🌻𝐁𝐚𝐛 7

1.8K 136 8
                                    

WAJAHNYA tegang. Penumbuk digenggam kemas. Gigi die ketap kuat. Sekali pandang memang menakutkan. Hajah Kamariah dan Haji Ismail saling berpandangan.

"Sya, kamu okey ?" soal Hajah Kamariah gugup.

"Sya okeyyy sangat, tok mak..."

Hajah Kamariah menggelengkan kepalanya. Tangan lembut milik cucu kesayangannya diraih lembut.

"Sya, mereka nak sangat jumpa Sya."

Khairun Batrisya tertawa sinis. Kemudian, dia memandang pula wajah tua Hajah Kamariah.

"Jumpa ? Kenapa baru sekarang ?"

"Sya, mereka betul-betul menyesal. Maaf kan lah mereka. Mereka ibu bapa kamu sendiri..."

Khairun Batrisya mula menutup kedua belah telinganya. Benci !

"Tak ! Sya tak ada ibu bapa. Sya cuma ada tok mak dengan tok ayah je."

"Astagfirullah al-azim Sya ! Cuba bawa mengucap !" tegur Haji Ismail.

"Ayah, ini memang salah kami. Janganlah marahkan Sya..." lirih wanita itu.

"Huh ?" Khairun Batrisya tersenyum sinis.

"Betul tu ayah. Ini memang salah saya. Tak perlulah ayah nak marah Sya. Kami yang berdosa." sokong seorang lelaki yang berdiri di sebelah wanita tersebut.

"Pura-pura baik konon. Puih !"

"Sya !"

"Dengar sini baik-baik, aku takkan maafkan kauorang berdua. Kau buang aku macam sampah. Nasib baiklah tok mak dengan tok ayah sudi kutip aku. Jaga aku dengan baik. Tapi kauorang ? Baru sekarang nak cari aku ? Mengaku aku ni anak kau ? Boleh mati lah !" selepas berkata demikian, dia terus berlari masuk ke bilik tidurnya.

"Ya Allah..." keluh Haji Ismail sambil meraup wajahnya.

"Ayah..." kedua pasangan suami isteri itu segera mendapatkan Haji Ismail yang sudah pun terduduk di atas sofa.

"Maafkan ayah, Linda, Roslan. Ayah tak sangka Sya akan jadi macam tu."

Linda menggelengkan kepalanya. Air mata mula bertakung di tubir mata.

"T-tak yah. Memang patut Lin kena macam tu. Lin berdosa, yah."

"Lin tak baik cakap macam tu. Nak tak nak Sya tetap kena terima yang dia tu anak kandung kamu." belakang Linda diusap perlahan.

"Sabar, sayang..." pujuk suaminya, Roslan.

"Apa yang patut kami buat ?"

"Mak cadangkan kamu berdua bermalam lah dekat sini beberapa hari. Tawan balik hati Sya. Berdoalah sama-sama. Insya-allah hati dia akan terbuka..." pujuk Hajah Kamariah.

Linda dan Roslan saling berpandangan sebelum menganggukkan kepala. Mereka kembali tersenyum.

"Dah jangan sedih-sedih lagi. Jom kita minum petang. Malam ni kamu masak ya Lin. Mana tahu Sya nak rasa air tangan kamu."

Linda kembali tersenyum. Mereka berempat mula berdiri sebelum berjalan menuju ke dapur untuk makan petang.

🌻🌻🌻

KHAIRUN BATRISYA merenung lama makanan-makanan yang terhidang di atas meja makan. Dahinya berkerut seribu.

Banyaknya makanan untuk makan malam hari ni. Tak pernah-pernah tok mak masak sebanyak ni.

"Tok mak !" panggilnya.

"Ya, Sya. Kenapa ?" soal Hajah Kamariah sambil membetulkan skaf yang tersarung di kepalanya.

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now