SHFU (10)

1.3K 68 7
                                    

"Hana!" Ujar Rayyan dan kedua bapa mereka.

"Alhamdulillah. Turun pun Hana," kata puan Sri Shahira gembira.

Hampir satu jam berbual, Umairah melihat jamnya sekilas. "Rayyan. Jomlah kita balik. Nanti lambat pulak sampai sana," ajak Umairah.

Hana terdiam seketika. "Adik nak pergi mana? Kan tadi adik cakap takkan tinggal kakak," lirih Hana.

Umairah hanya senyum. "Adik tak tinggal kakak pun. Nanti esok adik datang la lagi," balas Umairah.

"Taknak! Kakak nak adik tinggal sini," bantah Hana.

"Farhah. Kami mintak maaf. Kami tahu kami tak patut halau dan buang Farhah dulu. Kami sedar silap kami sebagai ibubapa Farhah. Tolonglah maafkan kami. Terimalah kami sebagai keluarga Farhah balik. Ibu rindu Farhah. Ibu mintak maaf sangat-sangat. Tapi percayalah. Tak pernah sekali pun ibu dengan babah benci Farhah. Kami mintak maaf sekali lagi," ujar puan Sri Shahira sayu.

"Ibu. Farhah tak pernah sekalipun bencikan ibu dan babah. Farhah tak pernah dendam pun. Farhah tahu ibu dengan babah kecewa masa tu. Farhah tak salahkan ibu dengan babah. Takkanlah Farhah nak benci orang yang dah lahirkan Farhah. Jaga Farhah dari kecik. Bagi apa yang Farhah nak. Tak pernah abaikan Farhah dengan kakak. Mungkin orang lain ya. Tapi bukan Farhah. Tanpa ibu dengan babah siapalah Farhah. Tanpa ibu dengan babah Farhah takkan lahir kat dunia ni. Kalau ibu dengan babah tak besarkan Farhah, Farhah takkan ada dekat sini," balas Umairah.

Puan Sri Shahira hanya mampu tersenyum sambil menangis. "Farhah tinggallah dekat sini semula. Rumah ni pun rumah Farhah. Babah mintak maaf," kata Tan Sri Arman pula. Umairah memandang keluarganya sebelum memandang Rayyan. Rayyan hanya mengangguk.

"Okay," akur Umairah.

"Yeay!! That's my twin sister," kata Hana sambil memeluk Umairah. Umairah dan yang lain hanya ketawa.

"Maaflah Iz terpaksa tengok drama tak berbayar ni," kata Tan Sri Arman.

"Eh takpe uncle. Saya happy keluarga ni dah bersatu balik. Tenang hati saya," balas Rayyan sambil mengangguk.

"Apa kata Iz bermalam dekat sini. Esok kalau Iz nak balik rumah Iz balik la. Malam ni tidur sini ye," cadang Tan Sri Arman.

"Eh takpe lah uncle. Susahkan keluarga uncle je," balas Rayyan.

"Tak susah pun. Jomlah," ujar Tan Sri Arman lagi. Rayyan hanya mengangguk.

"Haish la korang ni kan. Duduk dapur bukan nak tolong ibu. Bergurau je kerjanya," ujar puan Sri Shahira pura-pura marah.

"Alah ma. Kitorang tolonglah ni. Kalau kitorang tak tolong tak adanya kitorang pegang pisau. Kan adik kan?" Balas Hana. Umairah hanya mengangguk.

"Kenapa ibu pandang kitorang macam tu?" Soal Umairah hairan dengan pandangan puan Sri Shahira.

"Tak ada apa. Ibu cuma rindu suasana macam ni. Dah lama ibu tak tengok Hana dengan Farhah gelak. Biasanya ibu sorang je yang masak dengan Mak. Hana pulak asyik sedih je. Tapi sekarang. Anak kembar ibu dah kembali. Ibu happy sangat. Betul tak kak Leha," jawab puan Sri Shahira.

"Betul kata ibu kamu tu. Mak pun rindu sangat dengan korang. Bila Farhah keluar rumah ni rasa kosong. Sorang keluar sorang berkurung. Akibatnya rasa kehilangan dua-dua," balas Mak Leha iaitu pembantu rumah Tan Sri Arman. Disebabkan Mak Leha menjaga mereka dari kecil maka mereka hanya memanggil Mak Leha degan panggilan 'mak'.

"Alah. Mak dengan ibu janganlah sedih dah. Kan kitorang dah ada kat sini. Betul tak dik," ujar Hana. Umairah hanya mengangguk.

"Ee. Tak payahlah buat jejak kasih lagi dah. Happy-happy jelah. Jangan sedih-sedih. Tak sukalah," kata Umairah seakan-akan merajuk. Mereka bertiga hanya ketawa melihat reaksi Umairah yang ingin menangis.

Mereka menyambung kerja memasak mereka dengan suasana yang riuh di dapur. "Farhah. Pergi panggil babah dengan Iz makan," arah puan Sri Shahira. Umairah hanya mengangguk.

"Babah. Rayyan. Jom makan," panggil Umairah. Mereka bergerak ke meja makan. Usai makan, mereka bergerak ke ruang tamu kecuali Hana yang duduk di taman bunga di rumah mereka. "Kakak buat apa kat sini?" Soal Umairah sambil memegang bahu Hana.

"Tak ada buat apa pun. Saja tengok bintang," jawab Hana. Dia menarik tangan Umairah supaya duduk di sebelahnya. "Kakak bersyukur sangat Allah bagi kakak peluang kedua untuk tebus salah kakak," ujar Hana.

"Kak. Adik dah kata jangan ungkit pasal ni. Lupakan apa yang jadi. Sekarang ni kita luangkan masa kita sama-sama selagi ada peluang. Adik sayang kakak tau," tegas Umairah. Dia tidak gemar apabila soal lama diungkit. "Mulai harini mana kakak nak pergi adik teman. Kakak nak pergi appoiment ke... jalan-jalan ke... semua adik teman. Tandas je lah tak. Hehe," sambungnya lagi sambil tersenyum manis.

Hana hanya ketawa mendengar hujung ayat itu. "Terima kasih adik," ucap Hana sebelum memeluk Umairah.

"Dahlah. Jom masuk. Tak elok duduk lama-lama kat luar ni," ajak Umairah seraya meleraikan pelukan. Mereka bergerak ke ruang tamu. Malam itu rumah mereka riuh dengan gelak tawa yang dah lama hilang. Kini gelak tawa itu kembali.

~~~

Yeay!!! Diorang happy2... sorry la kalau citer ni x best... ketandusan idea... ni pun buat sebab nak tamatkan cepat... takut bila dh sekolah nnti jarang update... so terpaksalah update sekarang...

Btw thanks sbb sudi baca... yg mana sudi vote tu pun thanks... love uollss so much...

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now