𝟐𝟖.

3.5K 298 25
                                    

TOMBOL pintu dipulas. Senyuman Hayden terukir lebar saat matanya menangkap figura Arabella yang sedang berbaring di atas katil sambil menghadap balkoni biliknya. Permukaan pintu diketuk.

"Boleh saya masuk?"

Arabella menoleh dan mengangguk. Dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Posisinya dibetulkan untuk memberi ruang kepada Hayden untuk duduk di situ.

"Ni kad untuk awak pergi majlis tari menari tu." Hayden menghulurkan sekeping kad berwarna emas kepada Arabella.

Arabella menyambut huluran itu. Matanya menatap kagum kad yang nampak ekslusif dan elegan di tangannya.

"Plus one?" Keningnya terangkat semasa membaca tulisan yang tertulis di atas kad itu.

"Maksudnya, awak boleh bawa pasangan pergi sana." Jelas Hayden ringkas dan dibalas anggukan daripada Arabella. Mata hazel lelaki itu menilik Arabella penuh minat. Wanita itu masih dengan ekspresi terujanya kerana sekeping kad jemputan, manakala dia pula sedang menunggu jika Arabella mahu mengajaknya sebagai pasangan ke majlis tari menari itu.

Arabella terus merenung kad di tangan, tanpa peduli akan sepasang mata yang tertacap terus pada wajahnya.

"Jadi, awak nak ajak siapa?" Soal Hayden dengan nada yang sedikit tidak sabar. Bantal milik Arabella diambil dan dipeluk erat.

Arabella mendongak. Dia tersenyum nipis. Terlintas satu nama di dalam fikirannya selepas mendengar pertanyaan Hayden.

"Kalau saya ajak Kai, awak rasa dia nak tak?"

Hayden terdiam. Riak terujanya tadi menghilang, diganti dengan satu ekspresi mendung.

"Tapi saya tak tahu kalau Kai suka atau tak pergi majlis macam ni. Mungkin saya ajak Ace. Ace mesti nak teman saya." Sambung Arabella. Dia masih tidak perasan akan air muka Hayden yang keruh itu. Lelaki itu juga terus membisu, menanti jika selepas ini namanya pula yang disebut tetapi hampa. Wajahnya ditundukkan dan jari menguis-nguis cadar katil Arabella.

"Oh, Hayden—"

"Ya! Saya nak!" Laju kepalanya diangkat dan terus menjawab tanpa menunggu Arabella menghabiskan bicaranya.

Arabella terpinga-pinga. Hayden yang beriak tekad dengan mata yang membulat itu ditatap hairan.

"Erm...awak...awak nak apa?" Soal Arabella sambil tersenyum kekok, tidak mengerti dengan Hayden yang tiba-tiba bersemangat itu.

"Teman awak." Jawab Hayden. Pelukannya pada bantal Arabella dieratkan dengan matanya terus merenung wajah cantik wanita itu.

Kini, giliran Arabella pula yang tersenyap sebelum perlahan-lahan senyumannya terukir. Dia menunduk malu. Dia mahu bertanya tentang kedai untuk membuat baju untuknya buat majlis itu sebenarnya tetapi biarlah.

"Oh, okay. Awak teman saya." Perlahan Arabella berkata sambil mencucuk perlahan lengan Hayden. Kepalanya segera ditundukkan ke bawah menyembunyikan pipi yang sudah berona merah, membayangkan bahawa dia akan menari bersama dengan Hayden.

Ah! Pipi ni pun! Suka mengkhianati tuannya!

"Okay! Nanti esok saya bawa awak pergi cari baju yang awak nak. Lepas kerja? Okay? Lepas tu kita jalan-jalan dekat pantai lagi, macam petang tadi. Boleh tak?" Cadang Hayden. Bibirnya sudah menarik senyuman bahagia selepas pada akhirnya Arabella menerima dia juga untuk menjadi pasangan wanita itu. Menari bersama Arabella? Kedengaran seperti mimpi. Mimpi indah.

ARABELLAWhere stories live. Discover now