PAGI itu, Khairun Batrisya bangun lebih awal daripada biasa. Langkahnya menuju ke bilik air terbantut apabila dia terbau sesuatu yang enak. Dia segera mendapatkan tok maknya yang sedang memotong timun.
"Assalamualaikum." ujurnya perlahan sambil mencuit bahu Hajah Kamariah.
"Waalaikumsalam, Sya. Awal kamu bangun hari ni ?" soal Hajah Kamariah sebelum tertawa kecil. Khairun Batrisya mencebik.
"Entahlah, tok mak. Mungkin sebab semalam Sya tidur awal kot." dia membuat andaian sendiri.
Hajah Kamariah mengangguk tanda faham sebelum kembali menyambung kerjanya memotong timun.
"Tok mak buat nasi lemak ? Nak jual ke ?" beberapa potongan timun dimasukkan ke dalam mulut.
"Haah, tapi hari ni tok mak buat lebih. Ada tetamu nak datang." terang Hajah Kamariah tenang. Dahi Khairun Batrisya berkerut.
"Siapa ?"
"Eh, tok ayah tak ada cakap apa-apa ke ? Tetamu yang nak datang tu..."
"Amboi, rancaknya berborak." potong Haji Ismail yang entah datang dari mana.
Khairun Batrisya tersenyum lebar sebelum memeluk lengan Haji Ismail. Hajah Kamariah tertawa sambil menggelengkan kepalanya.
"Tok ayah dah sarapan ?" tanyanya prihatin.
"Belum lagi. Saja tok nak sarapan dengan kamu. Dah lama rasanya tak makan ramai-ramai." ujur Haji Ismail.
Khairun Batrisya mengangguk.
"Sya, lepas ni kalau kamu free, tolong tok mak hantarkan nasi-nasi lemak ni dekat warung Pak Daud, boleh ?" pinta Hajah Kamariah.
"Mestilah boleh, tok mak. Nanti Sya hantarkan." Hajah Kamariah tersenyum senang.
Khairun Batrisya terdiam seketika. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
"Tok ayah, tadi tok mak cakap ada orang nak datang, betul ke ? Siapa orang tu ?" soal Khairun Batrisya pelik.
Wajah Haji Ismail berubah riak. Namun, dia kembali mengukir senyuman terhadap cucu kesayangannya.
"Nanti kamu tahulah. Jom, makan." tangan Khairun Batrisya ditarik lembut menuju ke meja makan. Gadis itu hanya menurut.
Dalam fikirannya masih lagi tertanya-tanya. Siapa orang yang nak datang ? Apa tujuan orang tu ? Ah, kau ni Sya ! Mengalahkan inspektor polis pulak dah !
🌻🌻🌻
"ASSALAMUALAIKUM, Pak Daud ! Pak Daud sihat ?" soalnya ramah. Bakul yang berisi nasi lemak, diletakkan di atas meja warung.
"Waalaikumsalam, kamu rupanya Batrisya. Dah lama Pak Daud tak nampak kamu ni. Baru balik ke ?"
"Tak ada lah, Pak Daud. Sya dah 4 hari dekat sini. Saja nak tenangkan fikiran dengan suasana kampung."
Pak Daud mengangguk sambil tertawa kecil.
"Betul cakap kamu tu. Duduk bandar sesak. Pak Daud suka duduk kampung ni ha. Nyaman je. Bila teringin nak mandi, pergi je air terjun dekat hujung kampung tu. Tak payah membazir nak pergi kolam renang."
Khairun Batrisya tertawa mendengar kata-kata Pak Daud. Betullah apa yang tok mak cakap, Pak Daud dah lama tak keluar ke bandar. Katakan anti !
"Saya sokong apa yang Pak Daud cakap !" ujurnya dalam sisa ketawa. Pak Daud turut tertawa sama.
"Hurmmm... Berapa nasi lemak hari ni punya ?" nasi lemak yang berada di depan mata, dibelek lama.
"Tok mak cakap ada dalam 50 bungkus." Pak Daud mengangguk.
"Kalau kamu nak tahu Sya, nasi lemak tok mak kamu memang tip top ! Lagi-lagi sambal dia. Perghhh memang susah nak tidur malam." cerita Pak Daud.
Mata Khairun Batrisya seakan-akan bersinar selepas mendengar kata-kata Pak Daud. Patutlah nasi lemak tok mak laku !
Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata Pak Daud, kedengaran seseorang memberi salam dari belakang.
"Assalamualaikum, Pak Daud. Hari ni ada nasi lemak ?" soal lelaki itu.
"Waalaikumsalam, nasib kamu cepat. Nasi lemak baru je sampai. Si Batrisya ni bawa !"
Suara tu lagi ?
Kelihatan lelaki itu tersentak. Sesekali matanya menjeling sekilas ke arah Khairun Batrisya yang berada di sebelahnya.
"Batrisya, ni lah anak ustaz Baharudin. Dia baru balik dari Mesir." terang Pak Daud sambil tersenyum lebar.
Dengan perasaan berdebar-debar, Khairun Batrisya memalingkan wajahnya ke arah yang ditunjukkan oleh Pak Daud.
Mata dan mulut masing-masing terbuka luas. Nasiblah warung Pak Daud tiada lalat, kalau tak dah lama bersarang di dalam mulut mereka.
"Kau ?!"
"Khai ?!"
Jeng jeng jeng😂💙
To be continued...😚✔
Kalau ada sebarang typo ataupun kesalahan bahasa,
Bagitahu sis ya🌻✨
YOU ARE READING
BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN
Romance🚫 Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula. Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 Siapa sangka dari p...