"Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku...Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan...Maafkan diri ku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu...Apakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaan ku selama ini..."QAMA mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menjelang sekilas ke arah Khairun Batrisya yang sedang memejamkan mata konon menghayati lagu yang didendangkan.
"Weh Khai ! Tukarlah lagu lain. Ni dah kali ke 20 kau ulang." rungut Qama.
Khairun Batrisya membuka matanya. Dia merengus geram.
Potong lah dia ni !
"Kau ni cuba lah bagi aku peluang. Tahu tak aku tengah broken ni !" marah Khairun Batrisya.
Qama mengecilkan matanya. Dia tersenyum sinis.
"Hari tu siapa yang cakap dia dah move on ? Aik, tiba-tiba hari ni broken balik ?"
"Mana lah aku tahu. Hati aku ni yang ngada-ngada !" Khairun Batrisya tidak mahu menyerah kalah.
"Banyaklah kau !"
Khairun Batrisya mengeluh. Mata dipejam buat seketika.
"Aku penatlah asyik macam ni..."
Qama turut bersimpati namun dia tidak boleh terlalu memanjakan Khairun Batrisya. Takut wanita itu semakin hanyut dengan perasaannya.
"Aku ada idea ! Terpulanglah kalau kau nak terima atau tak ?" jari dipetik beberapa kali.
"Apa dia ?"
"Apa kata kau jadi bini nombor dua dia ? Lelaki kan boleh kahwin 4. Settle !" cadang Qama.
Ushhh pandainya kawan aku ni !
"Qama..." panggil Khairun Batrisya dengan nada suara lembut.
"Ya, saya ?"
"Otak kau ni mesti tertinggal dekat U, kan ? Kalau aku jadi bini nombor dua dia, habis bini nombor satu dia macam mana ? Dahlah madu aku nanti si Fatin gedik tu. Tak sanggup aku !"
"Kalau macam tu, bila kau dah kahwin dengan dia nanti, kau buatlah sampai diaorang berdua bercerai. Kau kan bini muda. Goda lah dia sampai dia sayangkan kau lebih daripada Fatin tu." Qama masih lagi memberi cadangan 'gila' nya.
"Kau fikir aku ni jahat sangat ke ?"
"Okey apa ? Itu je cara yang ada supaya kauorang berdua bersatu." jawab Qama tanpa rasa bersalah.
Khairun Batrisya mengaru keningnya.
Letih melayan kerenah Qama !
"Kalau dengan idea kau yang sengal tu baik tak payah. Terima kasih je lah ya ! Aku lebih rela tak kahwin sampai tua daripada bermadu dengan Fatin tu."
Qama tertawa besar. Bahu Khairun Batrisya dipaut mesra.
"Aku gurau je lah. Okey, untuk hilangkan rasa sedih kau ni, aku dengan Abang Arul nak ajak kau jalan-jalan !"
"Abang Arul ?"
"Ish, Abang Qamarul lah ! Abang aku. Takkan kau dah lupa ?" keluh Qama.
"Lah, Arul ! Tak naklah ! Malu aku. Mesti dia gelakkan aku nanti. Minah gila bayang." tolak Khairun Batrisya.
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...