Sadaqallahulazim. Al-Quran diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Telekung ditanggalkan sebelum disangkut di tempatnya.
Tok! Tok! Tok!
"Adik. Jom turun makan. Sebelum tu pakai tudung. Iz ada dekat bawah," ujar Hana sebaik sahaja duduk di birai katil.
"Okey," balas Umairah sambil mengikat rambut. "Jom!" Kata Umairah sebaik sahaja tudung disarung.
"Ha! Turun pun. Meh makan," ajak puan Sri Shahira. Umairah dan Hana duduk di meja makan. Doa makan dibaca sebelum menjamu hidangan.
Usai makan malam mereka bergerak ke halaman untuk mengambil udara malam. Sementara Umairah masih di dapur untuk mengemas apa yang patut.
"Aira," panggil Rayyan.
"Eh Rayyan. Awak buat apa kat sini? Nak air ke?" Soal Umairah.
"Taklah. Saya ada benda sikit nak bincang dengan awak," jawab Rayyan.
Umairah berkerut kening dengan jawapan Rayyan. "Ouh. Ok. Tapi tunggu saya siap kemas dulu eh," ujar Umairah. Rayyan hanya mengangguk.
"Ha. Awak nak cakap apa?" Tanya Umairah yang bersandar di sinki dapur sambil memandang Rayyan.
"Saya tahu saya pernah buat salah besar dengan awak. Tapi boleh tak kalau awak bagi saya peluang kedua?" Soal Rayyan.
"Apa awak cakap ni? Kan kita dah jadi kawan. Awak ni," jawab Umairah dengan senyuman.
"Aira, saya serius Aira," ujar Rayyan memandang tepat ke mata Umairah.
"Saya pun serius Rayyan," balas Umairah.
"Saya tak nak awak terima saya sebagai kawan je Aira. Saya nak kita ada hubungan lebih dari tu," kata Rayyan.
"A... apa maksud awak?" Soal Umairah kembali. Hatinya berdebar menunggu bicara Rayyan seterusnya.
Rayyan menarik nafas panjang. "Awak terima tak kalau saya lamar awak jadi isteri saya?" Soal Rayyan lagi dengan sekali lafaz.
Umairah kaget mendengar soalan itu. "Rayyan. S... saya bukan taknak terima. Tapi awak bagi saya masa untuk fikir boleh? Saya bukan apa. Saya nak luangkan masa saya dengan Hana dulu. Lagipun ramai lagi perempuan dekat luar sana yang lagi layak jadi isteri awak. Awak tahu kan saya pernah disentuh? Saya tak layak untuk awak Rayyan," jawab Umairah perlahan.
"Ya. Saya tahu dan sayalah lelaki tak guna yang dah sentuh awak. Sebab tu saya nak bertanggungjawab atas apa yang saya dah buat," pujuk Rayyan.
"Kalau awak kahwin dengan saya sebab kesian atau rasa bersalah, saya rasa awak lupakan jelah. Sebab saya dah maafkan awak dan saya tak perlu semua tu," kata Umairah tegas.
"Tak tak. Saya nak kita kahwin sebab saya ikhlas. Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya," nyata Rayyan.
"Rayyan. Nikah kahwin ni bukan soal main-main tau. Lepas kahwin nanti awak kena menghadap muka saya hari-hari. Awak kena layan perangai saya. Awak dah fikir masak-masak ke?" Soal Umairah.
"Saya dah fikir. Saya dah nekad saya nak kahwin dengan awak," jawab Rayyan tenang.
"Rayyan. Bagi saya masa. Lagipun macam yang saya cakap tadi saya nak jaga Hana," ujar Umairah.
"Okey. Saya tunggu awak Aira," tutur Rayyan sebelum keluar dari dapur.
~~~
"Adik," panggil Hana lalu duduk di sebelah Umairah.
"Eh! Kakak," sahut Umairah dengan senyuman.
"Kenapa adik tak tidur lagi?" Soal Hana.
"Saja tengok bintang," jawab Umairah.
"Adik, kakak nak tanya sikit boleh?" Tanya Hana.
"Tanya je lah kak. Tanya banyak pun takpe," balas Umairah masih dengan senyuman.
"Kenapa adik tolak lamaran Iz?" Soal Hana. Umairah terkesima mendengar soalan itu lalu memandang Hana. "Kakak terdengar korang bincang kat dapur tadi. Adik. Tak baik tau buat macam tu. Kakak tahu Iz ikhlas dengan adik. Terima je lah dia," ujar Hana.
