TANGAN tua milik Hajah Kamariah digenggam kemas. Wajah tua itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Dia hanya akan datang ke rumah atok dan neneknya pada waktu siang sahaja. Itu pun hanya untuk menjenguk dan mengambil bakul nasi lemak untuk di bawa ke gerai Pak Daud.
Selepas itu, barulah dia akan pulang semula ke rumah penginapan. Nasib baiklah tok mak ada bagi 4 bungkus nasi lemak sebagai sarapan. Dapatlah dia dan Qama makan di rumah penginapan.
"Risya dah tak sudi ke tinggal dengan kami ?" soal Hajah Kamariah sayu.
Khairun Batrisya pantas menggeleng kepala.
"Bukan macam tu. Tok mak tahu kan apa yang terjadi." pujuk Khairun Batrisya.
"Tak baik Risya buat macam tu. Diaorang tu kan ibu bapa kandung kamu." tegur Hajah Kamariah lembut.
"Tak, ibu bapa Risya dah lama mati." jawab Khairun Batrisya lembut tetapi masih kedengaran tegas.
"Risya..."
Khairun Batrisya mengeluh. Dia tersenyum paksa.
"Risya selesa tinggal dengan Qama, tok mak. Lagipun Qama takut tinggal sorang-sorang dekat homestay." dia mencipta alasan.
"Tak apa lah kalau kamu dah cakap macam tu."
Hajah Kamariah mengalah.
"Selamat pagi mak..." tegur satu suara lunak. Khairun Batrisya dan Hajah Kamariah memandang ke arah empunya suara.
Dahi Khairun Batrisya berkerut. Dia mendengus. Perempuan ni lagi !
"Eh, Risya. Bila balik ? Rindu mama nak tengok muka kamu." Linda tersenyum lebar. Dia mula merapati tubuh anaknya.
Khairun Batrisya diam.
"Risya. Maafkan mama, sayang. Maafkan mama..." Tangan anak gadisnya cuba diraih namun pantas ditepis.
"Lepas !"
"Risya..." Linda agak terkejut.
"Jangan berani sentuh aku kalau kau nak teruskan hidup ! Ingat sampai bila-bila, aku tak ada mak ayah. Dia orang dah lama mati."
Linda terkilan. Dia pantas mengelengkan kepalanya.
"Kami masih hidup, nak. Kami nak tebus kesilapan kami. Tolonglah bagi kami peluang. Mama merayu..." Linda mula melutut. Kaki anaknya dipegang.
Hajah Kamariah dan Khairun Batrisya sama terkejut. Khairun Batrisya pantas berjalan menjauhi Linda.
"Bangun ! Kau sengaja nak nampakkan yang aku ni jahat kan sebenarnya ? Kau saja nak bagi tok mak dengan tok ayah benci aku, kan ?"
"Sumpah ! Mama tak pernah berniat nak buat macam tu !"
"Ah ! Diamlah !" Tengking Khairun Batrisya.
"Risya, cukup !" Marah Haji Ismail yang entah datang dari mana.
"Cukup, Risya. Kamu boleh marah dia tapi kamu tak boleh kurang ajar dengan dia sebab dia mak kandung kamu ! Kamu sedar tak yang kamu ni dah melampau !"
"Abah, jangan marah Risya. Linda yang salah. Jangan marah dia. Linda merayu !"
Haji Ismail mengelengkan kepalanya. Kesal.
"Huh !" Khairun Batrisya tersenyum sinis. Tangan disilangkan pada dada.
Drama apakah ?
"Kamu ni pun satu, Linda. Kenapa kamu ni terlalu lembut hah ? Kamu tahu tak Risya ni makin dibiarkan, makin melampau perangainya ?"
"Ini semua sebab Linda, abah. Linda yang mulakan semaunya..."
"Sayang, dah lah..." Roslan cuba menenangkan isterinya.
"Risya, maafkan kami. Kami betul-betul menyesal. Berikan kami peluang kedua. Papa dengan mama menyesal, nak..." Roslan cuba memujuk.
"Takkan ada peluang kedua. Teruskan bermimpi !" Khairun Batrisya segera melangkah ke luar rumah. Motorsikalnya dinaiki lalu dia mula meninggalkan perkarangan rumah.
Fikirannya berserabut. Satu-satu masalah datang ! Stressnya aku !
✿✿✿
KALENDER ditenung lama. Khairun Batrisya mengeluh. Lagi empat hari, crush nya akan menjadi milik orang. Mampukah dia bertahan ?
Haih, malasnya nak fikir. Baik aku pergi cari makanan lagi bagus ! Putusnya. Kedai makan Kak Daud ditujunya. Pelanggan pada hari ini tidaklah terlalu ramai. Tak adalah sesak seperti hari-hari lain.
"Ha, Khai ! Nak pesan apa hari ni ?" Tegur Pak Daud.
Khairun Batrisya berfikir sejenak.
"Bagi saya mee goreng dengan sirap je lah, Pak Daud." Pak Daud mengangguk sebelum masuk ke dapur untuk menyediakan makanan.
Khairun Batrisya menyembamkan wajahnya di atas meja. Dia mengeluh panjang. Fikirannya betul-betul serabut.
"Aku dengar anak bujang Ustaz Baharuddin tak jadi kahwin minggu ni..."
"Lahhh kenapa ?"
Khairun Batrisya mengangkat kepalanya. Dahinya berkerut. Dia cuba untuk mencuri dengar perbualan pelanggan tersebut.
"Aku dengar anak dara Haji Ehsan sendiri yang batalkan. Katanya dia dah tawar hati dekat si Haziq tu."
Kening Khairun Batrisya berkerut.
What ?!
"Ish, habis macam mana dengan budak tu ? Kesiannya. Persiapan dah siap. Tinggal lagi 4 hari, anak si Haji Ehsan buat hal !"
Fatin ni !
"Nak buat macam mana. Dah memang tertulis diaorang tak ada jodoh. Cuma tu lah aku betul-betul kesiankan anak Ustaz Baharuddin tu. Kalau aku lah jadi dia, memang sedih setahun..."
Khairun Batrisya pegun. Bulu roma nya meremang.
Pak Serban tak jadi berkahwin ? Patutkah aku gembira ?
Macam mana dengan dia sekarang ? Kenapa Fatin perlu membuat keputusan mengejut seperti itu ?! Mesti keluarga mereka sekarang sedang tanggung malu.
Kesian crush aku !
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...