Ep 7

68 5 0
                                    


[KonJae Company]

Aku berjalan ke arah lif untuk naik ke tingkat atas untuk menuju ke tempat kerja aku. Apabila tiba di tingkat yang ingin aku tuju, aku terus meletakkan beg aku di sisi meja dan duduk serta menekan button on di komputer aku

Aku masih dalam keadaan tertanya dan ingin tahu. Siapakah nama yang di sebut oleh Baekhyun

[Flashback]

"Chaerin, Chaerin"

Aku hanya tertanya siapakah nama yang disebut Baekhyun dalam igauan tidurnya. Tiba2 tanganku di tarik oleh Baekhyun dan mukaku berada di dadanya. Jantungku tiba2 berdetak laju dan aku terus membangunkan diriku dan berlalu pergi

[End Flashback]

Aku menepuk mukaku perlahan untuk menyedarkan diriku dan fokus untuk melakukan kerja

                                   ******

[Byun Foodie]

Seorang wanita memakai dress merah dan kasut tumit merah berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang sedang duduk menikmati makanannya di cafeteria

"Boleh saya duduk" kata wanita itu sambil senyum ke arah lelaki tersebut

"Boleh" kata lelaki itu kemudian terkejut melihat wajah wanita itu

"Ingat aku lagi, Suho?" Senyum sinis dari wanita itu

"Chae...Rin" Kata Suho dalam keadaan gagap

Wanita itu, ataupun dipanggil Chaerin terus duduk berhadapan dengan Suho. Dia masih tersenyum melihat wajah terkejut Suho

"Ingat lagi kau rupanya dekat aku, ingatkan aku dah takde dalam memori kau" Kata Chaerin sambil tersenyum

"Orang secantik kau siapa boleh lupa. Tapi apa kau buat kat sini?"

Chae Rin melihat sekeliling seperti mencari sesuatu atau seseorang tetapi wajah kesalnya terpancar apabila dia tidak menjumpainya

"Kau cari dia ke?" Kata Suho

"Jauh2 aku datang, nak buat apa kat sini kalau tak lain tak bukan untuk cari dia" Chae Rin tersenyum sinis

"Tapi dia tak ada, so no luck today. Mungkin boleh try lain kali. Aku kena gerak, btw nice to meet you AGAIN" Kata Suho sambil mengambil dulang makanannya dan berlalu pergi. Chae Rin hanya tertawa kecil

[Baekhyun's House]

Baekhyun duduk di sofa di ruang tamu sambil mengelap rambutnya yang lembap selepas mandi. Tiba2 telefonnya berdering dan dia mengangkat panggilan itu dan menekan button speaker

"Ha, nak apa?"

"Kau takkan percaya siapa aku jumpa tadi Baek"

Baekhyun hanya diam sambil mengeluh

"Kau tak nak tahu ke siapa?"

"Penting ke untuk aku tahu?" Baekhyun terus mengelap rambutnya

"Kalau kau tak rasa penting, aku faham kenapa. Tapi aku rasa dalam situasi sekarang penting. Sebab kau tu suami orang"

Baekhyun terus meletakkan tuala nya di atas bahu

"Apa maksud kau ni? Siapa kau jumpa?"

"ChaeRin"

Mata Baekhyun terus membulat dan mulutnya ternganga. Nafasnya tiba2 menjadi pendek dan terdengar dengusan

"Baek! Baekhyun!"

Jeritan Suho tidak didengari oleh Baekhyun. Baekhyun menarik nafasnya secara perlahan dan mengakhiri panggilan tersebut.

Dia berjalan perlahan menuju ke meja makan dan menuang air ke gelas dan minum nya dengan laju. Matanya merah seperti menahan tangisan dan dia cuba untuk bertenang.

19:30 pm

Pintu rumah dibuka oleh aku. Aku terus meletakkan kasut ku di rak kasut kemudian berjalan masuk. Suasana rumah agak sedikit suram kerana hanya lampu berdiri yang terbuka.

Aku cuba untuk mencari kelibat Baekhyun tetapi tidak kelihatan. Aku terus menuju ke tingkat atas dan aku terdengar jeritan dan juga bunyi bising. Aku terus menuju ke bilik bacaan Baekhyun dan membuka pintu. Buku2 nya bersepah di lantai dan aku terlihat sosok Baekhyun yang serabai

"Awak, kenapa ni? Kenapa bersepah macam ni?" Tanya ku sambil berasa risau

"Kau memang tak ada adab atau tak di ajar" kata Baekhyun nenahan kemarahan

Aku terus mengetuk pintu biliknya dan melihat dirinya yang tidak terurus itu

"Awak kenapa? Siapa buat awak marah?"

Baekhyun terus berjalan dalam keadaan marah ke arahku menyebabkan aku terpaksa mengundur dan terhenti di dinding biliknya

"Siapa buat aku marah? Dalam dunia ni, orang yang aku benci cuma 2 orang. Salah satu nya adalah engkau. Jadi tak payah tunjuk baik, pura2 care dekat aku. Aku benci" Baekhyun terus berjalan pergi ke arah bilik tidurnya, dan pintunya di hempas sekuat hati

                                      *****

[Byun Foodie]

Baekhyun turun dari keretanya dan menuju ke lif. Apabila pintu lif terbuka dia terus masuk dan menuju ke tingkat office nya berada. Apabila sampai di tingkat office nya, dia berjalan menuju ke arah biliknya dan masuk ke dalam

Tali lehernya dilonggar sedikit, kemudian dia duduk di kerusi kerjanya. Dia terus bersandar dan mengeluh panjang. Tiba2 pintunya diketuk

"Masuk"

Terlihat sosok secretary nya

"Haa, ada apa? Saya tak panggil awak lagi" kata Baekhyun sambil memicit dahinya

"Tuan Byun, ada seseorang yang mahu berjumpa dengan Tuan" Kata secretary itu

"Siapa?"

"Hello, Baekhyun"

Baekhyun terus memandang ke arah orang tersebut. Riak wajahnya menunjukkan yang dia sangat2 benci dan meluat dengan orang tersebut

Secretary Baekhyun terus pergi dan meninggalkan mereka berdua. Baekhyun masih tidak bangun dari kerusinya dan dia hanya mengendahkan orang tersebut

"Baekhyun, U tak ingat I ke?"

Baekhyun terus bangun dari tempat duduknya dan membuka pintu office nya

"Panggil security sekarang. Aku tak nak tengok muka perempuan ni!!" Baekhyun terus berjalan pergi meninggalkan office nya

[To be continued]

[C] ᴍʏ ꜱᴇᴄʀᴇᴛ ʙʀɪᴅᴇWhere stories live. Discover now