[Taewoon Hall]
Hari ni, hari berlangsung nya aku dan Baekhyun akan kahwin. Tapi Baekhyun memnta mama nya untuk buat majlis yang di mana hanya ahli keluarga dan sedara terdekat sahaja yang hadir
Sebab aku hanya ada aunty aku, Min Ah dan uncle pula masih di luar negara jadi dari pihak aku tidak ramai. Baekhyun juga hanya keluarga terdekat dan kawan rapat nya sahaja
"Wah, dah kahwin dah kawan aku sorang ni" kata Min Ah yang sibuk mengambil gambar aku
"Kahwin terpaksa sis, siapa yang seronok"
"Eh walaupun terpaksa tetap wedding kan. Well even not expected one, but still kau kena lah accept yang jodoh kau arrogant macam tu" Kata Min Ah dan dia terus duduk di sebelah aku
"Hmm"
Tiba2 pintu ruangan diketuk dan ianya adalah Baekhyun.
"Dah ready ke?" Tanya Baekhyun agak lemah
"Dah"
Baekhyun terus berjalan pergi. Jantung aku tiba2 berdegup kencang kerana sebentar lagi aku bakal bergelar isteri kepada Baekhyun
Min Ah memimpin aku keluar dan tiba2 seorang lelaki yang sedang tercungap-cungap berdiri di hadapan aku
"Uncle!"
Ianya adalah uncle aku. Dia terlihat sangat kacak dalam pakaian tuksedo itu
"Maaf Soojin, uncle lambat" Senyumannya membuat aku berasa tenang seketika
"Tak lah, uncle sampai tepat masanya"
Uncle terus memegang tangan aku dan kami berdiri di hadapan pintu utama hall tersebut. Degupan jantung ku semakin laju
"Kalau Mama Soojin lihat ini, dia pasti gembira"
Kata2 uncle membuat aku sedikit sebak tetapi aku berjaya menahannya. Pintu hall dibuka dan terlihat tetamu dan seorang lelaki yang segak bergaya sedang berdiri menanti kehadiran aku. Aku akui dia kelihatan begitu segak dan kacak.
Aku berjalan perlahan dan uncle terus meletakkan tangan ku ke tangan Baekhyun dan kami berdiri menghadap satu sama lain
******
Baekhyun duduk di atas sofa sambil menyilang kaki dan menonton movie kesukaan nya. Telefonnya yang berdering dihiraukan nya kerana terlalu fokus terhadap movie tersebut
Lonceng rumah juga berbunyi. Baekhyun mengeluh dan terus bangun dari sofa tersebut dan berjalan menuju ke monitor dan terlihat wajah Suho
"Aduh mamat ni, kacau betul lah"
Pintu gate rumahnya dibuka dan Suho terus memandu masuk ke dalam laman rumah Baekhyun. Suho berjalan dan masuk ke dalam rumah Baekhyun
"Kau sejak2 dah kahwin ni, call aku pun kau tak pandang" Suho mencebik bibirnya
"Cakap baik sikit, aku tak accept call kau sebab movie aku tengah best" Matanya masih tidak lari dari tv tersebut
"Isteri kau mana?"
