AIR sirap limau ais yang dihidang oleh Khairun Batrisya diteguk rakus. Fuh, leganya tekak ! Qama tersenyum puas. Matanya asyik menjeling-jeling ke arah sahabat baiknya yang sedang termenung.
"Hei, termenung pulak dia ! Bukan nak layan aku yang baru sampai ni." omel Qama. Konon berjauh hati.
Khairun Batrisya tersedar dari lamunanya. Wajah Qama yang semakin merah, dipandang sayu.
"Maaf, Ma. Menyusahkan kau je kena datang sini. Dahlah jauh. Aku bukan apa Ma, aku nak kau ada dekat dengan aku sepanjang masa."
Qama mula menjadi serba salah. Tubuh Khairun Batrisya ditarik ke dalam pelukanya. Air mata gadis itu mula bergenang.
"Ma..."
"Luahkan, Khai. Aku sudi mendengar." bisik Qama lembut. Air mata Khairun Batrisya semakin deras mengalir.
"Hiks kenapa jadi macam ni, Ma ? Dia dah bertunang dengan musuh aku sendiri. Aku dah kalah, Ma. Aku bodoh sebab buat Pak Serban macam tu. Aku cintakan dia, Ma..."
Qama hanya mendiamkan diri sebagai tanda memberi ruang untuk gadis itu menyambung.
"Ma, aku... ta-tak nak hilang dia. Hiks aku nak dia sorang je. Aku betul-betul menyesal ! Ke-kenapa dalam hiks... banyak-banyak perempuan dia pilih musuh aku jugak ? Tak adil, Ma..."
"Khai, kalau antara diaorang tu ada jodoh, kita tak boleh buat apa-apa. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang lebih mengetahui." nasihat Qama lembut.
"Tapi..."
"Shut... Dengar betul-betul dan ingat ayat aku ni sampai bila-bila. Jodoh itu ditangan Tuhan. Kalau betul dia bukan milik kau, Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik. Tuhan itu Maha Adil, Khai. Ingat, kumbang bukan seekor !"
Esakkan Khairun Batrisya semakin kedengaran. Qama mengetatkan lagi pelukan. Hatinya turut berasa sebak.
"Aku nak kau perlahan-lahan lupakan dia. Sekarang, dia milik Fatin. Kita doakan yang baik-baik okey." sambung Qama.
Khairun Batrisya mengangguk. Wajahnya disembamkan ke bahu Qama.
"Lepas ni aku nak tengok kau macam dulu. Cantik and tabah. Dah macam zombie hilang anak dah aku tengok kau ni !" sengaja Qama mencari pasal.
Khairun Batrisya menjeling manja. Lingkaran hitam pada bawah matanya disentuh perlahan. Betul juga apa yang dikatakan oleh Qama itu.
"Aku sayang kau, Ma !" pelukan semakin diketatkan.
"Aku sayang kau juga..." mereka saling membalas senyuman. Qama mengelus lembut rambut panjang milik sahabat baiknya itu.
Khairun Batrisya tersenyum nipis. Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang sahabat sebaik Qama.
🌻🌻🌻
HARI ini, Khairun Batrisya seperti biasa menghantar sebakul nasi lemak ke warung Pak Daud. Wajahnya ceria. Seakan-akan tiada masalah.
Tiba-tiba hidungnya terbau haruman minyak wangi lelaki yang amat dia kenali. Selalunya yang pakai minyak wangi jenis macam ni 'dia' yang pakai. Jangan cakap...
"Assalamu'alaikum, Pak Daud. Nasi lemak ada ?" soal Pak Serban mesra. Mereka berjabat tangan.
"Waalaikumsalam, mestilah ada. Si Khai ni baru je hantar. Kamu nak berapa bungkus ?"
"Bagi saya 4 bungkus ya, Pak Daud." Pak Daud mengangguk.
Dengar sahaja nama 'Khai', laju sahaja Pak Serban menoleh ke arah sebelahnya. Kelihatan Khairun Batrisya sedang bercekak pinggang.
"Khai, macam mana dengan motor ?"
