🌻𝐁𝐚𝐛 16

871 78 6
                                    

"KAU biar betul, Khai. Takkan Hajah Kalsom sanggup cakap macam tu. Dia baik kot orangnya. Kau salah oranglah, Khai." Khairun Batrisya merengus geram. Dia dah agak bahawa sahabat baiknya, Qama tidak akan mempercayai ceritanya.

"Betul, Ma. Terpulang sama ada kau percaya atau tak."

"Tapi kenapa ? Apa salah kau dekat dia ?" Qama tidak puas hati.

Khairun Batrisya mengangkat bahunya tanda turut sama tidak mengerti. Mungkin disebabkan...

"Mungkin sebab aku nak dekat anak dia kot. Mana tahu dia betul-betul berkenan dengan Fatin."

"Tapi dah terang-terang Fatin dah tawar hati dan tinggalkan anak dia."

"Mungkin dia fikir aku punca anak dia dengan Fatin tak jadi kahwin ?"

Qama terdiam. Ada betul juga apa yang Khai katakan.

"Jadi kau yakin ke yang kau nak kahwin dengan anak dia ? Kau masih belum terlambat untuk batalkannya."

Khairun Batrisya tersenyum ringan sebelum mengelengkan kepalanya.

"Kau tahu betapa aku cintakan Pak Serban. Cuma aku ni bodoh sebab lambat nak sedar. Aku cuba untuk move on tapi selalu gagal. Dan aku akan anggap perkahwinan ni merupakan satu peluang untuk aku menagih balik cinta dia."

"Aku yakin Pak Serban pun cintakan kau..." Gumam Qama perlahan.

Khairun Batrisya mengeluh.

"Tak mungkin, Ma. Aku je jenis yang perigi cari timba. Aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia..."

"Kita tak tahu Ma lepas dia pindah sekolah, berkemungkinan besar dia dah jatuh cinta dengan perempuan lain. Dekat luar sana, ramai weh perempuan lagi baik dan cantik dari aku. Mungkin, sejak tu dia bercinta dengan Fatin ?" Khairun Batrisya membuat andaiannya sendiri.

Qama sekali lagi terdiam. Apa yang dikatakan oleh Khairun Batrisya boleh terjadi.

Ahhh dia mesti cari jalan untuk buat sahabatnya itu kembali gembira !

"Weh, kau mula suka dia sejak bila ?"

Khairun Batrisya memejamkan matanya buat seketika untuk mengingat kembali peristiwa di zaman sekolah.

"Ermmm tingkatan 2. Lepas dia pindah sekolah."

"Jadi kau crush dekat dia dah nak 10 tahun lah, kan ? Lama betul. Kalau aku dah lama move on !"

Khairun Batrisya hanya tersengih. Dia sendiri mengakui, 10 tahun bukanlah masa yang singkat.

"Macam yang aku pernah cakap,aku dah cuba nak move on tapi gagal. Aku cuba nak buka hati aku untuk lelaki lain tapi tak boleh. Aku tak ada perasaan. Hanya dia lelaki yang boleh buat aku rasa malu and happy."

"Dulu, waktu kau dapat berita dia dengan Fatin dah tunang, macam mana perasaan kau waktu tu ? Sampai kau sanggup nak cederakan diri kau." Baju lengan panjang yang dipakai oleh Khairun Batrisya digulung. Jelas menampakkan garisan panjang yang menjadi corak di lengan gebunya.

Bekas luka itu ditenung lama. Bila diingat kembali, sumpah dia takut.

"Sakit. Aku rasa macam dunia aku gelap. Aku rasa aku dah tak boleh hidup..." Ujar Khairun Batrisya  perlahan.

Qama menggosok perlahan belakang badan milik Khairun Batrisya. Dia cuba untuk membuatkan sahabatnya itu lupa akan kisah silam.

"Sudah lah tu. Aku nak kau lupakan semua tu. Aku dah tak sanggup tengok kau menderita macam dulu. Tawan hati dia. Buat dia kembali cintakan kau macam dulu."

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now