🌻𝐁𝐚𝐛 8

1.5K 113 11
                                    

KOLAM ikan yang berada dihadapannya, direnung tanpa perasaan. Dia kusut. Qama masih lagi tidur di dalam bilik. Kawasan homestay di situ agak sunyi kerana tidak ramai yang datang menginap di situ.

"Khai..." panggil seseorang.

Dahi Khairun Batrisya berkerut. Dia pantas mengangkat kepalanya.

"Kau ?!"

"Assalamualaikum..." ucap jejaka itu terlebih dahulu. Senyuman manis dihadiahkan.

"Waalaikumsalam."

"Awak buat apa dekat sini ?" soal Pak Serban pelik. Khairun Batrisya mengeluh.

"Buang air besar ! Ini homestay kan, mestilah menginap dekat sini."

"Bukan awak tinggal dengan Hajah Kamariah dengan Haji Ismail ?"

"Memanglah tapi aku saja nak teman kawan aku. Kesian dia sorang-sorang." balas Khairun Batrisya acuh tak acuh.

"Ohhh..."

"Jap, kau tu buat apa dekat sini ?" soal Khairun Batrisya pula.

"Saja datang sini. Lagipun homestay ni kan dekat dengan pantai. Boleh saya tenangkan fikiran."

Khairun Batrisya tersenyum sinis. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tenangkan fikiran konon. Hidup kau tu tak ada masalah. Kau dah bahagia dengan Fatin. Kau ada mak ayah yang sayangi kau ! Aku tak weh !" Khairun Batrisya mula melangkah ke persisiran pantai.

Pak Serban mengikutinya daripada belakang. Dia mahu mendengar luahan hati gadis itu.

"Apa maksud awak 'tak' ?"

"Aku tak ada mak ayah. Mak ayah aku buang aku sejak dari kecil lagi. Tok ayah dengan tok mak kutip dan bela aku sampai aku sampai sekarang. Aku tak ada sesiapa pun dalam dunia ni kecuali kawan-kawan, tok ayah dan tok mak. Ataupun aku memang ditakdirkan hidup macam ni. Baik mati je !"

Pak Serban terkedu. Dia berjalan merapati Khairun Batrisya.

"Astagfirullah al-azim ! Mengucap Khai. Ingat Allah." ujar Pak Serban risau.

Khairun Batrisya mula tertawa besar. Tak tahu apa lucunya.

"Kenapa awak ketawa ?"

"Kenapa kau sibuk ? Kau jangan masuk campur urusan aku. Jangan jumpa dan tegur aku lagi. Aku tak nak bergaduh dengan Fatin disebabkan kau !" amaran Khairun Batrisya.

"Tapi saya cuma nak berkawan." Pak Serban tetap berdegil.

"Puih ! Kau ni memang bodoh, kan ?" sinis Khairun Batrisya. Pak Serban hanya mendiamkan diri.

"Kau memang bodoh. Kenapa kau masih lagi nak berkawan dengan aku lepas apa yang aku dah buat dekat kau ? Aku malukan kau dulu. Aku panggil kau macam-macam tapi kau masih lagi nak berkawan dengan aku ?!"

Pak Serban tetap mendiamkan diri. Setelah sekian lamanya, dia kembali bersuara.

"Saya tak kisah Khai. Itu semua kisah lama. Saya dah tak nak ungkit lagi pasal tu."

"Kau ni kan..."

Belum sempat Khairun Batrisya ingin memarahi Pak Serban, seorang pekerja lelaki menegur mereka.

"Assalamu'alaikum, maaflah saya menganggu." pohon lelaki tersebut.

"Waalaikumsalam, kenapa ?"

"Errr encik, cik Fatin tengah tunggu encik di ruang menunggu." terangnya.

Dahi Khairun Batrisya berkerut. Cuba memahami situasi.

"Jap, korang ni saling mengenali ?"

"Mestilah cik, Encik Haziq ni pemilik homestay ni. Saya ni pekerja je." jelas lelaki itu. Khairun Batrisya terkedu.

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now