🌻𝐁𝐚𝐛 18

1.1K 92 20
                                    

"KHAI, makan perlahan-lahan. Nanti tercekik macam mana ? Dah nanti kau masuk surat khabar. Tajuk besar dia 'Pengantin Perempuan Maut Di Malam Pertama Akibat Tercekik Makanan'." Khairun Batrisya menjeling tajam ke arah Qama. Qama hanya menayangkan wajah tidak bersalahnya.

"Otak kau selalu selekeh, kan ?"

Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengetuk kepala sahabatnya itu menggunakan sudu yang ada di tangannya. Namun, memandangnya di kanopi masih ramai orang, dia membatalkan sahaja niatnya.

Matanya meliar memandang sekeliling kanopi sambil tangannya masih sibuk menyuap nasi ke dalam mulut.

Kini, jam sudah menunjukkan kira-kira pukul 5 petang. Masih lagi terdapat para tetamu yang sedang menjamu selera. Sebilangan daripada mereka merupakan ahli keluarga Pak Serban. Mereka akan bermalam di homestay di mana tempat yang disewa oleh Qama.

Batang hidung Pak Serban langsung tidak kelihatan. 20 minit lalu, lelaki tersebut meminta diri ingin menunaikan solat asar sebentar. Ada juga lelaki tersebut cuba mengajak dia solat bersama namun malangnya dia kini sedang 'bendera merah'.

Khairun Batrisya mengeluh. Lamanya dia solat...

"Khai, aku balik dulu tau. Aku ngantuklah. Dari tadi aku tahan mata aku ni." Qama menguap.

Suapan Khairun Batrisya terhenti. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Dia menganggukkan kepala.

"Ermmm ! Hati-hati, babe..." Sempat mereka saling bersalaman mesra sebelum Qama mencipta langkah meninggalkan perkarangan rumah Ustaz Baharuddin dan Hajah Kalsom.

Hah ! Kenyang !

Pinggan kotor diangkat lalu dimasukkan ke dalam besin. Lengan bahu pengantin yang dipenuhi labuci, digulung sedikit. Belum sempat dia ingin meneruskan langkah, Hajah Kalsom yang entah datang dari mana, menghalang langkahnya.

"Nak pergi mana ?" Tanyanya acuh tak acuh.

"Masuk dalam. Nak mandi."

"Kau fikir kau ni siapa ikut suka hati kau je tinggalkan pinggan ni dekat dalam besin ? Tak pandai basuh pinggan ke ? Kau fikir ada bibik yang nak cucikan pinggan kau ?!"

Dahi Khairun Batrisya berkerut.

Apa makcik tua ni mengarut ?

Ah ! Malas nak gaduh. Aku penat !

"Kalau macam tu biar Khai basuh pinggan Khai tadi. Sorry..." Pinggan kotor kembali diambil. Namun, Hajah Kalsom masih lagi tidak berhenti.

"Ewah, kau ! Kau fikir diri kau sendiri je, kan ? Alang-alang tu, basuhlah pinggan-pinggan kotor dekat belakang tu sekali. Kau fikir hari ni kau kahwin, orang lain nak jadi hamba kau ?"

Dia ni memang menguji kesabaran...

No, jangan marah, Khai...

Hari ini merupakan hari bahagia kau. Abaikan dan turuti saja permintaan dia... Khairun Batrisya cuba memujuk hatinya.

"Okay ! Khai basuh sekali pinggan-pinggan tu. Khai pergi dulu. Ta-ta !" Sempat Khairun Batrisya melambaikan tangan ke arah ibu mertuanya sebelum melangkah ke belakang rumah.

Hajah Kalsom tersenyum puas. Dia memeluk tubuhnya.

Padan muka kau !

Ini baru sikit, Khai. Aku akan buat kau minta anak aku lepaskan kau suatu hari nanti.

Pak !

Dia merengus sebelum memandang gerangan yang berani mengacaunya. Rupanya, Liya, anak buahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now