𝟑.

2.9K 230 15
                                    

HAYDEN merenung wajah yang penuh lebam di hadapannya. Matanya mengimbas sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil hospital dan berhenti semula pada wajah yang tidak terjejas cantiknya itu. Keluhan berat dilepaskan. Arabella sepatutnya dengar cakapnya dari awal untuk tidak berurusan dengan lelaki seperti Adam Trystan. Lihatlah keadaan wanita itu sekarang. Apa yang mahu dia beritahu Lucia jika kekasihnya tahu tentang hal ini.

Tangan disilangkan pada dada dengan kaki dihentak perlahan pada lantai. Mata hazel lelaki itu terus merenung wajah pucat milik Arabella sambil mindanya mempersoalkan keberadaan dia di sini. Entah kenapa dia masih mahu menunggu sehingga larut malam untuk wanita itu membuka mata, padahal boleh sahaja dia pulang beberapa jam lepas.

"Tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia adik Lucia. Sebab tu je. Hm." Gumam Hayden sendiri cuba untuk menyedapkan hati. Matanya turun memandang jari Arabella yang bergerak-gerak, laju lelaki itu bangun dari kerusi dan menghampiri Arabella.

"Bella?" Panggil Hayden perlahan dan tanpa sedar, tangannya sedang menggenggam erat tangan Arabella.

Arabella yang mendengar namanya diseru, perlahan-lahan mencelikkan mata dan wajah adonis milik Hayden adalah perkara pertama yang menyapa pandangannya. Senyuman manis di bibir pucat itu terus terukir. Hayden yang melihat senyuman itu, automatis ikut tersenyum sama. Dia lega tanpa dia sendiri tahu sebabnya.

"Saya panggilkan doktor." Ujar Hayden dan berlalu keluar dari wad. Arabella cuma diam memerhati tangan Hayden yang lambat-lambat melepaskan genggaman pada tangannya. Jantung wanita itu mula berdegup hebat kerana perbuatan tanpa sengaja Hayden itu, membuatkan senyuman pada bibirnya memudar.

Dia tidak tahu perasaan apa yang melanda dia tadi tetapi yang penting, dia tidak suka rasa seperti itu.

Selepas beberapa minit, Hayden datang semula bersama dua orang doktor di belakangnya. Seorang lelaki dan seorang wanita. Arabella menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua.

"Good evening, Miss Arabella. Saya Doktor Jasmin, doktor yang akan merawat Cik Arabella untuk dua hari ini."Ucap doktor wanita itu ceria. Doktor lelaki di belakangnya hanya melemparkan senyuman mesra kepada Arabella. Arabella yang mengenali doktor lelaki itu membalas dengan senyuman tipis.

"Oh, Cik Arabella mesti kenal dengan Doktor Noah, pakar psikiatri dekat sini, kan?" Doktor wanita itu menunjuk ke arah Doktor Noah yang sudah berdiri di sisinya. Arabella cuma mengangguk perlahan. Matanya mengerling sekilas ke arah Hayden yang menjadi pemerhati perbualan mereka bertiga. Lelaki itu memandang Arabella dan Doktor Noah bergilir, tiba-tiba dia rasa ingin tahu pula tentang hubungan kedua-dua mereka.

Doktor Noah yang perasan akan pandangan Arabella kepada Hayden yang masih berada di situ, segera berbisik sesuatu kepada Doktor Jasmin. Doktor Jasmin mengangguk. Pandangan dialihkan kepada Hayden.

"Encik Hayden boleh kita bercakap di luar sekejap?" Pinta Doktor Jasmin penuh lemah lembut. Hayden memandang Doktor Jasmin kemudian ke arah Arabella yang hanya membisu. Dia akhirnya mengangguk dan melangkah keluar diikuti oleh Doktor Jasmin.

Hilang sahaja kelibat Hayden dan Doktor Jasmin, Doktor Noah terus mengambil tempat di kerusi yang diduduki oleh Hayden tadi. "Awak ada nak cakap apa-apa dengan saya, Arabella?" Tanya Doktor Noah tanpa mengalihkan renungan daripada Arabella yang sedang menunduk bermain dengan jarinya.

"Saya...tak sengaja..." Tutur Arabella perlahan. Doktor Noah mendiamkan diri, setia mendengar luahan pesakitnya. "Dia...tak patut tipu saya." Sambung wanita itu lemah.

"Dan awak rasa, dia layak dapat semua tu?" Soal Doktor Noah dan dibalas anggukan laju daripada Arabella membuatkan doktor lelaki itu terbungkam sekejap.

ARABELLAWhere stories live. Discover now