Mulut dilap menggunakan tisu yang disediakan. Mata dihalakan ke arah si isteri yang sedari tadi tidak henti memandang. Tangan disilangkan di atas meja makan itu. "Kenapa pandang abang macam tu?" Tanya Farhan.
Hana hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Takde apa-apa," jawab Hana.
Farhan bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan ke arah Hana. "Jom," ajaknya.
"Pergi mana?" Soal Hana sambil mengerut kening.
"Adalah. Jom," jawab Farhan. Hana menyambut huluran itu. Mereka berjalan sambil berpimpin tangan. Tidak sampai 10 minit, mereka sampai di sebuah bilik yang ditempah oleh Farhan sejak hari pertama mereka berbulan madu.
Pintu bilik itu dibuka perlahan. Hana terpaku melihat isi bilik itu. Bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambarnya dari zaman sekolah menengah sehingga hari perkahwinan mereka. "Abang simpan gambar sayang?" Tanya Hana. Farhan menganggukkan kepala sambil tersenyum manis.
Tubir mata Hana menjadi panas akibat airmata yang bertakung. Dia berasa terharu kerana ada juga lelaki yang sanggup menerima dia yang akan pergi bila-bila masa sahaja. Dia memeluk Farhan erat. "Terima kasih abang. Hana sayangkan abang," ujarnya.
Farhan melebarkan senyuman dan membalas pelukan Hana. "Abang pun sayangkan sayang. Sangat-sangat," bisik Farhan syahdu. Dia mencium dahi isterinya.
~~~
Masa berlalu begitu pantas. Hari ini merupakan hari terakhir mereka berbulan madu. Farhan memandang Hana yang sedang merapikan tudung di depan cermin. "Sayang, lama lagi ke?" Soal Farhan.
"Kejap lah abang. Sikit je lagi," balas Hana. "Okey siap," ujar Hana selepas beberapa minit.
"Cantiknya sayang. Ni nak balik ke nak goda abang? Kang tak pasal-pasal sambung honeymoon lagi ni," seloroh Farhan.
"Ish! Abang ni. Balik lah. Sayang dah rindu tau dekat semua," Farhan tergelak melihat muka isterinya yang kemerahan itu.
"Yelah. Jom," ajak Farhan. Mereka keluar dari bilik tempahan mereka itu. Usai memulangkan kunci, Farhan memasukkan beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. Dia kemudiannya masuk ke bahagian pemandu. Perjalanan mereka dimulakan.
Setelah dua jam di dalam kereta akhirnya mereka sampai di rumah ibu bapa Hana. "Assalamualaikum," laung Hana dari luar rumah.
"Waalaikumusalam," sahut Puan Sri Syahirah seraya membuka pintu. "Hana, Han. Masuklah," pelawa ibunya. Tangan tua itu dicapai dan dikucup Hana diikuti dengan Farhan.
"Babah mana ibu?" Soal Farhan apabila tidak melihat kelibat bapa mertuanya.
"Babah biasalah dia. Kalau tak ke pejabat atau surau ke mana lagi petang macam ni," jawab Puan Sri Syahirah. "Takpe lah. Korang naik lah dulu rehat. Ibu nak pergi dapur," sambungnya lagi sebelum bangun dan berlalu ke dapur.
~~~
"Abang, harini kita pergi rumah ibu boleh? Kakak dengan abang Han pun dah balik. Boleh kita jumpa diorang. Aira rindu sangat dengan kakak," ajak Umairah.
"Boleh, dear. Dear pergi kemas baju kita tidur sana malam ni," balas Rayyan.
Mata Umairah bersinar mendengar ayat itu. "Betul ke abang?" Soal Umairah inginkan kepastian. Rayyan hanya mengangguk sambil tersenyum. "Awhhh! Terima kasih abang," sorak Umairah sebelum mengucup sekilas pipi Rayyan. Dia kemudiannya berlalu ke bilik. Rayyan hanya menggeleng perlahan.
