Umairah hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang warna hitam bersama kain batik. Dia duduk di birai katil sementara menunggu Rayyan masuk ke bilik.
Badannya sungguh penat hari ini kerana selepas sahaja akad nikah, majlis resepsi pula dilangsungkan. Naik lenguh badannya melayan tetamu.
"Assalamualaikum," sapa Rayyan mematikan lamunan Umairah.
"Waalaikumusalam," sahut Umairah perlahan. Dia agak gementar tatkala Rayyan melabuhkan punggung di sebelahnya. Lebih mendebarkan apabila Rayyan menarik badan Umairah supaya menghadap ke arahnya. Kedudukan mereka kini sangat dekat.
Rayyan menarik dagu Umairah agar Umairah memandang ke arahnya. Dia berasa tenang tatkala melihat wajah bersih gadis itu. Tudung di kepala Umairah ditanggalkan. Ini kali kedua dia melihat gadis itu tanpa tudung.
Umairah menarik nafas panjang sebelum menghela perlahan. "Boleh saya tanya sesuatu?" Ujar Umairah.
"Tanya lah. Insya Allah kalau abang boleh jawab abang jawab," balas Rayyan.
"Betul ke kita pernah terlanjur?" Soal Umairah lembut sambil memandang Rayyan dengan pandangan penuh berharap.
Rayyan kaget mendengar soalan dari Umairah sebelum dia tersenyum nipis. "Sayang nak abang cerita dari awal ke?" Soal Rayyan kembali. Umairah hanya mengangguk. "Sayang ingat tak masa kita sekolah menengah sayang pernah reject abang mentah-mentah?" Soal Rayyan lagi. Umairah mengangguk lagi. "Sejak dari tu abang berdendam dengan sayang sebab sayang malukan abang depan semua orang. Lama abang berdendam dengan sayang. Abang ingat lepas abang habis SPM abang dah tak jumpa sayang. Tapi nasib aban baik bila sayang ambik course yang sama dengan abang dan sekelas dengan abang. Dekat situ abang nekad abang nak balas dendam dekat sayang. Nak dijadikan cerita Hana jumpa abang kata dia ada rancangan. Mula-mula abang taknak ikut. Tapi bila abang tengok sayang mesra dengan lelaki lain hati abang sakit. So abang ikut plan Hana. Kalau sayang nak tahu masa sayang jumpa abang sebab kononnya nak bincang pasal assighment tu abang tipu je. Abang nak jumpa sayang sebab abang nak start plan tu. Masa sayang call Hana tu abang ambik peluang untuk masukkan ubat tidur dalam air sayang. Abang bawak sayang balik apartment abang. Abang dah siap letak camera untuk rakam benda tu. Dekat situ abang tanggalkan semua pakaian sayang termasuklah tudung sayang. Sepatutnya masa tu abang cuma ambik gambar sayang tanpa pakaian tapi abang tak boleh tahan tengok sayang tanpa pakaian. Apa yang ada dalam gambar tu memang betul. Abang hanyut. Abang mengaku memang time tu abang dah tak boleh kawal nafsu bila tengok sayang dalam keadaan macam tu. Tapi bila abang nak buat lebih jauh abang berbelah bagi. Kebetulan pulak masa tu azan asar. So abang tersedar. Abang sedar yang benda tu memang dah jauh dari plan kitorang. So abang ambil keputusan untuk pakaikan semula pakaian sayang dan bawak sayang pergi hospital. Masa sayang kena marah dengan babah memang abang nak tolong tapi ego abang halang. So abang teruskan plan abang dengan Hana. Abang ingat abang happy sebab abang dah balas apa yang sayang buat kat abang. Tapi abang silap. Abang sakit sayang. Sakit. Masa tu baru abang sedar yang abang cintakan sayang tapi cinta abang dikaburi dengan benci. Abang menyesal bila abang tak jumpa sayang. Sejak dari tu abang mula dekatkan diri dengan Allah dengan niat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Tapi hati abang tak tenang selagi abang tak jumpa sayang. Abang bersyukur sangat bila jumpa sayang kat rumah umi. Tapi bila sayang suruh abang anggap yang kita tak pernah kenal hati abang sakit. Hati abang hancur. Abang menyesal. Menyesal sebab abang hampir kehilangan orang yang abang cinta. Tapi Alhamdulillah Allah bukak hati sayang untuk maafkan abang dan terima abang semula. Abang rasa bertambah happy bila sayang terima lamaran abang," jelas Rayyan panjang lebar bersama dengan airmata yang bertakung.
Umairah yang mendengar juga turut menahan airmatanya. "Jadi kita tak pernah terlanjur?" Soal Umairah lagi. Perasaannya bercampur aduk. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasai sekarang.
"Abang mintak maaf sayang sebab fitnah sayang sampai sayang susah," kesal Rayyan. Umairah dapat rasa setitis airmata Rayyan yang menitis di atas tangannya. Dia memandang ke arah Rayyan. Tangannya naik menyapu airmata Rayyan.
"Aira dah lama maafkan abang. Aira pun nak mintak maaf dekat abang sebab malukan abang dulu. Aira betul-betul mintak maaf. Aira tak ada niat pun nak malukan abang," balas Umairah sambil memandang Rayyan.
"Dah lah. Benda yang lepas tak payah lah kita ingat. Yang penting sekarang Aira dah jadi isteri abang yang sah. Abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bahagiakan sayang," kata Rayyan membalas pandangan Umairah.
"Aira harap abang tak sia-siakan peluang yang Aira bagi dekat abang," pinta Umairah penuh berharap.
Rayyan menyelitkan rambut Umairah di telinganya sambil merenung mata gadis itu. "Insya-Allah abang takkan sia-siakan," balas Rayyan. Mereka tersenyum antara satu sama lain.
~~~
"Assalamualaikum Hana," sapa Farhan sebelum duduk di sebelah isterinya itu.
"Waalaikumusalam," sahut Hana sambil menundukkan kepala. Farhan tersenyum melihat isterinya. "Hana nak tanya sikit boleh?" Farhan hanya mengangguk. "Kenapa Han pilih Hana?" Soal Hana.
Farhan hanya tersenyum. "Kan Han dah bagitahu haritu. Han pilih Hana sebab Han yakin Hana jodoh Han. Han akan jaga Hana selagi Han mampu sampai bila-bila. Han takkan tinggalkan Hana. Hana lah perempuan pertama Han cinta selain dari umi Han," jawab Farhan.
"Terima kasih sebab sudi terima Hana," ucap Hana sebak.
"My pleasure," balas Farhan lalu mengusap lembut airmata Hana. "Tapi... satu je yang Han nak mintak," sambungnya lagi.
Hana memandang Farhan. "Apa dia?" Soal Hana.
"Panggil Han abang. Boleh?" Pinta Farhan. Hana tersenyum lalu menganggukkan kepala.
~~~
Sorry hambar... hahahahahaha...
Btw terima kasih sbb sudi baca cerita ni... >.<
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...