Tubuhnya yang disarung dengan dress labuh berwarna cream diperhatikan melalui cermin. Dress itu dilonggarkan sedikit supaya tak mengikut bentuk badan. Dia kemudiannya keluar dari fitting room yang terdapat di butik itu.
"Ya Allah! Cantiknya kau Farhah! Tenggelam lah aku kalau pengapit aku cantik macam ni," ujar Zulaikha.
Umairah tergelak kecil. "Kau ni. Kalau baju pengapit macam ni baju pengantin mesti lagi cantik," balas Umairah. "Kau pergilah cuba baju kau," cadang Umairah. Zulaikha hanya mengangguk lalu masuk ke fitting room. Hampir 10 minit Zulaikha keluar dari bilik tersebut. "Ha! Kan aku dah cakap. Kau lagi cantik. Takkan pengapit lagi cantik dari pengantin," kata Umairah.
"Heheh.. aku tahu aku cantik. Tak payah cakap. Hahah," kenyataan Zulaikha membuatkan Umairah memusingkan bebola matanya ke atas.
"Angkat bakul junjung sendiri lah pulak dia ni. Menyesal puji. Huh," tutur Umairah.
"Dah tak ada orang nak angkatkan aku angkatlah sendiri," balas Zulaikha lagi. Mereka berdua ketawa serentak.
Usai memilih baju, mereka bergerak pulang untuk melakukan persediaan memandangkan majlis perkahwinan Zulaikha lagi dua minggu. Selepas ini tak adalah tempat untuk Umairah bergurau lagi. Kedua-dua sahabatnya jauh. Walaupun Zulaikha masih tinggal di negeri yang sama, tetapi jarak yang jauh menjadi faktor mereka sukar berjumpa. Namun dia sedikit lega kerana dia masih mempunyai adik-adik di rumah Nur Hidayah untuk menemaninya.
"Dah sampai mana tu? Jauh nau menungnya?" Soal Aina sebaik sahaja duduk di sebelah Zulaikha. Aina dan Zulaikha merupakan teman usrah jadi tak hairanlah kalau Aina datang untuk membantu Zulaikha.
"Mana ada termenung. Saja tengok ombak tu. Tenang je rasa," jawab Zulaikha sambil memejam mata.
"Kau tak payah nak tipulah Ika. Kitorang kenal kau bukan semalam tau. Dah bertahun dah. Kalau ada apa-apa share je lah. Kalau kitorang boleh tolong kitorang tolong," kata Umairah.
"Lepasni susahlah nak jumpa. Susahlah nak gaduh. Kita dah tak sebumbung. Hmm," luah Zulaikha. Umairah dan Aina saling berpandangan.
"Ala. Janganlah risau. Sekarang kan zaman teknologi. Jauh pun boleh video call. Macam tak biasa pulak," pujuk Aina sambil memeluk bahu Zulaikha.
"Aku nak korang tahu aku sayang giler dekat korang. Koranglah sahabat aku dunia akhirat," ujar Zulaikha menyentakkan Umairah dan Aina. Mereka berdua berpandangan.
"Kau kenapa? Tiber je," balas Aina.
"Entah. Mengada," ujar Umairah sebelum mereka bertiga gelak.
"Hey anak dara yang kat sana tu dah dah lah buat drama nya. Masuk. Hari dah malam ni. Tak elok duduk luar lama-lama," panggil Puan Khadijah.
"Baik umi!" Serentak mereka berkata sebelum bangun dari pangkin dan masuk ke rumah.
~~~
Hari ini berlangsunglah majlis perkahwinan Zulaikha. Masing-masing berasa penat kerana terpaksa melayan tetamu dan menguruskan majlis tadi. Nasib baik menggunakan khidmat catering. Kalau tak satu hal pulak nak kena cuci periuk belanga.
Usai menunaikan solat Isyak, Umairah duduk belunjur sambil badan disandarkan di kepala katil. Fikirannya melayang mengingati apa yang terjadi sepanjang majlis tadi.
Flashback
"You look beautiful in that dress," puji Rayyan. Umairah yang terkejut dengan pujian itu menoleh ke kirinya. "Buat apa kat sini? Kenapa tak jumpa kawan-kawan?" Soal Rayyan lagi sebaik sahaja duduk di sebelah Umairah yang sedang duduk di atas pangkin di sekitar pantai itu.
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...