🌻𝐁𝐚𝐛 5

1.8K 135 27
                                    

KHAIRUN BATRISYA mengeluh panjang. Motor milik Haji Ismail dipandang geram. Haish, dalam banyak-banyak waktu, waktu ni jugak kau nak rosak ! Menyusahkan betul !

Dia mula duduk di sebelah motorsikal atok ayahnya. Wajahnya merona. Dahlah perjalanan ke rumah tok ayah jauh lagi lepastu telefon pintar pun lupa nak bawa. Ujian apakah ini ?

Pin ! Pin ! Pin !

Kepala didongak malas. Dahinya berkerut apabila merasakan cahaya matahari terkena pada wajahnya. Haish, siapa pulak ni ?! Sibuk je lah !

Tingkap kereta diturunkan. Khairun Batrisya memandang wajah pemilik kereta di hadapannya. Pak Serban !

"Nak apa ?" soalnya acuh tak acuh.

Sekarang bukan masa untuk dia menawan hati lelaki itu. Dahlah motor rosak lepastu panas !

"Assalamualaikum..." ujur Pak Serban lembut sambil tersenyum nipis.

Khairun Batrisya tergamam. Hatinya tiba-tiba cair hatinya selepas melihat senyuman milik lelaki itu. Namun, dia cuba mengawal dirinya.

"Waalaikumsalam, ustaz." balasnya gugup.

"Ustaz ? Tak perlulah nak panggil saya 'ustaz'. Panggil nama saya sudah." ujur Pak Serban.

"Aku panggil 'Pak Serban', boleh ? Dah terbiasa." Khairun Batrisya tersengih. Pak Serban pula tertawa kecil.

Ah, rindunya nak dengar dia ketawa macam tu ! Makin cair aku dibuatnya, getus Khairun Batrisya.

"Suka hati awaklah, Khai. Kalau itu buat awak selesa." senyuman manis diberikan sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Mak aih, tak boleh jadi ni ! Boleh gila aku macam ni. Rungut Khairun Batrisya.

"Erm... Kenapa dengan motor ? Rosak ke ?" soal Pak Serban sebelum melangkah keluar dari keretanya. Dia mula menilik-nilik keadaan motor.

"Ha'ah, tiba-tiba je boleh rosak. Telefon pulak boleh tertinggal dekat rumah." keluh Khairun Batrisya.

"Lah, awak nak balik macam mana ? Rasanya rumah Haji Ismail jauh lagi ni. Larat tak nak jalan kaki ?"

Aduh, please jangan baik sangat wahai Pak Serban. Janganlah buat aku makin gila-gilakan kau ! Aku cium jugak kau dekat sini kang. Biar kena tangkap basah ! Kahwin free, Khairun Batrisya tersengih nakal.

"Errr insya-allah larat. Alah, aku boleh ambil kesempatan nak turunkan berat badan !"

"Tak usahlah awak ni buat macam tu, Khai. Bagi saya, badan macam awak ni pun dah okey. Chubby is cute !"

Khairun Batrisya tersentak. Chubby is cute ? Yes !

"Habis nak buat macam mana kan ? Dah ini nasib aku. Boleh pulak motor tok ayah rosak." dahi diurut.

"Biasalah motor lama. Jom, saya hantar awak balik. Jom..." ajak Pak Serban sambil tersenyum.

"Be-betul ke ni ? Tak menyusahkan ke ?" soal Khairun Batrisya agak keberatan. Pak Serban pantas menggeleng.

"Betul, jom. Nanti motor ni saya hantarkan ke bengkel ya." ujur Pak Serban lagi sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Dengan teragak-agak, Khairun Batrisya masuk ke dalam kereta milik jejaka pujaannya. Dia memilih untuk duduk di belakang.

"Terima kasih..." ucapnya ikhlas.

"Sama-sama, Khai." sekali lagi senyuman manis diberikan.

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now