🌻𝐁𝐚𝐛 2

1.7K 121 4
                                    

Bam !!!

QAMA tersentak apabila mendengar pintu bilik milik Khairun Batrisya dihempas kasar oleh empunya bilik sendiri. Dia tidak tahu hendak membuat apa lagi. Otaknya buntu.

Manakala di dalam bilik pula, Khairun Batrisya menangis teresak-esak. Bantal ditekup kasar ke muka. Qama yang berada di luar menjadi serba-salah. Pintu diketuk perlahan.

Tok ! Tok ! Tok !

"Khai, kau okay tak ?" soalnya risau. Pintu diketuk lagi.

"Why, Qama ? Why ?! Aku tahu semua ni berpunca dari aku tapi kenapa perlu buat aku macam ni ?!" esakkan Khairun Batrisya semakin menjadi-jadi.

"Khai, aku nak kau sabar dan terima takdir. Kalau antara kau dengan dia tak ada jodoh, kita tak boleh buat apa-apa."

Qama cuba menasihati sahabatnya. Dia khuatir gadis itu akan membuat tindakan bahaya terhadap dirinya.

"Memang. Jodoh itu ditangan Tuhan tapi kita kena redha. Aku... Susah nak terima semua ni, Ma."

Qama mula menyandarkan tubuhnya ke arah pintu bilik. Dia mengeluh.

"Kalau aku tak dapat dia... Aku sanggup mati !" dia tersentak. Pintu diketuk kuat.

"Jangan Khai ! Ingat Allah, Khai. Jangan buat keputusan macam ni !" air mata Qama mula bergenang.

"Aku dah penat, Ma. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk mati..." ujurnya lemah.

Tanpa Qama ketahui, sebelah tangan Khairun Batrisya sudah pun memegang pisau yang agak tajam. Darah mula menitik apabila hujung pisau terkena pada kulit tangannya.

"Khai jangan macam ni ! Buka pintu ni please... Fikirkan mak ayah kau !"

Mak ayah ? Huh, dua manusia yang amat dia benci di muka bumi ini ! Dua manusia yang kejam dan durjana !

"Diam !!! Aku benci diaorang ! Diaorang berdua boleh pergi mati bersama !" Khairun Batrisya semakin bercelaru.

Qama semakin tidak keruan, dia terlupa bahawa gadis tersebut tidak suka mendengar nama dan juga perkataan 'mak ayah'.

"Ma...maaf,Khai. Aku tak sengaja. Aku merayu pada kau, tolonglah buka pintu ni kalau kau sayangkan aku."

Senyap. Qama masih lagi menunggu.

Pintu bilik dibuka dari dalam. Khairun Batrisya keluar dengan wajah yang agak serabut. Pisau ditangan entah hilang di mana.

Senyuman Qama mati selepas terpandang darah yang mengalir di lengan Khairun Batrisya. Lengan gadis tersebut diraih lembut.

"Kenapa dengan lengan kau ni ?! Jangan cakap kau cederakan diri kau !" marahnya.

"Aku tak kuat, Ma..." balas Khairun Batrisya sayu. Air matanya mula mengalir.

Qama turut berasa sebak. Tubuh lemah milik Khairun Batrisya ditarik ke dalam pelukannya. Dia mula menangis di sisi gadis tersebut. Khairun Batrisya turut memeluk tubuh Qama dengan erat. Segala derita yang ditanggung diluahkan.

🌻🌻🌻

KHAIRUN BATRISYA mencebik. Matanya tidak beralih dari memandang air laut yang membiru. Tenang rasanya. Ini semua gara-gara Qama yang memaksanya supaya pulang ke kampung untuk mencari ketenangan.

Feri yang dinaikinya untuk menuju ke Langkawi, kampung halamannya mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja. Nasib baiklah dia tak ada mabuk laut.

Bagasi ditarik malas menuju ke jeti. Dia duduk sebentar di sebuah kerusi kayu sementara menunggu atuknya menjemputnya ungum dibawa pulang.

Buk !

Lamunanya terhenti apabila terdengar bunyi bagasinya yang jatuh. Dia segera memandang bawah. Kelihatan seorang lelaki sedang menggosok-gosok punggungnya sebelum membetulkan semula beg bagasi milik Khairun Batrisya.

"Maafkan saya."

Belum sempat lelaki itu ingin melangkah pergi, Khairun Batrisya lebih pantas mencelah.

"Excuse me ? Agak awak ni buta ke apa sampaikan beg saya pun awak langgar !" hamburnya geram.

"Maafkan saya." sekali lagi ayat itu disebut oleh lelaki tersebut. Badan lelaki tersebut langsung tidak menghadap Khairun Batrisya.

Usai berkata sedemikian, lelaki tersebut terus melangkah meninggalkan jeti. Khairun Batrisya yang ingin terus mengejar, terbantut.

Suara tu....

Takkan 'dia' ? Tak mungkin ! 'Dia' sekarang berada di Mesir. Takkan tiba-tiba pulak balik ke Malaysia. Khairun Batrisya termenung seketika untuk mencari jawapan namun gagal. Kosong.

Akhirnya, dia mengalah. Mungkin dia salah orang. Biarkanlah. Asalkan lelaki itu sudahpun meminta maaf atas kecuaiannya sendiri. Dia kembali duduk di kerusi. Jam ditilik lama. Dia mengeluh. Lama lagi ke ?

Oh my ! Siapa lelaki tu ?! Jangan cakap pulak si Pak Serban tu. Ada jugak yang bunuh diri sebab terjun laut😂( jahat seh author ni -_- )

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now