"Entah"
"Apa? Entah?" Kata Suho dalam keadaan terkejut
"Dia bukannya budak 2 tahun nak kena tengok 24 jam" Kata Baekhyun dalam keadaan matanya fokus kepada tv
"Aku tahu, tapi kalau dia ada masalah ke, kena culik ke? Kan susah." Kata Suho tapi di endahkan oleh Baekhyun
Suho terus bangun dan menuju ke dapur tetapi kosong. Dia menuju ke tingkat atas tapi langkahnya terhenti
"Haa, no entry" Kata Baekhyun sambil jari telunjuknya di gerakkan
"Kau ni kan, susah tau. Ada isteri macam tak ada, dah kahwin tapi macam belum kahwin. Isteri kau kat mana kau tak tahu" kata Suho sambil cekak pinggang
Tiba2 pintu rumah Baekhyun terbuka dan terlihat diri Soojin yang sedang menggalas beg dan menjinjit beg kertas
"Suho?" Kata Soojin
"Eh Soojin, kau dari mana?" Suho tersenyum sipu
"Aku dari tempat kerja tadi. Kenapa?" Soojin terus meletakkan kasut nya di rak kasut dan berjalan ke arah ruang tamu
"Aku datang tadi kau tak ada, tu aku tanya kau kat mana"
Soojin berjalan tunduk apabila melalui di hadapan tv kerana Baekhyun sedang menonton. Dia terus naik ke tingkat atas
"Weii, kau tak jemput dia balik kerja ke?" Kata Suho sambil duduk di sebelah Baekhyun
Baekhyun terus menunding jari ke arah sofa di sisi lainnya dan Suho terus memahami nya dan duduk di sofa yang lain
"Aku dah kata kan tadi, dia ada kereta. Pandai2 dia lah nak balik sendiri. Hari ni aku cuti, aku nak rehat bukan nya jadi driver" kata Baekhyun yang masih fokus menonton tv
[4 hours later]
19:21 pm
Aku sedang memotong bahan2 untuk memasak teokbokki dan stu kimchi. Tiba2 aku disapa dari belakang
"Dah siap masak ke?" Tanya Baekhyun
"Belum, awak dah nk makan ke?" Aku tetap fokus menyediakan bahan masakan
"Kalau lambat aku makan luar, lambat sangat aku lapar" kata Baekhyun dan terus hilang dari pandangan
Aku terus mengambil kuali dan memula masak. Setelah beberapa minit hidangan siap dan aku menuju ke ruang tamu dan terlihat Baekhyun tertidur di sofa dalam keadaan mengiring
Aku berjalan ke arahnya dan menepuk perlahan bahunya. Dia terbangun dan matanya membulat besar melihat aku
"Makanan dh siap"
Dia terus bangun terduduk. Aku hanya meninggalkan dia dan terus menuju ke dapur. Dia berjalan ke arah dapur dan tiba di meja makan. Dia menarik kerusi yang berhadapan dengan aku dan terus mengambil penyepit dan makan
"Sedap?" Tanyaku
Baekhyun tidak bersuara tapi hanya makan menikmatinya dan aku tahu dia suka. Well dia juga yang cakap, kalau dia tak suka dia takkan layan benda tu.
23:40 pm
Aku sedang khusyuk melayan laptop aku di meja kerana aku perlu uruskan beberapa kerja manakala Baekhyun tidak dapat di kenal pasti keberadaan nya. Jam telah menunjukkan hari sudah lewat dan aku perlu bangun awal esok, aku terus mengemas meja tersebut dan menutup laptop
Aku berjalan menuju ke tingkat atas untuk ke bilikku tetapi cahaya dari bilik Baekhyun menarik perhatian aku kerana pintu nya tidak ditutup rapat
Aku berjalan perlahan agar dia tidak mendengar langkah kaki ku, dan terlihat Baekhyun yang tertidur di kerusi kerja nya. Aku ingin membangun kan dirinya tetapi aku tidak boleh melanggar peraturan dia jadi aku hanya menutup rapat pintu bilik nya dan menuju ke bilik aku untuk tidur
[keesokan paginya]
Setelah aku bersiap untuk pergi kerja aku lihat kereta dan kasut Baekhyun masih ada. Aku terus berjalan menuju ke biliknya dan membuka pintu dengan perlahan. Dia masih dalam posisi tidur nya malam tadi
Aku terus menyerbu masuk dan menuju ke arahnya. Aku menepuk perlahan bahunya tetapi tiada reaksi dari dirinya, aku merasa dahi nya agak panas. Aku terus memapahnya dan membawa nya ke katil
Aku mengambil besen kecil dan mengisi air serta tuala kecil. Aku terus duduk di sisi katil nya dan menekap dahinya dengan tuala tersebut
"Chae Rin, Chae Rin"
Ianya adalah daripada gangguan tidurnya dan aku hanya tertanya, siapakah yang di sebut oleh Baekhyun.
[To be continued ]
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ
Fiksi Penggemar"Aku kahwin dengan kau hanya sebab mama aku, so jangan berangan yang aku suka kau" - Baekhyun "Benci boleh bertukar sayang" - Soojin START - 2.5.2021 END - 13.8.2021
![[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇ](https://img.wattpad.com/cover/268076764-64-k721247.jpg)