KEESOKKAN harinya, Khairun Batrisya dijemput hadir ke rumah Ustaz Baharuddin dan Hajah Kalsom. Katanya untuk makan tenghari sama-sama.
Kini, suasana di rumah tersebut senyap. Ini kerana Ustaz Baharuddin dan anak lelakinya, Pak Serban pergi ke rumah seorang penduduk kampung kerana telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena anaknya pulang dari luar negara.
Kini, hanya tinggal dia dan Hajah Kalsom sahaja di rumah tersebut. Dia berasa kekok dan janggal. Dia hanya fokus dengan kerjanya iaitu memotong bawang besar untuk dimasukkan ke dalam makanan.
Bila Pak Serban nak balik ni ? Lama lagi ke ? Aku dah tak tahu nak buat apa. Khairun Batrisya mengeluh.
"Khai..." Namanya dipanggil.
"Ya, Hajah Kalsom ?" Dengan segera dia menoleh ke arah Hajah Kalsom yang sedang menggoreng ayam.
"Betul ke keputusan kamu nak berkahwin dengan anak aku ?"
Dahi Khairun Batrisya berkerut. Pisau diletakkan ke atas meja. Dia mula memberi perhatian terhadap Hajah Kalsom
"Kenapa hajah tanya macam tu ?"
Kedengaran Hajah Kalsom mengeluh panjang sebelum memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Khairun Batrisya. Dia tidak lupa untuk mematikan api dapur.
"Aku tanya kau betul-betul sebab aku tak nak kau menyesal nanti, Khai." Bahasa yang digunakan semakin kasar.
Lidah Khairun Batrisya kelu.
"Be-betul,hajah. Saya memang nak kahwin dengan dia. Kenapa ?" Khairun Batrisya memberanikan dirinya untuk menyoal.
"Aku bukan apa, aku kesiankan anak lelaki aku je."
Kesiankan anak dia ?
"Kenapa ?"
"Ye lah sebab dapat perempuan jahat macam kau..."
Sakit.
Walaupun nada suara yang digunakan masih lagi sopan dan perlahan, namun kata-kata yang keluar cukup menghiris hatinya.
"Kenapa hajah cakap saya macam tu ?"
"Aku rasa aku tak salah. Tengok keturunan kau pun, dah terang-terang macam mana perangai kau. Jangan fikir aku tak tahu ya ? Kau sebenarnya sengaja nak perhatian anak aku. Kau terjun tu pun sebab kau tahu anak aku akan selamatkan kau dan kau juga tahu anak aku takkan biarkan kau mati sebab dia tak nak tanggung apa-apa risiko..."
Fitnah jenis apa ni, Ya Allah ?
"Kau sebenarnya ada hati dengan anak aku, kan ? Kau tak payah tipu akulah Khai. Aku tengok mata kau pun aku tahu !"
Ya, memang saya ada hati dengan anak hajah.
"Kau takut dia kahwin dengan Fatin sebab tu buat semua tu. Kau sebenarnya punca diaorang tak jadi kahwin..."
"Bila kau dengar anak aku ajak kau kahwin atas sebab nak tutup aib keluarga masing-masing, mulalah kau gembira sebab impian kau tercapai. Tapi kau kena ingat, mungkin anak aku kahwin sebab kesian sahaja. Dia bukan cintakan kau pun. Usaha kau semua sia-sia !"
Sabar, Khai...
Mata dipejam buat seketika. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk melawan kembali kata-kata pedas yang keluar daripada mulut wanita agak berumur itu. Dengan perlahan-lahan, dia mula berdiri.
"Hajah Kalsom..." Panggilnya perlahan. Mata kembali dibuka.
"Sejujurnya saya tak faham apa yang Hajah Kalsom cakapkan ni. Ya, saya mengaku yang saya memang ada perasaan dekat anak hajah tapi saya tak pernah cuba rosakkan hubungan diaorang. Saya bukanlah perempuan yang terlalu dahagakan perhatian lelaki..."
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...