SHFU (20)

1.2K 52 9
                                    

Pintu bilik Hana dikuak perlahan sebelum bibirnya menguntum senyuman manis tatkala melihat sekujur tubuh yang sedang tidur nyenyak. Kaki dibawa melangkah ke arah kembarnya itu. "Kakak bangun sarapan kak. Semua tengah tunggu kakak tu," kejut Umairah lembut.

Tangannya liar menggeletek seluruh tubuh Hana namun Hana masih belum bangun. "Kak. Bangun lah kak," kejut Umairah lagi. Hatinya berdegup kencang apabila tiada sebarang balasan dari Hana. Setelah beberapa minit mengejut Hana tetap tidak memberi respon.

Senyumannya perlahan-lahan pudar. Jari telunjuknya dibawa ke hidung Hana untuk merasai hembusan nafas kembarnya itu. Pergelangan tangan Hana diambil dan nadinya diperiksa.

Umairah menggelengkan kepala. "Mama! Papa! Abang Farhan! Abang Rayyan!" Panggil Umairah cemas. "Abang! Kakak! Bangun kak! Kak!" Badan Hana digoncang perlahan.

"Aira, kenapa ni?" Tanya Rayyan sambil memegang bahu Umairah.

"Abang. Hana abang. Hana tak sedar. Dah banyak kali Aira kejut dia tapi dia tetap tak sedar. Dah macam-macam cara Aira buat tetap sama. Ma... Pa," ujar Umairah cemas sambil memandang mereka.

"Kita kena bawak dia pergi hospital. Macam ni. Farhah, Iz dengan Farhan pergi dulu nanti mama dengan papa sampai," cadang Puan Sri Shahira. Mereka bertiga hanya mengangguk.

Tubuh Hana didukung oleh Farhan. Hana diletakkan di bahagian belakang sambil kepalanya dipangku di atas riba Umairah. Kereta diundur sebelum menuju ke hospital. "Akak! Akak bangun kak! Akak janganlah main-main kak!" Umairah tidak berputus asa mengejut Hana. Airmatanya mengalir deras sedari tadi.

Sampai sahaja di hospital, Hana ditolak masuk ke ruangan kecemasan. Umairah duduk di bangku yang disediakan bersama airmata.

Rayyan mendekati Umairah sebelum tubuh itu ditarik ke dalam dakapan. "Hana. Abang," Rintih Umairah. Kepalanya disandarkan di dada Rayyan.

Bahu Umairah digosok perlahan bagi menenangkannya. "Shhh... insya-Allah Hana okey," pujuk Rayyan.

Umairah mengangkat kepalanya memandang Rayyan. "Macam mana kalau jadi apa-apa dekat dia? Saya tak kuat nak hilang dia Rayyan," luah Umairah.

Rayyan menghembus nafas perlahan. Airmata Umairah disapu sebelum kedua-dua bahu Umairah dipegang. "Aira, jangan macam ni okey. Apapun jadi Aira tetap kena kuat. Aira kena ingat semunya dah tertulis dan kita tak mampu nak ubah apa-apa. Tengok Farhan lagi sedih. Lagi risau. Kita kena kuat. Kalau kita lemah siapa nak bagi semangat dekat dia," pujuk Rayyan.

"Abang, kalau Hana tinggalkan Aira abang ada ke dengan Aira?" Soal Umairah diselangi dengan esakannya.

Senyuman diukir perlahan. "Mestilah abang ada. Abang takkan tinggalkan Aira. Lagi-lagi bila Aira tengah sedih. Dah. Jangan nangis okey?" Jawab Rayyan sebelum kembali menarik Umairah ke dalam dakapannya.

"Farhah! Iz! Farhan! Hana macam mana?" Tanya puan Sri Shahira.

"Tak tahu lagi ma. Doktor tengah rawat lagi," jawab Farhan usai bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya. Dia berdiri di sebelah tan Sri Arman manakala puan Sri Shahira memeluk erat tubuh Umairah.

