SHFU (7)

1.4K 67 10
                                    

"Farhah," panggil puan Khadijah.

"Ya umi," sahut Umairah lalu memandang ke arah umi angkatnya itu.

"Farhah tolong jagakan rumah jap. Umi nak pergi beli barang la. Barang dah habis," tutur puan Khadijah.

"Lah. Kenapa umi tak cakap awal-awal? Farhah memang nak keluar pun. Nak cari barang jap. Biar Farhah je la yang beli umi. Umi duduk rumah. Umi pun bukan sihat sangat kan. Biar Farhah je yang pergi," ujar Umairah.

"Tak apa ke? Tak susahkan Farhah ke?" Soal puan Khadijah.

"Tak susah pun umi. Nanti umi bagilah senarai barang. Farhah nak pergi siap dulu," jawab Umairah. Puan Khadijah hanya mengangguk. "Mana senarai tu umi?" Soal Umairah. Puan Khadijah menghulurkan sehelai kertas kepada Umairah.

"Jomlah umi. Iz dah siap ni," ajak Rayyan. Niatnya ingin menemani puan Khadijah beli barangan dapur. Umairah menoleh memandang Rayyan.

"Umi tak jadi pergi. Farhah yang pergi. Iz teman Farhah eh," nyata puan Khadijah.

Umairah memandang puan Khadijah. "Takpe lah umi. Farhah boleh pergi sendiri," tolak Umairah.

"Takpe lah. Nanti banyak barang nak kena angkat. Kalau Iz teman tak adalah berat sangat nak angkat," balas puan Khadijah. Umairah hanya akur.

"Kakak dengan abang nak pergi mana?" Soal Luqman yang masih pelat. Mungkin anak kecil yang berusia 2 tahun itu berasa bosan kerana anak-anak yang lain ada yang pergi sekolah dan ada yang ke tadika. Hanya dia sahaja yang ada di rumah.

"Kakak dengan abang nak pergi beli barang. Luqman nak ikut?" Jawab Umairah. Luqman hanya mengangguk. Umairah kemudiannya mendukung Luqman.

"Tak apa ke Farhah? Nanti susah nak pilih barang," ragu puan Khadijah.

"Tak apa umi. Lagipun kesian umi tak sihat. Umi rehatlah. Umi jangan risau," yakin dengan jawapan Umairah, puan Khadijah hanya mengangguk.

Sepanjang di dalam kereta, Rayyan hanya memerhati gelagat Umairah melayan Luqman. Dari tadi anak kecil itu tak berhenti ketawa. Dalam diam Rayyan tersenyum.

Sampai di pasar raya, Umairah mendukung Luqman manakala Rayyan menolak troli. Kebetulan pula mereka pakai baju yang sedondon menyebabkan pelanggan di pasar raya itu tersenyum memandang mereka.

"Kakak. Luqman nak pergi taman boleh?" Soal Luqman dalam dukungan Umairah. Kini mereka sedang memilih barang terakhir.

"Boleh sayang. Nanti kita pergi ya," jawab Umairah sambil mengusap rambut Luqman.

Seperti yang dijanjikan, usai membeli barang mereka bergerak ke taman permainan seperti yang diminta oleh Luqman.

~~~

Sadaqallahulazim. Al-Quran diletakkan di tempatnya. Telekung dan sejadah dilipat. Tudung syria disarungkan sebelum kaki melangkah keluar dari bilik untuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah itu.

"Akak. Layla nak tanya sikit boleh?" Ujar Layla.

"Boleh Layla. Nak tanya banyak pun takpe," jawab Umairah ddngan senyuman.

"Akak rasa abang Iz tu handsome tak?" Soal Layla.

Umairah yang sedang mereka bermain tersentak lalu memandang Layla. "Kenapa Layla tanya macam tu?" Soal Umairah semula.

"Saja. Alah kak. Jawab la kak," balas Layla.

"Hmm... handsome lah jugak. Tapi kalau handsome tak bertanggungjawab pun tak boleh. Biarlah handsome dalaman dan luaran. Jangan salah satu je," jawab Umairah dengan senyuman. Mereka kembali memerhati yang lain.

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now