AIR coklat susu yang dibuat oleh Hayden disisip sambil sepasang mata biru itu memerhati suaminya yang masih duduk membuat kerja di hadapan komputer riba di gazebo itu. Sesekali dia melihat Hayden yang memicit kedua-dua belah matanya. Terbit rasa kasihan dalam hati Arabella. Sudah tiga hari berturut-turut, Hayden membuat kerja dari rumah sejak Arabella dikhabarkan hamil dan sudah tentunya lelaki itu menjadi dua kali ganda sibuk dengan kerjanya. Dari pagi hingga ke malam dia di hadapan komputer riba itu.
Televisyen di ruang tamu ditutup. Arabella bangun dan menghampiri Hayden. Dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Hayden mendongak seketika memandang Arabella yang sudah duduk menghadapnya.
"Awak pergi jelah office. Mesti dekat sana lebih selesa, kan? Saya okay je duduk rumah dengan Ibu Lily." Air coklat susu diletakkan ke atas meja. Dia menompang dagu merenung wajah serius Hayden.
"Sama je selesanya." Balas Hayden pendek. Matanya terus terarah pada skrin komputer riba. Walaupun lebih sibuk, tetapi buat kerja dari rumah jauh lebih selesa kerana dia dapat melihat tingkah aneh Arabella yang selalu menghiburkan hatinya itu. Fikiran yang kusut juga boleh menjadi tenang jika melayan perangai gila-gila Arabella.
"Erm...kalau awak dah tak sibuk nanti, boleh tak kita pergi amusement park sama-sama?" Tanya Arabella takut-takut. Jari telunjuknya ditemukan bersama sambil tersenyum simpul memandang Hayden.
Hayden diam. Dia berfikir panjang. Keluar bersama-sama? Masalahnya sekarang ini, dia itu adalah ahli perniagaan yang terkenal, Lucia pula ialah seorang model, pasti orang luar akan mengenali mereka berdua jika terlihat bersama. Bukannya dia risau jika peminat mendapat tahu bahawa Arabella itu bukannya Lucia tetapi dia risau akan keselamatan Arabella jika dikerumuni oleh orang ramai kerana wanita itu masih tidak biasa dengan dunia luar.
"Hayden?" Seru Arabella apabila permintaannya tidak mendapat reaksi daripada Hayden.
Hayden mengemam bibir. Dia mula rasa serba-salah. "Erm...Bella, awak tahu kan saya sepatutnya kahwin dengan siapa? Dan saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya dengan awak keluar bersama. Awak faham, kan maksud saya?"
Arabella membisu sebelum mengangguk lemah. "Tak apa. Saya faham." Wajah ditundukkan. Air coklat susunya yang sudah bertukar sejuk kerana cuaca dingin di luar itu, ditarik dan jarinya bermain di sekeliling tangkai cawan. Hayden merenung Arabella. Keluhan dilepaskan. Kasihan pula dia dengan isterinya itu.
"Kita pergi esok." Putus Hayden selepas lama berdiam diri. Arabella mengangkat wajah.
"Esok?" Tanya wanita itu semula. Hayden mengangguk.
"Saya ada meeting dengan client esok. Nanti saya suruh Ace bawa awak. Lepas saya habis meeting tu, saya jumpa awak dekat sana. Deal?" Hayden mengangkat ibu jarinya sebagai tanda persetujuan dengan apa yang dia bicarakan tadi. Arabella mengangguk laju. Ibu jarinya juga diangkat.
"Deal!" Soraknya ceria. Hayden tertawa halus.
"Saya dah ikut cakap awak, sekarang awak pula ikut cakap saya. Pergi tidur." Arah Hayden. Dia bangun dari kerusi untuk menemani Arabella naik ke bilik.
"Eh? Alaa, Hayden...awal lagi." Arabella mencebik. Kedua-dua tangannya menggenggam erat lengan kerusi, tidak mahu bangun. Hayden sudah menarik-narik hujung lengan panjang baju tidur Arabella itu, mengajak wanita itu masuk ke bilik.
"Banyaklah awak punya awal. Dah pukul 12 ni. Cepat tidur."
"Tak nak!"
"Bella, awak tu mengandung. Tak kesian dekat anak kita, hm? Cepat masuk tidur. Sini, saya temankan." Pujuk Hayden lembut.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceHanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupnya seindah namanya. Dia dibenci oleh orang di sekeliling tanpa dia sendiri tahu punca sebenar. Mungkin kerana dia bersuara. Mungkin kerana di...