"FARHAH UMAIRAH!" Laung seseorang dari atas sebelum berlari turun ke bawah.
"Abang kenapa jerit-jerit ni?" Soal Umairah sambil memegang sebatang mop.
Rayyan bercekak pinggang memandang isterinya sebelum tubuh itu dicempung dan diletakkan di atas sofa di ruang tamu itu. "Dear buat apa ni? Bahaya tau tak. Buatnya kalau air tumpah ke lantai licin ke. Pastu jatuh nanti macam mana? Sape susah? Abanggg jugak," tangan dinaikkan memeluk tubuh.
Umairah mencebik bibir. "Aira bosanlah abang. Takkan nak kemas rumah pun tak boleh?" Pandangan dihalakan ke lantai.
Rayyan melabuhkan punggung di sebelah Umairah. Tangan isterinya itu digenggam erat. "Dear, bukan tak boleh. Tapi bahaya. Baby kita tu tunggu masa je nak keluar. Nanti kalau pape jadi dekat dear dengan baby macam mana? Abang bukan nak kongkong ke halang ke apa tak. Tapi abang taknak jadi apa-apa dekat orang yang abang sayang. Okey dear?" Pujuk Rayyan. Rambut isterinya yang terjuntai ke dahi diselitkan di telinga.
Umairah hanya mengangguk perlahan. "Sorry," muka comel dipamerkan. Rayyan hanya ketawa melihat isterinya itu. "Haa! Disebabkan abang tak bagi Aira buat kerja rumah, abang kena denda," Umairah mengecilkan matanya.
"Ehhh. Denda apa?" Soal Rayyan.
"Aira nak abang masakkan ayam masak tempoyak. Teringin sangat nak makan. Pleaseeeee," tangan dirapatkan dan mata dikerdipkan berkali-kali.
Rayyan melepaskan tawanya melihat gelagat Umairah. "Okey. Okey. Abang masakkan," balas Rayyan diselangi tawa yang masih bersisa. "Jom," tangan dihulurkan kepada Umairah.
"Yeayyy!" Sorak Umairah sebaik sahaja menyambut huluran tangan Rayyan.
"Duduk sini. Jangan gerak okey," pesan Rayyan. Langkah kaki diatur melangkah ke peti. Ayam yang telah dipotong diambil. Tempoyak yang dikirim oleh uminya dikeluarkan. Dia mula memasak.
"Sedapnya bau," puji Umairah sambil memejamkan mata.
"Dear bertuah tau dapat suami macam abang," kening diangkat berkali-kali memandang isterinya.
Umairah mencebik. "Orang nak buat kerja sikit pun tak boleh. Nak masak tak boleh. Menyapu tak boleh. Semua tak boleh," ujar Umairah dengan nada yang seolah-olah merajuk.
Rayyan tergelak mendengar ayat isterinya itu. "Nanti lepas bersalin, dah habis pantang, ha buatlah apa pun yang dear nak buat. Abang tak halang. Okey?" Pujuk Rayyan.
"Betul?" Mata dikecilkan memandang Rayyan. Rayyan hanya mengangguk.
•
•
•Nafas panjang ditarik sebaik sahaja dia sampai ke rumah sahabatnya itu. Pintu diketuk dan salam diberi untuk tuan rumah.
"Han!" Tubuhnya dipeluk sebaik sahaja bersalaman dengan Rayyan. "Sihat? Eh masuklah," ajak Rayyan.
"Sihat. Kau dengan Farhah macam mana? Farhah dah bersalin ke?" Soal Farhan sebaik sahaja punggung dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu itu.
"Sihat je. Belum lagi tapi tunggu masa je ni," jawab Rayyan. Farhan tersenyum mendengar jawapan Farhan itu.
"Eh! Abang Han. Dah lama ke sampai?" Soal Umairah yang baru turun dari bilik.
"Baru je," senyuman diberikan.
"Farhah buat air jap tau," ujar Umairah sebelum mengatur langkah ke dapur. Dia kemudiannya datang bersama dulang yang diletakkan satu teko air teh panas bersama dengan kuih.
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...