𝟏𝟒.

3.1K 227 28
                                    

IPAD di tangan ditilik, membaca pengurusan kewangannya di dalam itu. Ace yang sedang menyediakan fail dan kertas kerja buat majikannya itu sesekali menjeling wajah dingin Hayden. Dia menggigit bibir, berkira-kira jika angin Hayden pada hari ini baik atau tidak selepas lebih seminggu lelaki itu mengurungkan diri di dalam bilik atau tidak pun menghilang selama beberapa hari dan menjadikan pejabat sebagai tempat tidurnya.

Arabella pula tidak habis-habis bertanya tentang keadaan dan keberadaan Hayden kepadanya sehingga dia sudah kehabisan alasan untuk menjawab segala pertanyaan wanita itu selama hampir dua minggu ini. Kasihan pula dia melihat Arabella yang seperti ibu kucing kehilangan anak itu.

"Semalam tuan tidur mana?" Soal Ace selepas hampir satu jam bilik itu hanya diselubungi sunyi sejak dia masuk ke dalam tadi.

"Hospital." Jawab Hayden menipu. Padahal dia berada di kelab malam selama seminggu ini, cuba meredakan kemarahan dengan alkohol.

Ace mengangguk kecil. "Cik Lucia dah makin pulih?"

"Hm." Balas lelaki itu tidak berperasaan. Dia sudah tidak melawat Lucia sejak Arabella keguguran. Jika dahulu melihat Arabella akan mengingatkan dia kepada Lucia, sekarang memandang wajah Lucia mengingatkan dia kepada Arabella pula. Dan hatinya akan semakin bertambah sakit setiap kali teringat akan Arabella dan apa yang dia anggap wanita itu sudah lakukan kepada janinnya. Dia masih terluka. Dia rasa dikhianati.

"Erm...Tuan Hayden." Panggil Ace takut-takut. Hayden tidak menyahut. Memandang wajah Ace pun tidak. Matanya hanya tertacap pada skrin Ipad di tangan. Ace berdehem.

"Tuan dah tengok rakaman yang saya ba—"

"Kenapa perbelanjaan kad kredit saya dalam dua bulan ni sampai seratus ribu? Dan ini kad kredit sama, yang saya bagi dekat Bella. Apa yang dia beli sampai mahal sangat?" Pintas Hayden. Jarinya menekan-nekan kasar skrin Ipad itu. Ace sudah mengemam bibir, tidak berani bersuara lagi ketika melihat wajah Hayden yang kembali tegang.

"Saya tanya, dia beli apa?!" Tengking Hayden selepas pertanyaannya tadi tidak dipedulikan oleh Ace. Ace terpinga-pinga. Laju kepalanya digeleng.

"Sa—saya tak tahu, tuan. Puan Bella tak pernah pergi beli-belah. Lepas habis shooting, puan cepat-cepat balik rumah. Dia tak akan singgah mana-mana tempat."

Tok! Tok!

"Ace! Awak ada dekat dalam? Ace!"

Tumpuan Ace teralih ke arah pintu. Hayden terus mengalihkan semula fokusnya kepada Ipad, selepas mendengar suara Arabella di luar.

Pintu dibuka oleh Ace dan figura Arabella bersama dengan Sashimi di tangannya muncul. Air muka wanita itu cemas serta matanya kelihatan berkaca. "Puan, kenapa ni?" Tanya Ace risau. Arabella tidak menjawab. Dengan bibir yang bergetar menahan tangis, Sashimi yang hanya duduk diam di dalam pelukannya dihulur kepada Ace. Ace menyambut Sashimi yang tampak lemah itu dengan penuh berhati-hati.

"Sa—Sashimi dah dua hari tak nak makan. Bila...bila saya tengok pagi tadi, di—dia dah jadi macam ni." Cerita Arabella dengan nafas yang tersangkut-sangkut. Ace membelek tubuh kecil Sashimi yang sudah berada di tapak tangannya.

Hayden yang cuma sibuk dengan Ipadnya, mengerling Arabella dengan hujung mata tatkala mendengar suara lirih itu. Pandangannya teralih pula ke arah Sashimi yang lemah di dalam pegangan Ace.

"Hm, Sashimi sakit ni..."

"Ha?! Sa...Sakit?"

"Jom, kita hantar dia pergi vet. Puan pun ada shooting kejap lagi, kan? Saya boleh hantar puan sekali lepas tu. Okay?"

Arabella mengangguk laju. "Sekejap, saya nak tukar ba—"

"Bella." Panggil Hayden mendatar. Dia bangun dan berjalan ke arah Arabella dan Ace. Arabella memalingkan wajahnya menghadap Hayden. Sepasang mata bundar itu terkebil-kebil merenung muka dingin milik lelaki yang sudah berdiri di hadapannya.

ARABELLAWhere stories live. Discover now