𝟏𝟕.

3.2K 292 64
                                    

BEG yang berjenama mewah itu ditilik lama. Selepas satu beg, dia ke beg yang lain pula. "Saya nak beg yang ni, yang tu dan yang tu." Tunding Amelia ke arah beg-beg yang telah dia pilih tadi. Gadis yang hanya mengikutinya dari belakang mengangguk dan membawa semua beg itu ke kaunter.

Amelia tersenyum lebar. Tangannya yang penuh dengan beg kertas yang tertulis pelbagai jenama mahal itu dipandang dengan rasa bangga. Tidak sia-sia dia mengahwinkan Arabella dengan Hayden. Tiada satu sen pun duitnya keluar sepanjang dua bulan ini. Semua perbelanjaannya dibayar sepenuhnya dengan kad kredit Hayden.

"Hati-hati sikit ya, dengan beg-beg tu. Calar nanti, tak terbayar awak." Sinis Amelia bersuara. Gadis yang berada di kaunter itu hanya menghantar pandangan jengkel kepada Amelia. Sudah biasa dengan sikap orang kaya seperti wanita itu.

Selesai membuat pembayaran, Amelia berjalan keluar dari kedai itu dengan penuh angkuhnya. Dia menuju ke arah lif. Selepas beberapa minit menunggu, pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam sebelum tiga orang lelaki berbadan sasa yang entah muncul dari mana turut melangkah masuk ke dalam lif yang sama dengannya.

Amelia berdehem perlahan, cuba menenangkan hatinya yang tiba-tiba gusar dengan keadaan itu. Sudahlah dia seorang sahaja wanita di situ, dikelilingi pula lelaki-lelaki berwajah bengis dengan badan yang penuh tatu. Siapa sahajalah yang tidak takut.

Skrin yang menunjukkan nombor tingkat yang terletak di atas pintu lif itu dilihat. Lambat pula lif ini bergerak.

"Banyak duit kau. Seronok belanja?"

Bahu Amelia terhinjut apabila mendengar suara garau milik salah seorang lelaki tadi. Dia menoleh, memandang lelaki yang sedang tersungging sinis itu.

"Ka—kau nak apa?! Nak merompak?! Tak nampak CCTV tu?!" Tengking Amelia. Beg kertas berjenama mewahnya dibawa rapat ke tubuh.

Mendengar jerkahan Amelia, semakin tajam senyuman yang terukir pada bibir lelaki-lelaki di sekelilingnya. "Nak merompak buat apa? Aku datang nak kutip hutang. Dah dapat menantu kaya, senang je kan, kau lupa dekat orang yang pernah tolong kau waktu susah dulu."

Wajah Amelia berkerut. Matanya berkali-kali menjeling ke arah skrin di atas lif itu. Dua tingkat lagi sebelum pintu lif terbuka. Wajah bengis lelaki di belakangnya dipandang semula. "Kau siapa ha?! Bila masa aku berhutang dengan kau?! Seumur hidup aku, aku tak pernah berhutang dengan orang lah! Aku nak duit, aku usaha sendiri!" Bentak Amelia dengan penuh berani. Tercebik-cebik mulut wanita itu semasa berbicara.

"Adam." Sebut lelaki itu ringkas.

Mendengar nama itu, mata Amelia terbeliak besar. Tiga orang lelaki di sekelilingnya dipandang dengan riak terkejut.

"Love Arabella tu cagaran. Sekarang cagaran dah lari, duit tu bayarlah balik. Kau orang business, takkan kau tak tau macam mana business tu berjalan." Sindir lelaki itu sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sebilah pisau rambo dimainkan di hadapan mata Amelia.

Amelia terus tersenyap. Tidak berani lagi melawan kata-kata lelaki yang merupakan anak buah Adam itu.

"Adam bagi kau satu juta. Ganti rugi nyawa Adam campur sekali bunga, hm..." Lelaki itu mengira dengan jari sambil tangannya yang satu lagi terus menunjukkan mata tajam pisau rambo itu kepada Amelia.

"Lima juta. Aku bagi kau masa dua hari. Bayar, atau aku bawa kau jumpa Adam." Sambungnya lalu menghunuskan mata pisau itu tepat ke leher Amelia. Lemah lutut Amelia saat merasakan betapa tajamnya hujung mata pisau itu pada kulitnya.

"Call nombor ni bila kau dah ada duit tu. Ingat, aku bagi kau dua hari je. Call. Jangan, sampai aku yang datang cari kau." Sekeping kad dimasukkan ke dalam salah satu beg Amelia.

ARABELLAWhere stories live. Discover now