"Farhah," tegur Zulaikha sebelum mengambil tempat di sisi Umaira. Umaira melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. "Kau menungkan apa tu?" Soal Zulaikha
"Tak de apalah. Kau pulak buat apa kat sini?" Balas Umaira turut mengajukan soalan kepada Ika.
"Tanya pulak. Aku cari kau lah kak oi. Kau ni. Tadi kata nak teman aku beli barang. Lama tahu tak aku tunggu kau. Rupa-rupanya tengah syok melepak kat sini," jawab Ika sambil mencebik.
Umaira menepuk dahi perlahan. "Alah sorry lah Ika. Aku lupa lah. Hehe," tutur Umaira lalu membuat tanda peace.
"Yela-yela. Jom. Nanti lambat marah pulak umi barang dapur tak ada," kata Ika. Mereka bangun dari pangkin kayu itu lalu bergerak ke sebuah kereta berjenama Toyota Vios. Sepanjang berada di dalam kereta ada saja tajuk yang dibualkan oleh Umaira dan Ika bersama Pak Samad iaitu pemandu peribadi rumah Nur Hidayah. Sudah dua tahun dia menetap di rumah anak yatim Nur Hidayah yang terletak di Bukit Fraser. Ketika itu dia tak tahu nak buat apa. Tubuhnya terlalu lemah menyebabkan dia terjatuh ke tanah. Mujur saja ada seorang gadis yang kelihatan sebaya dengannya dan seorang wanita dalam lingkungan 50an membantunya. Mereka lah yang membawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan. Sejak dari itulah dia tinggal bersama mereka dan membantu mereka menguruskan rumah anak yatim ini.
Zulaikha lah sahabat baiknya di sini yang banyak beri tunjuk ajar dan membantu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Dia juga kerap berhubung dengan Aina kerana tak mahu gadis itu risau akan dirinya dan meminta Aina merahsiakan keberadaannya. Dia tenang di sini.
"Farhah. Kau okey tak ni? Asyik termenung je. Ada masalah ke?" Tanya Ika lalu duduk di sebelah Umaira'.
Umaira hanya menggelengkan kepala lalu tersenyum. "Haih! Nanti kau kahwin siapa nak teman aku kat sini. Tak adalah kawan nak gosip nanti. Hmm," kata Umairah seakan-akan merajuk.
Zulaikha mendekatkan dirinya sebelum memeluk Umairah. "Ala. Nanti sebulan sekali aku balik lah sini. Lagipun adik-adik ada boleh happykan kau," balas Zulaikha.
"Taknak! Nak kau," Umairah merengek kecil seperti kanak-kanak.
"Alahai syiannya dia. Tapi maaflah ye. Saya tak jatuh cinta sesama jantina," balas Zulaikha selamba.
"Woiii! Gila ke? Nabi tak mengaku umat oi!" Ujar Umairah lalu mereka ketawa serentak.
"Assalamualaikum," laung seseorang di muka pintu menghentikan perbualan mereka. Salam dijawab seraya kepada ditolehkan ke arah pintu.
"Abang. Tak bagitahu pun nak balik kan," sahut Zulaikha selepas menjawab salam yang diberi dengan nada gembira. Umairah tergamam tatkala melihat gerangan pemberi salam itu. Hatinya berdebar hebat. Semua rasa bercampur menjadi satu. "Abang. Ni Ika kenalkan Farhah Umairah anak angkat umi a.k.a bff Ika dan Farhah. Aku kenalkan ni Rayyan Izzaril abang aku," kata Zulaikha perkenalkan masing-masing.
Umairah yang terkejut dengan kenyataan itu memandang Zulaikha dengan riak wajah yang tak dapat ditafsirkan. "Ab.. abang kau?" Soal Umairah sedikit gagap. Zulaikha hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Umaira memandang ke arah Rayyang sekilas. Dia kemudiannya meminta diri untuk masuk ke dalam bilik bagi menunaikan solat asar.
Umairah memandang ombak yang menghempas pasir di pantai itu. Dapatlah dia tenangkan fikirannya di situ.
"Ika. Boleh aku tanya sikit?" Pinta Umairah sambil memandang ke arah Zulaikha.
"Tanya la," balas Zulaikha.
"Rayyan tu abang kandung kau ke?" Soal Umairah dengan debaran di dada tatkala menyebut nama lelaki itu.
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...