Khairun Batrisya buat-buat terkejut. Sedangkan dari tadi dia mendengar perbualan antara jejaka itu dengan Pak Daud.
"Motor okey dah. Terima kasih ya sebab sudi tolong aku." Pak Serban membalasnya dengan anggukkan. Dia sempat menghadiahkan senyuman manis kepada Khairun Batrisya.
Janganlah senyum depan aku. Jangan buat aku rasa sebak lagi. Jangan buat aku sedih lagi. Aku dah penat nak hadap semua ni. Aku penat...
"Ha, kenapa awak tak datang hari pertunangan saya dengan Fatin ?"
"Sibuk."
"Oh, patutlah." suasana kembali senyap.
"Haziq, ini nasi lemaknya. Terima kasih la ya..." plastik merah bertukar tangan.
Pak Serban mengeluarkan not bernilai RM 5 lalu diberikan kepada Pak Daud.
"Sekejap ya, ada baki." baru sahaja Pak Daud ingin membuka peti wangnya, Pak Serban terlebih dahulu menghalang.
"Tak payahlah, Pak Daud. Simpan jelah baki tu."
"Terima kasih." ucap Pak Daud lagi. Pak Serban tersenyum.
Dia kembali menoleh ke arah Khairun Batrisya. Kelihatan gadis itu sedang ralit menyusun nasi-nasi lemak yang dibawanya di atas meja.
"Awak datang sini naik apa ?"
Perbuatan Khairun Batrisya terhenti. Dia menjeling sekilas wajah tampan milik Pak Serban.
"Cakap dengan aku ke ?"
Sengaja dia ingin mencari pasal. Biar lelaki itu nak marah sekali pun. Namun, Pak Serban hanya tertawa kecil.
"Mestilah saya bercakap dengan awak. Takkan saya gila cakap sorang-sorang pula. Ish awak ni !"
Khairun Batrisya hanya mendiamkan diri. Dia kembali menyambung kerjanya. Siap sahaja kerjanya, dia terus mencapai bakul nasi lemak yang dibawanya tadi.
"Pak Daud, Khai pergi dulu ya. Nanti petang Khai datang ambil duit !" laung Khairun Batrisya.
"Ye lah. Kamu tu hati-hati jalan sorang-sorang. Kamu tu anak dara, Khai. Bahaya." pesan Pak Daud.
"Baik, Pak Daud. Khai pergi dulu. Assalamulaikum..."
"Waalaikumsalam..."
Baru sahaja Khairun Batrisya mahu meneruskan langkahnya, dia merasakan bakulnya ditarik dari belakang. Dengan pantas, dia menoleh.
Pak Serban !
"Kau nak apa lagi ?!"
"Marilah saya hantar awak balik. Kesian awak jalan sorang-sorang. Lagipun betullah apa yang Pak Daud cakap, awak tu anak dara. Bahaya jalan sorang-sorang."
Khairun Batrisya hanya memekakkan telinganya. Hatinya cukup panas.
"Khai !" panggil Pak Serban lagi.
Tidak dibalas.
"Khairun Batrisya !" nama penuhnya dipanggil tegas. Sekali lagi langkah Khairun Batrisya terhenti.
"Aku tak nak lah ! Kau tak faham bahasa ke ?!" berang Khairun Batrisya.
"Saya nak tumpangkan awak je. Jomlah..." Pak Serban masih lagi tidak berputus asa.
Khairun Batrisya mengeluh panjang. Memang tak reti bahasa betullah dia ni. Aku ni nak lupakan dia tapi makin menjadi-jadi pula dia muncul depan aku.
"Aku tak hadap pun. Aku tak memerlukan bantuan kau dan aku tak ingin tengok muka kau lagi !" tegas Khairun Batrisya sebelum meneruskan langkahnya.
Pak Serban terdiam. Terkilan dengan kata-kata pedas dari Khairun Batrisya. Namun, senyumannya kembali terukir. Senyuman manis.
Sorry sebab sis dh lama x update 😅😂
Teruskan vote dan komen yaaaaa
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...