CERMIN kaca yang memisahkan Lucia dengan dunia luar disentuh. Arabella merenung tubuh kakaknya yang sedang terlantar lemah di atas katil itu. Dengan berkaki ayam, dia berlari keluar dari wadnya untuk mendapatkan Lucia selepas mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa kakanya.
Air matanya yang berjuraian jatuh, dikesat kasar. "Kakak, Love minta maaf..." Rintih Arabella. Dia mahu mendakap tubuh Lucia tetapi wanita itu masih dalam keadaan kritikal. Tiada ahli keluarga yang boleh melawat buat masa itu. Hanya di cermin kaca sahaja mereka boleh melihat keadaan Lucia yang masih dirawat oleh doktor di dalam sana.
"Ini semua salah kau! Perempuan sial! Semua salah kau tau tak! Tak puas kau bunuh Adam! Kau nak bunuh Lucia pula! Lepas ni siapa yang kau nak bunuh lagi?! Aku?!" Jerkah Amelia, ibu kepada Arabella dan Lucia yang tiba-tiba muncul. Tangan Arabella ditarik ke tempat sunyi kemudian kepala wanita itu yang sedang teresak-esak menangis itu ditunjal kasar sehingga dia jatuh terduduk di lantai.
"Love minta maaf..." Tutur Arabella sayu. Tangannya cuba memaut kaki Amelia. Amelia tersenyum senget. Tangan Arabella disepak dan rambut panjang Arabella ditarik kasar sehingga wanita itu terdongak ke belakang.
"Maaf? Kau punya maaf dari dulu sampai sekarang, memang tak boleh pakai! Kau fikir air mata kau! Maaf kau! Boleh betulkan semuanya balik ke?! Boleh buat Lucia sedar balik?! Ha?!"
"Mama, sakit..."
"Jangan panggil aku mama! Kau bukan anak aku! Aku dah haramkan panggilan tu keluar dari mulut kau, lima tahun lepas! Aku tak ada anak jalang macam kau!" Tengking Amelia dan menguatkan genggamannya pada rambut Arabella. Arabella terus merintih kesakitan.
"Kau patutnya yang kena semua ni, Love! Bukan Lucia! Yang patutnya tengah nazak dekat situ, kau! Bukan Lucia!" Kini, pipi Arabella ditampar sekuat hati dengan rambut wanita itu masih ditariknya.
"Sekarang, habis angan-angan aku nak bermenantukan orang kaya! Jahanam business aku! Aku tak kira, aku masih nak Hayden yang jadi menantu aku! Kau nak ke tak, kau kena kahwin dengan Hayden esok! Ganti tempat Lucia! Faham?!"
"Tapi, mama—"
Pang!
"Jangan panggil aku mama! Aku jijik!"
Arabella tersedu-sedan. Pipinya yang kebas disentuh perlahan. "Tapi...Hayden takkan setuju."
Amelia tertawa sinis. "Hei, Love! Kau memang tak kenal aku kan? Hayden tu dah anggap aku ni macam mak dia. Dia lebih percayakan aku daripada orang lain dalam dunia ni. Jangan pandang rendah dekat aku." Dia tersenyum sarkastik. Genggaman pada rambut Arabella dilepaskan dan kepala Arabella ditolak kasar.
"Arabella!" Doktor Noah yang kebetulan bertugas di bahagian itu, melihat Arabella diperlaku kejam oleh Amelia segera mendapatkan wanita itu. Tubuh Arabella yang masih lemah itu dicempung.
"Aunty! Kenapa buat Arabella macam ni?! Badan dia tak kuat lagi!" Tegur Doktor Noah. Rambut Arabella yang sudah serabai dikerjakan oleh Amelia dibetulkan.
"Aunty, aunty! Hei, sejak bila aku jadi mak cik kau?! Kau tak payah sibuklah hal keluarga aku! Buat aje kerja kau tu!" Tengking Amelia. Doktor Noah sudah mengetap rahang geram dengan sikap ibu Arabella itu.
"Love! Aku nak kau balik petang ni juga! Jumpa Hayden! Kau kena setuju dengan semua rancangan aku! Kau dengar tak?!"
"Tak boleh. Arabella masuh bawah pantauan saya. Dia tak boleh balik selagi dia tak sihat sepenuhnya. Lepas apa yang puan buat tadi, makin sakitlah Arabella." Pintas Doktor Noah. Amelia sudah mula naik bengang. Matanya dijegilkan.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceHanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupnya seindah namanya. Dia dibenci oleh orang di sekeliling tanpa dia sendiri tahu punca sebenar. Mungkin kerana dia bersuara. Mungkin kerana di...