Kring... Kring... Kring...
KEDENGARAN bunyi loceng berbunyi sehingga membuatkan Khairun Batrisya tersedar. Perlahan-lahan mata dibuka. Dahinya berkerut.
Aku dekat mana ni ? Sekolah ?
"Hai, Khai !" jerkah satu suara garau. Khairun Batrisya terkejut.
"Eh, muka kau buruk !"
"Apalah kau ni. Aku tahulah aku ni buruk, tapi tak payahlah nak cakap terang-terang." omel Pak Serban dengan nada suara merajuk.
"Blah lah kau sana !"
Khairun Batrisya bingkas berdiri. Kerusi ditolak kasar sehingga terkena pada dahi Pak Serban. Lelaki itu mengadu sakit.
"Auch !"
Khairun Batrisya mahu menolong namun ego menguasai dirinya. Akhirnya, dia kaku.
"Weh !" Zahran segera mendapatkan sahabat baiknya itu.
"Kau okey tak ?" soal Zahran risau.
"Aku o-okey..."
"Khai, apa yang kau buat ni ?!" marah Zahran. Lengan Pak Serban ditarik.
"Kau tanya kawan kau tu ! Jangan sibuk hal aku."
"Dahlah tu, Ran. Yang salah aku. Jom kita balik ke tempat kita. Jangan kusutkan lagi fikiran Khai." Pak Serban mencelah.
"Tapi..."
Zahran masih lagi tidak puas hati. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya semakin dilayan dengan teruk.
"Dah jom..." tubuh Zahran ditarik menuju ke meja.
"Khai tu memang dah melampau !" penumbuk dikepal.
Pak Serban kekal mendiamkan dirinya. Dia hanya tersenyum nipis.
"Kenapa kau still sukakan dia ea ? Perangai macam jantan ! Kau ni memang buta, kan ?!"
Pak Serban tertawa kecil.
"Aku ikhlas sukakan dia. Sikit pun aku tak kisah dengan layanan kasar dia. Aku tak akan mudah berputus asa..."
Zahran mengeluh. Dia mengalah.
"Tak apa lah. Kalau dah itu pilihan hati kau."
Tanpa mereka sedari, Khairun Batrisya dari tadi asyik mendengar perbualan mereka. Bukan sengaja tetapi terdengar !
Apa aku dah buat ni ? Kejam sangat ke aku ni ?
Ah, lantaklah ! Dia yang mulakan dulu !
🌻🌻🌻
KHAIRUN BATRISYA memeluk tubuhnya. Wajahnya selamba. Sempat dia menjeling sekilas wajah tok maknya. Wajahnya kelihatan gelisah.
"Cucu kau memang dah melampau ! Apa salah anak aku sampai lebam dahi dia ni !" berang Hajah Kalsom.
"Nasib baiklah aku perasan. Budak ni sedaya-upaya nak tipu aku. Konon terhantuk dinding ? Huh ! Bila aku paksa dia, baru dia nak jujur. Entah apa nak back-up sangat si Batrisya tu !"
Hajah Kamariah cuba menenangkan rakan sekampungnya itu.
"Maafkan aku, Som. Aku tak tahu pula benda ni terjadi..."
"Ah ! Cucu kau memang jahat ! Sama je dengan mak bapa dia ! Keluarga lanun !"
"Som !" Hajah Kamariah menegur. Agak kecil hati dengan kata-kata Hajah Kalsom.
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...