"KAU dah gila ke ?!" Suara Khairun Batrisya naik seoktaf. Wajahnya kemerahan menahan marah. Dadanya berombak turun naik menahan gemuruh. Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu cukup mengejutkannya.
Ya, dia memang menyukai lelaki tersebut namun dia tidak mahu lelaki itu mengahwininya hanya atas dasar ingin menutup aib. Dia tidak mahu hanya dia sahaja yang bertepuk sebelah tangan.
Itu sungguh menyakitkan...
"Saya buat apa yang sepatutnya saya buat, Khai. Awak nak keluarga kita tanggung malu ?"
"Tapi kita tak buat apa-apa pun !"
"Memang kita tak buat apa-apa Khai tapi si Faizal dengan kawan-kawan dia dah salah faham. Lagi-lagi dia ramai saksi. Kita dah tak boleh buat apa-apa, Khai..."
Khairun Batrisya merengus. Fikirannya serabut.
"Tapi aku masih muda. Aku belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri."
Pak Serban tersenyum kecil.
"Awak tak perlu risau. Saya mula-mula pun tak bersedia tapi lama-lama awak akan terima juga walaupun ambil masa lama."
Apa patut dia buat ? Adakah sesenang itu dia menerima lamaran Pak Serban ?
Sekejap...
Bagaimana pula dengan Fatin ?
"Sekejap..."
"Ya ?"
"Fatin macam mana ? Takkan kau sanggup nak kecewakan dia ? Kau tak rasa ke nanti dia akan terasa dengan kau ?"
Dahi Pak Serban berkerut. Dia tidak faham dengan ayat Khairun Batrisya.
"Maksud awak ?"
"Maksud aku, kau dengan dia memang dah batalkan majlis nikah tu tapi tiba-tiba kau teruskan juga majlis nikah tu tapi dengan perempuan lain. Yes, memang Fatin dah tawar hati tapi takkan semudah tu kau cari penganti dia ? Orang luar akan pandang jahat pada kau. Diaorang akan kata kau punca sebenarnya. Kau selama ni ada hubungan dengan aku secara senyap, bila dah kena tangkap basah baru nak kahwin ?
Aku tak nak weh. Aku tak nak jadi penyebab kau dengan Fatin tak jadi kahwin." Luah Khairun Batrisya. Tanpa disedarinya, air matanya sudah pun mengalir deras.
Pak Serban mengelengkan kepalanya. Dia cuba menenangkan Khairun Batrisya yang masih lagi bercelaru.
"Khai, awak jangan risau. Saya janji saya akan jaga awak."
Khairun Batrisya buntu. Dia terduduk lemah di atas tangga batu rumah. Tangisannya masih lagi belum reda.
Apa patut aku buat ni ?
Khai, fikir betul-betul. Apa pun keputusan kau, ia akan melibatkan masa depan kau sekali.
"Khai, saya tahu awak susah nak terima semua ni. Saya tahu semua ni jadi tiba-tiba tapi saya janji dengan awak, saya akan jaga awak. Saya akan jadi suami yang bertanggungjawab. Saya tahu kita masih muda tapi Insya-Allah kalau niat kita baik, Allah akan sentiasa lancarkan semuanya..."
Perlahan-lahan Khairun Batrisya mengangkat kepalanya memandang Pak Serban.
Baiklah kalau macam tu...
"Okey !" Khairun Batrisya sudah pun membuat keputusan.
"Okey ? Apa maksud awak ?"
"Baiklah, aku akan kahwin dengan kau tapi kau kena tepati semua janji-janji kau !"
"Insya-Allah, Khai..." Pak Serban tersenyum lebar. Gembira kerana lamarannya diterima.
"Kalau macam tu, bila majlis nikah kau dengan Fatin berlangsung ?" Soal Khairun Batrisya sambil mengesat sisa air matanya.
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Roman d'amour🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...