🌻𝐁𝐚𝐛 1

2.3K 124 55
                                    

Universiti Al-Azhar, Mesir...

HUJAN renyai-renyai yang turun di bumi Mesir membuatkan suhu di sana agak sejuk dan nyaman. Kelihatan seorang lelaki tampan yang mengenakan serban putih dan jubah biru muda ditubuh sasanya sedang mengeluh panjang. Wajahnya kelihatan muram.

Macam mana keadaan keluarganya yang berada di Malaysia ? Adakah mereka sihat sahaja ? Rindunya nak balik Malaysia !

Hurmmm cakap pasal Malaysia membuatkan dia teringatkan seseorang. Ya, gadis itu. Gadis yang amat dia sayangi dan cintai sejak dari bangku sekolah.

Adakah gadis itu sudah berkahwin ? Ataupun sudah mempunyai anak ?

Sedang sibuk dia berfikir, terasa bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Dengan pantas, dia menoleh ke belakang.

"Hish, kau ni ! Terkejut tau aku." rungut lelaki itu sambil mengurut-urut dadanya.

Sahabat lelaki itu tertawa kecil. Tangannya diangkat tinggi sebagai tanda dia mengaku kalah.

"Sorrylah, aku tak sengaja. Siapa suruh kau termenung ? Agak apa yang kau menungkan tu ?" soal sahabat lelaki itu pelik.

Lelaki itu mengeluh tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu. Sahabat lelaki itu mulai berang.

"Muhammad Haziq Hakim bin Baharudin ! Aku cakap dengan engkau ni !"

"Hah ? Kau nak apa, Ran ? Aku dahlah tengah rindu Malaysia ni." rungut lelaki yang bernama Haziq Hakim itu.

"Aku pun rindu Malaysia lah. Sekejap... Kau rindu Malaysia ke rindu orang sana...." Zahran mula mengenakan sahabatnya itu.

Dahi Haziq Hakim berkerut seribu. Rindu orang sana ? Siapa pulak orang sana yang dimaksudkan oleh Zahran ?

"Siapa pulak dah orang sana ? Mak ayah aku ?"

"Bukan mak ayah kau tapi Cik Khai !"

Haziq Hakim tersentak selepas mendengar nama gadis yang amat dia cintai. Jantungnya berdegup kencang.

"Ap-apa kau cakap ni, Ran ?! Kan aku cakap aku dah move on !" nafi Haziq Hakim gugup.

Zahran tersenyum mengejek. Move on ea....

"Baguslah kalau sahabat dunia akhirat aku ni dah move on. Tapi kan Ziq, kenapa setiap malam aku mesti dengar kau duk sebut-sebut nama dia masa tidur. Move on puihhh !"

Haziq Hakim terdiam. Aduh, macam mana lah aku boleh ngigau perempuan tu ?! Kan dah kantoi dengan Zahran ! Malu...

"Kau salah dengar kot..."

"Setahu aku, pendengaran aku baik je. Elok je aku dengar kau duk sebut 'Khai Khai Khai... Aku cintakan kau' setiap malam." semakin lancang Zahran membalas.

"Yelah, aku ngaku yang aku ni still sukakan Khai. Puaslah hati kau kan !" Haziq Hakim tidak puas hati.

Zahran tersenyum menang. Aku dah agak ! Ini Zahran Fauzi lah ! Tak ada siapa boleh tipu dia...

"Eh, tapikan Ziq, kenapa kau tak bagi peluang dekat perempuan yang ada campuran Arab-Melayu tu eh ? Cantik aku tengok dia tu !" soal Zahran pelik.

"Sharifah Auliya tu ? Entahlah, hati aku tak ada dekat dia. Aku anggap dia kawan biasa je, Ran. Hati aku tetap dekat Khai tu."

Zahran mengeluh panjang. Dia tak tahulah kenapa dengan sahabatnya itu. Yang cantik ada di depan mata, disia-siakan. Yang jauh pulak ditunggunya.

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now