Jam loceng yang berbunyi dimatikan. Dia menggeliat kecil untuk mendapatkan tenaga sebelum bangun dan pergi ke tandas untuk bersihkan diri. Selama 30 minit dia bersiap, akhirnya dia turun ke bawah untuk bersarapan. "Morning ibu. Babah. Hana," sapa Farhah Umairah atau lebih dikenali sebagai Farhah.
"Harini kelas start pukul berapa?" Soal Tan Sri Arman iaitu ayah kepada Umairah.
"Pukul 1 tengah hari bah," jawab Farhana iaitu kakak kembar Umairah. Tan Sri Arman hanya menggangukkan kepala. "Jom Farhah. Nanti lambat pulak masuk kelas," ajak Farhana sebelum bersalaman dengan kedua ibu bapanya.
"Kitorang pergi dulu ibu, babah. Assalamualaikum," pamit Umairah sebelum bergerak ke arah Hana yang menunggunya di dalam kereta. Masa yang diambil untuk ke kampus mereka selama 20 minit. Sampai sahaja di kampus, mereka masuk ke kelas masing-masing.
Umairah duduk di kerusi yang paling depan supaya dia lebih fokus.
"Assalamualaikum," sapa Aina iaitu bff Umairah.
"Waalaikumusalam. Lambat kau sampai harini," balas Umairah.
"Kereta aku buat hal dowh. Nasib baik Kael pun ada kelas pagi ni. Kalau tak aku tak datang auu," ujar Aina. Ha. Aina ni tua setahun dari Umairah tapi dia tak bagi Umairah panggil dia kakak. Katanya nampak tua. Banyak la dia punya tua. Tapi dia ni cantik je orangnya. Kulit putih. Mata bulat. Hidung mancung. Tinggi. Kurus. Memang gadis idaman jejaka la. Tapi. Dia ni dah kahwin. Suami dia senior kitorang. Jadi siapa yang nak try dia memang melepaslah.
Sedang asyik berborak, seorang wanita yang berusia lingkungan 40an masuk ke kelas mereka. Suasana di dalam kelas itu menjadi sunyi seketika. "Good morning class," ucap wanita itu.
"Good morning miss Nora!" Balas semua pelajar dalam kelas itu. "Okay. Before we start our class today, i will divide you all into group. Each group should have four members,". arah miss Nora. "And I'll decide for the group," sambung wanita itu lagi. Terdengar bunyi keluhan yang terbit dari beberapa pelajar.
Hampir dua jam berada dalam kelas itu, mereka akhirnya keluar untuk waktu rehat. "Weyh. Asal aku tak boleh satu group dengan kau dowh? Tak syok ah," rungut Aina.
Umairah hanya tergelak kecil. "Ala kau ni. Relax la. Bukan lama pun. Only two weeks okey," pujuk Umairah. Mereka sekarang berada di kafe.
"Tapi kan. Kau perasan tak sem ni kau asyik group dengan Iz?" Tanya Aina.
"Ala. Biasalah tu," jawab Umairah.
"Ish. Aku rasa kan. Korang berjodohlah. Hahahah," ujar Aina. "Auch! Sakit ah weyh," gumam Aina sambil menggosok lengannya.
"Merepek sangat en. Tulah balasannya," kata Umairah selamba. Tiba-tiba kedengaran bunyi panggilan masuk dari telefon Umairah. "Hello. Ada apa Rayyan?" Tanya Umairah sebaik sahaja menjawab panggilan dari Rayyan.
"Sekarang ni kau free tak?" Tanya Rayyan di hujung talian.
"Erm. Free je. Kenapa eh?" Balas Umairah.
"I have something to discuss with you," kata Rayyan.
"Something about what?" Soal Umairah lagi.
"Adalah. Nanti kita jumpa aku cakap," jawab Rayyan.
"Yela," akur Umairah.
"Okey. Nanti aku share location," kata Rayyan sebelum menamatkan talian.
"Ada apa Iz call kau?" Soal Aina ingin tahu.
"Dia ajak aku jumpa. Kau boleh hantar aku tak? Sebab Hana ada kelas sampai petang," balas Umairah.
"Boleh je. Tapi balik nanti kau naik apa?" Soal Aina.
"Ala. Grab ada. Lagipun kejap je," jawab Umairah.
"Oklah kalau macam tu. Jom," kata Aina. Selama 10 minit dalam kereta akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju.
"Nanti apa-apa kau call aku auu," pesan Aina.
"Yelah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum," pamit Umairah.
"Waalaikumusalam," balas Aina.
Umairah masuk ke dalam restoran. Matanya diliarkan memandang sekeliling mencari kelibat yang dicari.
"Assalamualaikum. Ada apa kau nak jumpa aku?" Sapa Umairah lalu duduk di hadapan Rayyan.
"Waalaikumusalam. Kita makan dulu. Nanti aku cakap eh," balas Rayyan lalu memanggil pelayan.
"Aku lupa nak bagitau Hana yang aku jumpa kau. Aku call dia jap boleh?" Pinta Umairah. Rayyan hanya mengangguk.
"Assalamualaikum Hana. Farhah nak bagitau yang Farhah tak balik dengan Hana harini. Farhah jumpa teammate Farhah kejap. Hana balik lah dulu. Nanti Farhah balik sendiri," kata Umairah sebaik sahaja panggilan dijawab. "So ada apa kau nak jumpa aku?" Soal Umairah kembali duduk di tempatnya. Dia meneguk airnya bagi hilangkan rasa haus. Rayyan hanya tersenyum sinis melihat Umairah meneguk airnya.
Rayyan memulakan bicara. "Aira. Kau okey tak ni?" Tanya Rayyan bila melihat Umairah seakan-akan menahan sakit.
"A..aku nak p..pergi tandas kejap," jawab Umairah lalu bangun.
"Umairah!!" Panggil Rayyan sebaik sahaja Umairah jatuh ke lantai.
MATANYA dipejam semula dek kerana pedih dengan silau yang terpancar dari lampu. Eh! Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh ada kat hospital ni? Bukan tadi aku jumpa Rayyan ke? Bermacam soalan bermain di fikiran Umairah.
"Farhah dah sedar?" Sapa Hana yang menuju ke arahnya.
"Macam mana Farhah boleh ada dekat hospital?" Soal Farhah.
"Ouh! Farhah pengsan tadi. Rayyan bawak Farhah datang sini," jawab Hana. Umairah hanya mengangguk. "Bila Farhah dah okey bolehlah kita balik," sambungnya lagi.
"Ouh... okey," balas Umairah.
~~~
Tak tahu nak start caner. So yeah hope u guys enjoy. Korang x vote pun x pe.. korang baca pun dah cukup. Thanks yah.
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...