"Tapi kak..."
"Adik janganlah risau pasal kakak. Kakak okey. Lagipun cuba adik fikir. Zaman sekarang ni susah tau nak jumpa lelaki yang ada sifat tanggungjawab macam Iz tu. Kakak tahu dia pernah sentuh adik. Tapi tu semua sebab rancangan bodoh kakak. Adik tahu tak lepas mama dengan papa marah, dia yang suruh kakak jujur dengan diorang. Dia usaha cari adik. Kakak tahu dia cintakan adik. Terima jelah dik. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu. Dari zaman sekolah menengah dia tunggu adik. Adik tak kesian dekat dia ke? Kakak tahu adik pun cintakan dia," celah Hana panjang lebar.
"Adik tak tahu. Adik buntu," balas Umairah.
"Macam ni lah. Apa kata adik buat solat istikharah. Minta petunjuk dengan Allah. Insya Allah adik akan dapat jawapannya," cadang Hana. Umairah hanya mengangguk perlahan. "Jom masuk," ajak Hana lalu masuk ke rumah.
~~~
Mata diliarkan memandang sekeliling kedai mamak itu mencari kelibat yang dinanti. "Assalamualaikum. Sorry bro aku lambat," sapa Farhan. Mereka berjabat tangan.
"Sokey," sahut Rayyan.
"Kau ni apahal macam ada masalah je aku tengok," ujar Farhan.
"Aira. Aku dah lamar dia semalam. Tapi dia mintak masa. Lepastu dia siap cakap dia tak layak untuk aku. Dia kata ramai lagi perempuan yang lebih baik dari dia yang aku boleh pilih. Tapi masalahnya sekarang ni aku cintakan dia. Aku sayangkan dia," jawab Rayyan sayu.
"Haih. Apa kata kau buat solat istikharah," cadang Farhan.
"Dah. Dialah jawapan istikharah aku. Sebab tu aku berani lamar dia," balas Rayyan.
"Hmm... apa kata kau bagi dia masa. Sambil tu kau jangan putus berdoa," nasihat Farhan. Rayyan hanya mengangguk. "Weyh. Hana macam mana?" Tanya Farhan.
"Alhamdulillah. Dah makin okey sejak Aira balik," jawab Rayyan. Farhan hanya mengangguk. Mereka berbual dengan rancak.
Rambut diikat sebelum turun ke bawah. "Ibu. Iz tak datang ke?" Soal Hana seakan-akan tahu bahawa kembarnya mahu turun.
"Tak. Ibu pun tak tahulah kenapa dah lama dia tak datang. Biasanya kalau ajak datang rumah mesti laju je dia. Tapi kebelakangan ni dia tak datang pulak. Sibuk agaknya," jawab puan Sri Shahira. Umairah hanya mendiamkan diri. "Ibu kan. Teringin nak berbesan dengan aunty Hasmah tau. Kalaulah korang ada abang mesti ibu dah jodohkan dengan anak perempuan dia. Tapi tulah. Ibu mana ada anak lelaki. Anak perempuan dia pun dah kahwin. Hmm..." luah puan Sri Shahira.
"Ala. Susah sangat ibu kahwinkan je Farhah dengan Iz. Kan senang. Dapat berbesan dengan sahabat sendiri," ujar Hana bersahaja. Umairah menjegilkan mata mendengar ayat itu lalu menyiku lengan kakaknya. "What? Betul lah kan. Iz tu memang suka kat adik pun kan tapi adik yang taknak," sambungnya lagi. Dia hanya tersengih tatkala Umairah memberi jelingan manja.
"Hmm... ibu pun berharap sangat Farhah dengan Iz. Tapi tulah. Ibu tak boleh lah nak paksa Farhah. Ibu takut nanti Farhah terima sebab terpaksa. Tak elok macam tu. Biarlah Farhah terima dia dengan ikhlas. Kalau memang ditakdirkan ibu dengan aunty Hasmah tu tak boleh berbesan ibu terima je," balas Puan Sri Shahira. Umairah hanya memandang ibu dan kembarnya bersilih ganti sebelum mengeluh perlahan.
~~~
Sorry sebab pendek.. btw masih tak mahir lagi nak susun ayat^_^
Sorry sebab hambar.. act x banyak idea sangat ni^_^Thanks sebab sudi baca.. syggg korang♡
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...