SHFU (21)

1.1K 46 3
                                    

Pintu bilik Hana dikuak. Umairah yang masih berada di tepi tingkap dipandangnya sayu. Kakinya dibawa perlahan-lahan melangkah ke arah gadis itu. Bahu isterinya dipegang dari belakang.

"Dear, jom turun makan. Dari semalam dear tak makan. Nanti perut tu masuk angin," ajak Rayyan lembut. Umairah menggelengkan kepala. Rayyan menghembus nafas perlahan. "Jom duduk dulu," tangan Umairah dipimpin sebelum punggung dilabuhkan di birai katil. Gadis itu ditarik lembut agar duduk di sebelahnya.

Rambut Umairah yang menutup mata gadis itu diselit ke telinga. Tangan kanannya masih setia memegang tangan Umairah. "Aira. Aira tak boleh terus macam ni. Aira kena kuat dear," ujar Rayyan.

"Kembar saya dah takde. Kembar saya awak. Kitorang selalu buat semua benda sama-sama. Kitorang kongsi semua masalah, benda sedih dan benda happy sama-sama. Tapi sekelip mata je dia dah pergi tinggalkan semua. Dia tipu saya. Dia kata dia takkan tinggalkan saya. Kitorang dah janji akan sentiasa ada antara satu sama lain. Tapi kenapa... kenapa dia tinggal saya? Dia dah takde. Saya dah hilang dia. Selama-lamanya," ujar Umairah sayu.

"Siapa kata Hana dah tinggalkan kita?" Soal Rayyan ringkas. Tubuh Umairah dipalingkan menghadapnya. Mata Umairah ditenung dalam. "Hana ada je dengan kita. Dia tak pernah tinggal kita. Dia sentiasa ada..." ayatnya dibiarkan tergantung sebelum tangannya dibawa ke dada isterinya itu. "Dekat sini. Hana akan sentiasa dekat sini. Dulu, sekarang dan selamanya. Mungkin jasad dia dah takde. Tapi kenangan manis Aira dengan dia akan tetap ada," sambungnya lagi. Renungan mata Rayyan dibalas.

"Kalau Aira sayangkan Hana tolong ikhlaskan pemergian dia. Lepaskan dia biar dia tenang dekat sana. Jangan meratapi kehilangan dia. Kalau dia ada mesti dia sedih bila tengok Aira macam ni. Dear kena ingat semua yang berlaku ada hikmahnya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya dah tertulis sejak kita dalam perut lagi. Jadi kita tak ada hak nak ubah semua tu. Kita tak ada kuasa nak tentukan bila ajal kita. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa. Kalau dear rindukan Hana, doakan dia. Doa supaya dia sentiasa tenang, ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Bukan menangis sedih lepastu kurung diri macam ni. Yang pergi biarkan pergi. Dear kena tahu masa dear sedih semua orang kat sekeliling dear risau. Memang kita dah hilang Hana. Tapi dear masih ada abang. Ada mama. Ada papa. Dan ada sahabat-sahabat yang sentiasa sayangkan Aira. Kalau dear tak kesian dekat kitorang, kesiankanlah mama dengan papa. Jangan disebabkan pemergian Hana, dear buat diorang rasa kehilangan kedua-dua puteri diorang. Cukuplah diorang rasa kehilangan sorang puteri je. Dear kena kuatkan diorang. Kita kena teruskan hidup," pujuk Rayyan lagi sambil mengusap lembut airmata di pipi Umairah. Perut Umairah diusap lembut. "Baby dalam perut ni perlukan perhatian dari dear. Dia perlukan air, makanan. Kesian dia," sambung Rayyan lagi.

Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Ampunkan aku kerana mempersoalkan takdir yang telah engkau tentukan. Kuatkanlah hati aku ya Allah! Rintih Umairah dalam hati. Tangan Rayyan yang mengelus pipinya dipegang. "Aira mintak maaf abang. Aira tahu Aira tak patut buat macam ni. Aira akan belajar terima semua ni. Cuma satu je Aira mintak. Tolong jangan tinggalkan Aira. Aira tak kuat tanggung semua ni sorang-sorang," ujar Umairah.

Rayyan tersenyum nipis. "Abang takkan tinggalkan dear. Abang akan sentiasa ada untuk dear. Walaupun jasad abang dah takde tapi abang akan sentiasa ada dekat hati dear. Insya-Allah selagi nyawa abang masih ada abang takkan pernah tinggal dear kecuali kalau abang terpaksa tinggal dear sebab Allah. Selain dari tu abang akan sentiasa dengan dear," balas Rayyan syahdu. "Dahlah. Taknak nangis lagi dah. Tak comel dah isteri abang nanti," seloroh Rayyan selamba.

Umairah menjegilkan matanya. "Ouhhh! Kalau Aira tak comel abang nak cari lain ke?" Tanya Umairah.

"Kalau dear dah bagi greenlight abang okey je. Orang kata rezeki jangan ditolak," jawab Rayyan lagi.

"Ha! Kalau macam tu pergilah. Pergi sana. Jangan kacau saya dah," rajuk Umairah.

"Alololo. Comelnya isteri abang merajuk. Tak adalah. Kan abang dah cakap cuma dear perempuan yang abang paling sayang selain dari mami dengan adik abang. Takkan lah abang nak cari lain," pujuk Rayyan sambil mencubit hidung Umairah.

"Sakitlah abang," adu Umairah masih dalam mood rajuknya.

"Merajuk lagi ke?" Soal Rayyan mencuit pinggang Umairah. Umairah yang tak tahan digeletek mula mengelak.

"Abang! Hahahahahhah... abang... berhenti abang. Hahahahaha," ujar Umairah masih ketawa.

"Nak merajuk lagi ke tak?"

"Okey... okey... tak merajuk dah. Berhenti abang,"

Umairah mencari nafasnya yang hilang akibat dari banyak ketawa. Dia perasan ada mata yang memerhatinya. "Kenapa abang pandang Aira macam tu?" Tanya Umairah.

"Saja. Kan bagus kalau dear selalu happy macam ni. Takmau lah sedih-sedih dah," jawab Rayyan.

"Thanks abang sebab cuba buat Aira happy," tutur Umairah dengan senyuman.

"My pleasure, pretty," balas Rayyan sambil menyelitkan rambut Umairah ke telinga. "Come. Dah lama abang tak peluk bantal peluk abang ni. Meh sini meh," usik Rayyan.

Mata Umairah membuntang. "Bantal golek?" Soal Umairah. Dia mencubit lengan Rayyan.

"Ouchh!! Sakitlah dear," adu Rayyan sambil menggosok lengannya. Umairah hanya ketawa. "Gelak eh. Tunggu abang balas eh," ujar Rayyan berura-ura untuk menggeletek Umairah namun Umairah berjaya mengelak. Gadis itu menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar dari bilik dengan ketawa yang masih bersisa. Rayyan hanya menggeleng sambil tersenyum. Terima kasih ya allah.

~~~

Okey done for this chapter. Yeayyy! Another one chapter to go. Sorry sangat² kalau story ni tak best. Thanks sebab sudi baca XD

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now