"YA ALLAH, cucu aku ! Rindunya tok mak dekat kamu, Risya." tubuh Khairun Batrisya dipeluk erat oleh nenek kesayangannya, Hajah Kamariah.
Khairun Batrisya mengetatkan lagi pelukan. Air matanya mula bergenang. Perasaan rindu terhadap atuk dan neneknya tidak terkata.
"Amboi, rindu tok mak je ke ? Tok ayah tak rindu ?" celah Haji Ismail, tok abah.
"Hish, awak ni kacau je lah bang. Bagilah saya bermanja-manja dulu dengan cucu kesayangan kita ni." omel Hajah Kamariah.
"Dengan Risya bukan main manjanya tapi bila dengan saya, tak boleh pulak ! Busuklah... Masamlah... Dah tua lah..."
Khairun Batrisya tertawa kecil melihat gelagat atuk dan neneknya. Hajah Kamariah mencebik.
"Awak ni kan, dah tua-tua pun masih lagi mengada-ngada ! Malu lah sikit dengan cucu ni." Hajah Kamariah cuba mengingatkan suaminya.
"Apa ? Ingat saya kisah ?" bidas Haji Ismail selamba. Wajah masam ditunjukkan.
"Awak ni kan bang ! Dah, jom kita masuk Sya. Daripada kita layan tok ayah tu, baik kita rehat-rehat." ajak Hajah Kamariah sambil menarik tangan cucunya masuk ke dalam.
"Hurmm... Tok mak, dekat sini ada pisang tak ? Risya teringinlah nak makan pisang goreng. Dah lama tak makan." pintanya.
"Pisang ? Eh, mestilah ada. Berlambak tu ha dekat kebun tok ayah. Kalau nak, ambik je lah." balas Haji Ismail.
"Betul ke ni, tok abah ?! Kalau macam tu, esok petang kita makan eh ?"
"Eh, buat apa tunggu esok petang ? Sekarang pun boleh. Sekejap, biar tok abah ambil dekat kebun." Khairun Batrisya menjadi serba-salah.
"Eh, tak payahlah. Menyusahkan tok ayah je nanti. Dahlah penat jemput Risya dekat jeti lepastu kena pergi kebun pula." tolaknya lembut.
"Tak apalah, Risya. Lagipun kamu tu jarang balik kampung ni. Tak salah kalau nak. Boleh je tok ayah kamu ambil. Kan, bang ?"
"Betul cakap tok mak kamu tu, Risya. Dah, tunggu sini. Biar tok ayah ambik." tegas Haji Ismail.
Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Dia kembali memeluk tok maknya sebagai tanda melepaskan rindu. Sesekali pipi tua itu dikucup lembut.
"Risya sayang tok mak..."
"Tok mak pun sayang Risya. Ha, ni tok mak lupa nak bagitahu kamu ni. Esok malam, tok mak dengan tok ayah nak buat kenduri sikit. Kamu ada bawak baju kurung tak ?"
"Lah ye ke ? Nasib baik Risya bawak." Khairun Batrisya lega.
"Nasib baik. Ha lagi satu tok mak nak tanya, kamu tengah uzur ke ?"
Haish, banyak pula soalannya ! Jawab je lah...
"Tak de lah, Risya baru je habis uzur minggu lepas." balas Khairun Batrisya. Hajah Kamariah mengangguk.
"Baguslah kalau macam tu sebab malam ni dekat masjid ada tahlil ringkas. Bolehlah kamu ikut." beritahu Hajah Kamariah.
Khairun Batrisya hanya mendengar tanpa membalasnya. Matanya dipejamkan. Dia ingin berehat sebentar.
"Kesian cucu tok mak ni. Kamu tidurlah dulu ya. Tok mak nak sediakan minum petang." ujur Hajah Kamariah sebelum berdiri.
Sebelum melangkah ke dapur, dia sempat mengucup dahi cucu kesayangannya sebagai tanda sayang. Khairun Batrisya tersenyum nipis tanpa membuka matanya. Dia mula terlena di ruang tamu.
🌻🌻🌻
SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, Khairun Batrisya hanya mendiamkan diri. Otaknya ligat berfikir. Perjalanan dari masjid ke rumah hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.
"Risya ? Kenapa diam je ni ? Kamu ada masalah ke ?" soal Haji Ismail pelik.
Khairun Batrisya tersentak. Dia berdehem seketika sebelum menjawab.
"Tak ada apa-apalah tok. Cuma penat sikit je." balasnya ringkas.
"Lah, kalau penat, kenapa tadi kamu tak duduk rumah je. Kamu boleh tolong tok mak siap-siapkan makanan kenduri ?"
"Tak guna sebab tok mak tak bagi Risya tolong apa-apa. Baik Sya pergi ikut tok ayah solat dekat masjid. Lagi bagus kan ?" Haji Ismail hilang kata-kata untuk membalas. Ada betul jugak apa yang dikatakan oleh cucunya.
Selepas suasana senyap seketika, Khairun Batrisya kembali termenung. Otaknya ligat berfikir.
Kenapa suara imam tadi macam suara 'dia' eh ? Dari semalam aku asyik dengar suara seakan-akan sama dengan 'dia'. Pelanduk dua serupa kot !
Sampai je di rumah, dia terus mendapatkan tok maknya. Dia menolong wanita tua tersebut mengangkat dulang-dulang yang berisi makanan ke ruang tamu.
"Tok mak, kenduri mula pukul berapa ?"
"Lepas ustaz Baharudin sampai, kenduri mula lah."
Khairun Batrisya hanya mengganguk. Ustaz Baharudin ? Nama ayah 'dia'. Ayah mertua tak jadi ! Huhuhu...
"Assalamualaikum..." ujur satu suara dari luar.
"Waalaikumsalam !" balas Khairun Batrisya dan Hajah Kamariah serentak. Dulang yang terakhir diletakkan di atas lantai.
"Masuklah, ustaz." pelawa tok ayah mesra. Ustaz Baharudin mengangguk sambil bersalaman dengan tok ayah.
Setelah memastikan orang-orang kampung tiba, kenduri pun bermula. Semuanya berjalan dengan lancar. Tiba sahaja bahagian doa, Khairun Batrisya tergamam.
Kenapa suara orang yang baca doa tu macam suara 'dia' ?! Ya Allah, kenapa dengan aku ni ?! Dah terlampau angau gamaknya !
"Tok mak..." panggilnya dalam nada berbisik.
"Ha ? Kenapa ?"
"Kenapa suara ustaz Baharudin tu lain ? Agak dia sakit tekak eh ?" soalnya ingin tahu. Dahi Hajah Kamariah berkerut.
"Apa pulak suara ustaz Baharudin ?! Tu suara anak lelaki bongsu dia yang baru je balik dari Mesir."
Mulut Khairun Batrisya terlopong. Nasiblah rumah atuk dan neneknya tidak ada lalat, kalau tak memang dah masuk dalam mulutnya.
"Tok mak biar betul ?! Tok mak salah dengar tak ?" dia bagaikan tidak percaya.
"Betullah apa yang tok mak cakap. Tu suara anak dia bukan suara dia. Kalau kamu tak percaya, pergi tengok sendiri !" omel Hajah Kamariah.
Perasaan ingin tahu semakin menebal. Langsir diselak sedikit. Matanya tercari-cari kelibat orang yang membaca doa. Matanya terbeliak.
Biar betul ?!
Sah, itu memang 'dia' !
Pak Serban !!!
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Storie d'amore🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...