SHFU (18)

1.2K 50 5
                                    

Bayu yang bertiup memaksa Hana memegang tudungnya yang acapkali berkibar. Mata dihalakan ke arah insan yang dicintai sepenuh hati ikhlas kerana-Nya. Senyuman dilemparkan sebaik sahaja lelaki itu membalas pandangannya. Mereka kini sedang berbulan madu di Port Dickson

"Sayang!" Jerit Farhan yang sedang melayan kerenah kanak-kanak yang turut bermain air di pantai itu. Dia melambaikan tangan ke arah isterinya. Seketika langkah diatur ke arah gadis itu. Punggung dilabuhkan bersebelahan Hana. "Sayang okey?" Soalnya lembut.

Hana hanya tersenyum sambil memandang suaminya itu sebelum mengangguk. "Abang," panggil Hana.

"Ya?"

"Nanti kita jalan-jalan boleh?" Soal Hana.

"Mestilah boleh," jawab Farhan sambil memandang Hana. Dia berdiri lalu menepuk seluarnya bagi menghilangkan pasir. "Jom," tangan dihulur kepada Hana.

Hana memandang suaminya hairan. "Pergi mana?"

"Jalan-jalan lah sayang oii,"

"Ouh... hahah... okey," tangan Farhan disambut. Mereka berjalan seiringan sambil berpegangan tangan.

"SAYANG," panggil Farhan. Hana memandang ke arah suaminya itu. "Abang ada hadiah untuk sayang," ujar Farhan. Mereka kini berada di bilik mereka.

Hana mengerutkan dahinya. "Hadiah?"

"Ya. Tapi sayang kena tutup mata dulu. Kalau tak nanti tak special," balas Farhan pula.

"Abang jangan nak mainkan sayang eh?" Hana mengecilkan matanya memandang Farhan.

"Taklah. Cepat tutup mata," desak Farhan. Hana hanya menurut. Farhan bergerak ke belakang Hana. Seutas rantai dipakaikan di tengkuk isterinya itu.

Hana yang terasa seperti ada sesuatu di lehernya membuka mata. Dia kemudian memandang Farhan yang telah duduk di hadapannya dengan senyuman. "Cantik," puji Hana.

"Rantai yang cantik dipakai oleh seorang wanita yang juga cantik. Maka terselah keanggunan bidadari hati abang," ujar Farhan romantik. Hana berasa terharu mendengar ayat Farhan.

"Terima kasih abang," ucap Hana. Farhan hanya mengangguk. "Tapi abang tak rasa rugi ke beli rantai ni?" soal Hana.

Farhan mengerutkan dahinya. "Kenapa pulak nak rugi?"

"Yelah. Hana ni bukan hidup lama pun. Nanti kalau Hana tak ada siapa nak pakai rantai ni," luah Hana.

"Abang bagilah isteri baru abang pakai. Hahahah," seloroh Farhan untuk menyedapkan hatinya.

Hana menjegilkan matanya. "Ada hati eh?" tangan dinaikkan mencubit Farhan.

"Ouh! Aduh aduh! Sakitlah sayang," adu Farhan sambil menggosok kawasan yang dicubit Hana. "Abang gurau je lah. Abang takkan cari orang lain. Kalau sayang dah tak ada abang akan tetap simpan cincin ni," ujar Farhan. Melihatkan Hana berdiam diri, Farhan mencuit pinggang gadis itu.

"Hahahah... Abang! Dah lah tu! Gelilah," ujar Hana sambil ketawa.

"Merajuk lagi ke tak?" Farhan mengangkat keningnya.

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now