MOTORSIKAL diberhentikan di tepi pondok kecil yang terletak berhadapan dengan air terjun. Khairun Batrisya mula berjalan menuju ke salah satu batu besar yang terletak betul-betul di tepi air terjun. Punggung di labuhkan di atas batu tersebut.
Nyamannya ! Kaki direndamkan buat seketika. Uuu sejuknya air dia !
Fikirannya kembali melayang. Memikirkan masalah kisah cintanya yang terbalas.
Pak Serban tak jadi kahwin dengan Fatin. Patut ke aku gembira dengan berita tu ? Patut ke aku ambil peluang untuk rapatkan diri aku dengan dia ?
Big no !
Mesti dia akan cakap aku ni perempuan tak tahu malu. Nak attention dia ! Tak nak lah ! Akhirnya, ego Khairun Batrisya menang.
Tengah sibuk memikirkan masalahnya, matanya terpandang ke arah jambatan gantung yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya.
Dia segera berdiri.
Pak Serban !
Kelihatan Pak Serban sedang berdiri betul-betul dihujung jambatan. Lagaknya seperti orang yang mahu bunuh diri sahaja.
Sekejap ? Bunuh diri ?!
"Pak Serban !!!" Panggilnya kuat.
Pak Serban memalingkan kepalanya memandang Khairun Batrisya. Reaksinya agak terkejut.
"Apa ?!"
"Apa kau tengah buat tu ? Nak bunuh diri ke ? Jangan jadi bodohlah. Takkan disebabkan perempuan, kau dah putus asa untuk hidup ? Kau tak kesian mak ayah kau ke ? Kau tahu tak bunuh diri tu satu dosa yang besar ? Kau tak belajar ke ?!"
Pak Serban nampak binggung. Khairun Batrisya merengus geram. Pura-pura tak bersalah pula dia ni !
"Apa awak cakap ni ?"
"Sekejap ! Jangan terjun dulu. Tunggu aku pergi sana !" Khairun Batrisya segera berlari mendapatkan Pak Serban.
Pak !
Sampai sahaja di sana, tangan Khairun Batrisya pantas sahaja memukul belakang kepala milik Pak Serban. Pak Serban tampak terkejut dengan 'hadiah' tamparan dari Khairun Batrisya.
"Khai..." Pak Serban terkedu.
"Itu hadiah untuk kau. Kau dah kenapa ?!"
"Kenapa apa ? Apa awak cakap ni ? Saya tak fahamlah, Khai."
Mendengar jawapan dari Pak Serban semakin membuatkan amarah Khairun Batrisya semakin meluap-luap.
"Kau tu ! Kenapa nak bunuh diri ? Aku tahu kau frust sebab majlis kahwin kau tak jadi tapi janganlah sampai nak bunuh diri ! Belajar jauh-jauh pasal ilmu agama Islam tapi disebabkan cinta, semuanya musnah ! Eeee bodohnya kau ni !" Khairun Batrisya melepaskan semua yang terbuku di dalam hatinya.
"HAHAHAHAHAHAHAHA !"
Dahi Khairun Batrisya berkerut.
Berani dia ketawakan aku ?!
"Woi ! Apasal kau ketawa hah ?!" Berang Khairun Batrisya. Dia mula bercekak pinggang.
Pak Serban yang sudah puas mentertawakan Khairun Batrisya, segera berhenti dan kembali berbicara.
"Fikiran awak tu. Aduhai, Khai."
"Malas aku nak layan kau. Tak apalah, terjunlah kalau nak. Aku nak balik !" Khairun Batrisya segera meninggalkan jambatan itu. Sakit hatinya apabila ditertawakan.
Namun, entah apa silapnya, badannya kurang imbangan dan akhirnya...
Bushhhhh !
"Khai !!!" Pak Serban berteriak memanggil Khairun Batrisya yang sudah pun 'selamat' masuk ke dalam air.
![](https://img.wattpad.com/cover/192933347-288-k543993.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romansa🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...