memberitahu sesiapa bahawa anda adalah isteri kepada Byun Baekhyun

"Apa dia ingat aku ni barang ke dia nak sorok"

2. Tidak boleh tinggal di dalam bilik yang sama
3. Melakukan rutin harian masing2
4. Tidak boleh masuk campur urusan peribadi pasangan
5. Rahsia ini hanya di antara anda dan Byun Baekhyun
6. Berpisah setelah 6 bulan bersama dengan menggunakan alasan peribadi

Aku terus membaca syarat2 childish nya yang lain dan terus terlena.

[To be continued]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now