TELEFON bimbit didekatkan ke telinga. Selepas beberapa saat, telefonnya dijauhkan semula diikuti dengan satu dengusan kasar. Untuk kesekian kalinya, nombor yang sama didail dan balasan yang sama juga yang diterima. Lucia berdecit kuat sebelum melemparkan telefon bimbitnya ke atas tilam.
"Masih tak dapat?" Soal Aryan yang hanya memerhati tingkah laku Lucia sejak sejam yang lepas. Dia menompang dagu dengan mata ke hulur ke hilir mengikut gerak kaki wanita itu.
Lucia menghempas kasar punggungnya di atas sofa berhadapan Aryan.
"Tak! Dah berapa ratus kali saya call tapi mama masih tak nak jawab! Apa yang Hayden dengan Love dah buat dekat mama saya, hah?! Kenapa mama macam tu?! Selama ni, dia tak pernah tak angkat panggilan saya! Mesti ada apa-apa yang jadi masa saya koma dulu, takkan awak tak tau juga, Aryan?"
Aryan terkebil-kebil. Ah, sudah. Dia pula yang diserang.
"Saya dengan mama awak, berbual pun tak pernah. Ya, lah. Saya ni siapa? Mama awak pandang ke lelaki macam saya? Jeling pun tak pernah." Balas Aryan dengan suara sedikit jengkel. Dia sendiri tidak suka akan perangai Amelia. Wanita itu memang tidak pernah gemar jika dia terlalu rapat bersama dengan Lucia walaupun hanya sebagai kawan baik. 'Not my level', katanya.
"Love? Awak tak pergi jumpa dia?" Soal Aryan.
Lucia tergelak sinis. "Jumpa dia? Lepas apa yang awak cerita, awak nak saya jumpa dia?! Huh! Perempuan perampas tu! Sampai hati dia, kan ambil kesempatan waktu saya hampir mati dulu?! Dia adik saya, Aryan! Adik jenis apa yang sanggup tikam belakang kakak sendiri?!" Jerkahnya dengan mata yang mula memerah, merenung tajam Aryan yang hanya beriak tenang di hadapannya.
Lelaki itu melepaskan keluhan halus. "Lucia, awak tak fikir ke kalau Love pun mangsa keadaan? Saya tak rasa Love rampas Hayden. Dia bukan jenis macam tu. Apa—"
"Bukan jenis macam tu? Bukan jenis macam tu?! Awak baru kenal Love tak sampai 2 bulan, Aryan!"
"Dan awak tak pernah duduk berbual dengan Love lebih daripada 10 minit, Lucia. Lepas 15 tahun, dia yang cari awak. Awak tak ingat macam mana gembiranya dia waktu jumpa awak dulu? She waited for 6 hours outside the studio, just to say hi."
Jeda. Lucia tersentap mendengar bicara Aryan. Segera pandangannya dilarikan ke arah lain ketika matanya bertemu sepasang mata hijau yang sedang menatapnya dingin.
"Dia yang lari rumah ikut Adam, memang patutlah dia yang cari saya dulu, sebab dia rasa bersalah pada saya dan mama." Balas Lucia mendatar. Kedua-dua tangannya disilang ke dada dengan mata yang tertacap pada pemandangan di luar jendela. Masih ego.
Buat kedua kalinya, Aryan melepaskan keluhan berat. Dia menggeleng perlahan.
"Takkanlah sebab lelaki, awak dah tak nak bertegur dengan adik awak sendiri?"
Lucia berdecit. Wajah tenang itu dijeling tajam.
"Bukan sebab itu je, Aryan! Love hampir musnahkan kerjaya saya! Kerjaya yang saya kerja keras untuk dapatkan dari dulu! Kalau pihak media tahu selama ni Love yang gantikan tempat saya, saya yang kena serang, bukan dia, bukan awak dan bukan Hayden, tapi saya!" Bidasnya lalu bangun dan mencapai telefon bimbit serta beg tangan. Langkah diatur laju menuju ke pintu.
Aryan yang melihat Lucia yang mula mencipta langkah itu, segera bangun dan mengejar wanita itu.
"Where are you going?"
"Bersiap."
Kening Aryan bertaut. "Bersiap? Pergi mana?"
"Majlis tari-menari."
Aryan menjadi semakin hairan tetapi kakinya terus mengikut setiap pergerakan Lucia. "Bukan ke awak suruh Love yang gantikan tempat awak?"
"Tak. Saya yang akan pergi. Saya yang akan menari dengan Hayden. Bukan Love." Jawab Lucia bersahaja, disambut gelakan halus Aryan.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceHanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupnya seindah namanya. Dia dibenci oleh orang di sekeliling tanpa dia sendiri tahu punca sebenar. Mungkin kerana dia bersuara. Mungkin kerana di...