Selama dua jam setengah menunggu akhirnya doktor Alma iaitu doktor yang merawat Hana keluar dari ruang kecemasan. "Aunty, uncle. Alma mintak maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami tapi... Allah lebih sayangkan Hana," tutur Dr. Alma perlahan.

Ya Allah! Gumam hati Farhan. Badannya yang hampir rebah ke lantai disambut oleh Rayyan. "Hana," rintih Farhan yang berada dalam dakapan Rayyan.

"Alma harap kita sama-sama terus bersabar. Kita doakan supaya dia pergi dengan tenang. Alma mintak maaf sekali lagi. Alma mintak diri dulu," sambungnya lagi sebelum berlalu pergi.

Tan Sri Arman dan Rayyan mendakap Farhan untuk memberi semangat. "Shira, Farhah, Iz, Farhan. Jom kita tengok arwah," ajak tan Sri Arman lembut. Rayyan hanya mengangguk lalu memimpin Umairah ke bilik mayat.

"Hana, papa dan mama lepaskan Hana. Hana tenang ye kat sana. Tunggu papa dan mama ye sayang," ujar tan Sri Arman sayu. Dahi Hana dicium lama. Diikuti oleh puan Sri Shahira.

"Sayang, mama ikhlaskan pemergian sayang. Mama halalkan setiap titis susu yang mengalir dari tubuh mama untuk Hana. Mama dah halalkan semua yang mama beri pada Hana. Mama jugak dah maafkan semua salah Hana. Mama doakan Hana tenang disana, sayang," sayu ucapan puan Sri Shahira. Airmata yang menitis diseka perlahan sebelum dahi Hana dikucup lembut.

"Aira, jom tengok Hana buat kali terakhir," ajak Rayyan. Umairah berjalan lemah ke arah Hana sambil dipimpin oleh Rayyan. Wajah Hana diamati sebelum mata dipejam rapat. Beberapa saat kemudian dia kembali membuka matanya.

"Hana. Kenapa Hana pergi cepat sangat? Farhah tak puas lagi luangkan masa dengan Hana. Banyak lagi yang kita nak buat sama-sama. Tapi apa yang Farhah boleh buat kan selain daripada terima semuanya. Farhah cuba belajar lepaskan Hana dan ikhlaskan pemergian ni. Kakak tenang kat sana ye. Adik sayangkan kakak," ujar Umairah sebelum mencium seluruh wajah Hana dan keluar dari bilik itu.

"Sayang, kenapa sayang tinggalkan abang? Abang tak puas lagi luangkan masa dengan sayang. Sekejap sangat rasa. Tapi abang sedar semua ni dah ditentukan oleh Allah SWT dan siapalah abang untuk halang semua tu kan? Sayang, abang nak sayang tahu abang cinta dan sayangkan sayang ikhlas dari hati. Biarpun sayang dah pergi abang tetap akan cintakan sayang. Abang halalkan semua yang abang pernah bagi sayang. Makan pakai sayang. Abang maafkan semua salah sayang. Abang doakan sayang tenang dekat sana. Sayang tunggu abang eh," tutur Farhan dalam keadaan menahan esakan. Mata dipejam seketika. "Nur Farhana Uzaifah binti Tan Sri Arman. Abang lepaskan sayang seikhlas hati. Tenanglah di sana," ucap Farhan sebelum mengucup dahi isterinya itu. Bahunya diusap lembut oleh Rayyan.

Petang itu jenazah Hana dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan. Balik sahaja dari perkuburan itu Umairah mengurungkan dirinya di dalam bilik yang diduduki Hana sebelum ini. Airmatanya mengalir tanpa henti sedari tadi. Dia tiada tenaga untuk bersuara. Hanya tangisan menjadi peneman.

~~~

Sorry lah hambar... Tak tau lah caner nak buat T.T

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now