JARUM peniti dicabut lalu diletakkan kembali ke dalam kotak. Senyuman masih lagi tidak memudar. Nampaknya sekarang dia sudah pun bergelar isteri kepada Haziq Hakim Bin Baharuddin dengan sekali lafaz sahaja. So, sekarang korang kena panggil aku Puan Khai okey ? HAHAHA !
Cincin emas yang tersarung di jari manisnya ditenung lama. Saat kulitnya bersentuhan dengan kulit suaminya, dia dapat merasakan renjatan elektrik secara tiba-tiba menyambar. Jantungnya berdegup kencang.
Saat lelaki itu mengucup dahinya, dia merasakan ingin menangis kerana dia rasa terlalu gembira.
Kalaulah apa yang terjadi hari ini merupakan sebuah mimpi...
Jangan bangunkan dia. Dia ingin terus bermimpi dan tidak ingin bangun.
Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari ini langsung tidak dirancang olehnya. Ya, dia memang sudah lama mencintai suaminya namun dia langsung tidak pernah terfikir untuk memilikinya. Kerana dia tahu dia tak layak.
Mencintai dalam diam sungguh menyakitkan namun itu lah solusi yang terbaik.
"Khai, awak menungkan apa tu ?" Khairun Batrisya tersentak. Dia kembali tersedar dari lamunanya.
"Pak... Pak Serban... Bi-bila masuk ?" Soal Khairun Batrisya gugup.
"Baru sahaja." Jawab Pak Serban ringkas. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas tilam.
"Sampai bila awak nak panggil saya Pak Serban ? Kita dah jadi suami isteri dah pun. Kan manis kalau awak tukar panggilan tu."
"Aku dah biasa. Tak selesa pula nanti kalau tukar." Jawab Khairun Batrisya perlahan.
Pak Serban menganggukkan kepala. Senyuman di bibirnya masih lagi terukir. Dan ia sungguh menawan !
"Suka hati awaklah, Khai. Asal awak selesa. Cuma satu je..."
Dahi Khairun Batrisya berkerut.
"Apa dia ?"
"Saya tak nak awak gunakan lagi 'aku' dengan 'kau' lagi, boleh ? Terlalu kasar."
Khairun Batrisya terdiam. Otaknya ligat berfikir apa yang harus dia gantikan.
Pak Serban yang melihat Khairun Batrisya mendiamkan diri, segera bangun lalu merapati tubuh itu. Kedua-dua bahu Khairun Batrisya diusap perlahan.
Sekali lagi Khairun Batrisya tersentak. Peluh mula merinik membasahi dahinya.
Apa ni ? Takkan sekarang ?
Aku tak ready ! Tok mak ! Tok ayah ! Tolong Risya !
"Saya bukan apa Khai cuma saya tak naklah nanti mak dengan abah dengar panggilan tu nanti diaorang fikir bukan-bukan." Terang Pak Serban.
Hajah Kalsom...
"Ermmm kalau macam tu kita guna 'saya' dan 'awak' je lah dulu buat masa sekarang, boleh ?"
"Boleh, Khai sayang."
Cup !
Mata Khairun Batrisya terbeliak apabila Pak Serban bertindak mencium dahi bersihnya. Dia sukar untuk bernafas. Wajahnya memanas.
Pak Serban hanya menghadiahkan senyuman lebar sebelum mencapai tuala lalu pergi ke bilik air untuk mandi.
Dan Khairun Batrisya masih lagi kaku tidak bergerak.
Dup dap ! Dup dap !
Di-dia cium dahi aku ? Dan yang lagi nak buat aku pengsan, dia panggil aku SAYANG ?!!!!
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Любовные романы🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...