Tepat jam satu petang, mereka bertolak ke rumah Tan Sri Arman dan Puan Sri Syahirah. Selepas 30 minit mereka sampai di rumah agam itu. Pintu diketuk dan salam diberi.
"Kakak! Rindunya adik dekat kakak!" Luah Umairah seraya memeluk Hana. Rayyan dan Farhan saling bersalaman.
"Kau apa khabar bro? Sihat?" Tanya Rayyan kepada Farhan.
"Alhamdulillah sihat. Kau?" Balas Farhan. Rayyan hanya membalas dengan anggukan. Mereka meneruskan perbualan mereka hingga ke petang. Tepat jam lima petang masing-masing berlalu ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat. Usai solat asar mereka turun ke bawah semula.
"Korang tidur kat sini berapa hari?" Soal Puan Sri Syahirah ketika mereka semua sedang menyiapkan makan malam.
"Kalau Hana seminggu sebab nanti abang Han kena pergi kursus dari hari Isnin sampai Jumaat," jawab Hana. Pandangan Puan Sri Syahirah dialihkan ke arah Umairah pula.
"Dua hari je ibu," balas Umairah pula. Puan Sri Syahirah hanya mengangguk. Lagipun jarak dari rumah mereka dengan Farhah tidak begitu jauh. Setelah siap semua hidangan, mereka menjamu makan malam bersama.
~~~
ENAM BULAN KEMUDIAN
"BARGH!" Sergah Umairah. Hana yang sedang menghirup udara segar di halaman rumah ibu mereka itu mengusap dada akibat terkejut dengan sergahan adik kembarnya.
"Adik ni kan! Nasib baik kakak takde sakit jantung tau. Haih," geram Hana. Umairah hanya ketawa kecil.
"Kakak fikir apa tu? Jauh betul termenungnya?" Soal Umairah lalu duduk di sebelah Hana. Hana hanya diam dan membalas dengan senyuman. "Lah akak ni. Orang tanya dia boleh senyum pulak. Bukan nak jawab pun," ujar Umairah.
"Tak fikir apapun. Kakak cuma teringat semua kenangan kita. Tak percaya yang kita dah ada suami," balas Hana.
Umairah memandang hairan kembarnya itu. "Kakak okey tak ni? Kenapa ni kak?" Soal Umairah risau. Hana hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Takde papelah. Ni kakak nak pesan dekat adik. Nanti kalau kakak dah takde adik jangan sedih tau. Adik kena sentiasa ceria, happy macam selalu. Tau? Kakak sayang adik. Kakak taknak adik sedih-sedih tau," pesan Hana. Pipi Umairah diusap lembut.
Tangan Hana yang mengusap pipinya digenggam erat. "Kakak tak mau lah cakap macam tu," mulut dimuncungkan.
Hana hanya ketawa kecil. "Dahlah. Jom masuk. Tak elok orang mengandung duduk luar malam-malam ni," ajak Hana. Umairah hanya menurut. Malam itu mereka meluangkan masa sehingga jam satu pagi sebelum masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.
"Abang, Aira peliklah dengan kakak tu," ujar Umairah sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
Rayyan memandang wajah Umairah. "Pelik sebab?" Soal Rayyan.
"Yelah. Abang perasan tak akhir-akhir ni kakak tu asyik termenung je. Lepastu perangai dia lain sangat-sangat. Apa yang dia borak pun lain. Abang tak pelik ke?" Riak wajah risau dipamerkan. "Lepastu tadi kakak pesan kena selalu happy. Jangan sedih lama-lama. Aira risau lah abang," wajah Rayyan dipandang.
"Dear, hey. Tengok abang," tubuh Umairah yang duduk bersebelahan dengannya dipusing menghadap Rayyan. "Dear jangan risau okey. Abang ada. Apapun yang jadi abang takkan tinggalkan dear," ujar Rayyan. Umairah hanya mengangguk. Sebelum memeluk suaminya.
~~~
Sorry pendek je. Maklumlah takde idea. Tapi perah jugak otak untuk keluarkan idea sebab nak habiskan story ni.
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...